𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡: 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗝𝗨 𝗕𝗔𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗝𝗨 𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔
JPA
Sebagaimana ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.3 mengenai Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam di bawah perenggan 5, Jadual 1 (iii): Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas dan perenggan 8, Jadual 2 (ii): Pakaian Pegawai Wanita Ketika Menjalankan Tugas, 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗷𝘂 𝗯𝗮𝘁𝗶𝗸 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗴𝗮𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗮𝗹𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁.
Pemakaian baju korporat pula digariskan di perenggan 13 Ceraian UP.7.2.3 bahawa Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai memakai baju korporat atau baju kerja lapangan (field-work) pada hari tertentu untuk tujuan tertentu semasa bertugas.
Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 1 April 2026 yang telah menetapkan agar suhu penyaman udara di ruang pejabat Kerajaan diselaraskan kepada suhu minimum 24°C sebagai langkah penjimatan tenaga, Kerajaan menggalakkan pegawai memakai baju batik mengikut ketetapan Ceraian UP.7.2.3 sebagaimana di perenggan dua (2) surat ini. Pegawai juga dibenarkan memakai baju korporat setiap hari kecuali pada hari Khamis. Namun, ketetapan ini adalah dikecualikan bagi pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.