Pihak berkuasa Kelantan telah membuka kertas siasatan berhubung satu video yang tular di media sosial, di mana seorang individu didakwa memperlekehkan tugas anggota polis semasa menjalankan sekatan jalan raya.
Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat menyatakan bahawa laporan telah dibuat berikutan rakaman yang menunjukkan seorang lelaki yang mengeluarkan kenyataan provokatif dan memperbodohkan polis yang bertugas.
"Video tersebut memaparkan seorang individu lelaki yang mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekeh dan memperbodohkan anggota polis semasa menjalankan penugasan sekatan jalan raya.
Siasatan awal mendapati lelaki itu juga mendakwa telah berjaya melepasi beberapa sekatan dengan cara memperdayakan anggota bertugas!
"Kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab, bersifat provokatif serta boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat di samping menjejaskan imej, reputasi dan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya pada satu kenyataan hari ini.
Mohd Yusoff menegaskan: Tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang memperlekehkan tugas pasukan keselamatan dan menjejaskan imej PDRM.
Walaupun nama tidak disebut, rakaman video tersebut merujuk kepada Adun PAS Wan Rohimi Wan Daud yang berkongsi pengalaman beliau semasa konvoi motosikal di Kota Bharu. Dalam video itu, Wan Rohimi menceritakan bagaimana beliau berjaya melalui 'lorong tikus' untuk mengelak sekatan polis!
"Kita dilewatkan oleh roadblock polis. Bile blaka, ambo bile tak kurang dari tujuh (saya kira tak kurang daripada tujuh sekatan). "Tapi semua kena bbodo kita belaka (Tapi kita berjaya memperdaya mereka semua)," katanya.
#KetuaPolisKelantan #WanRohimiWanDaud #adunpas #PerikatanNasional #PDRM #politikmalaysia #isusemasa

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.