Pada 4 April lalu, genap 27 tahun penubuhan Parti Keadilan Nasional, yang kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia untuk membentuk PKR.


NIK NAZMI









 Pada 4 April lalu, genap 27 tahun penubuhan Parti Keadilan Nasional, yang kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia untuk membentuk PKR.

Ketika itu PKN hanya mempunyai harapan dan idealisme, sebagai wadah memperjuangkan agenda reformasi dan politik pelbagai kaum. Pada waktu itu, parti derita yang lahir di jalanan.
Tidak seperti lahirnya parti baharu lain, PKN tidak menarik Menteri atau pimpinan kanan kerajaan. Tetapi masyarakat sivil dan rakyat biasa mendokongnya.
Saya pelajar sekolah tingkatan lima juga teruja, dan dua tahun kemudian membantu parti yang dilihat parti nyamuk tanpa masa hadapan.
Sepanjang lebih 20 tahun parti melawan rasuah, memperjuangkan idealisme keadilan untuk semua dan mendokong prinsip reformasi. Parti bertambah kuat, melahirkan ramai wakil rakyat pelbagai kaum dan membentuk kerajaan negeri.
Kini PKR bukan sahaja parti kerajaan, malah parti PM.
Perlu kita fikirkan semula: ketika kita mendakwa masih memperjuangkan agenda reformasi, cara kita menangani kritikan adakah berbeza, atau dua kali lima sahaja dengan cara pentadbiran BN dan PN sebelum ini menangani kritikan?
Adakah kita masih menarik mereka yang sarat dengan idealisme, atau hanya yang bercita-cita memegang kuasa semata-mata?
Adakah kita lebih gemar mencari alasan melengahkan perubahan atau mencari jalan untuk melaksanakannya sedaya-upaya kita?
Memang mudah untuk orang menyertai parti ketika berada di puncak kuasa. Pelbagai jawatan dan kesenangan yang boleh ditawarkan.
Ketika parti ditekan pemerintah, ketika pimpinan parti keluar masuk lokap, ketika habuan cumalah perjuangan idealisme; pada ketika inilah mereka yang benar-benar ikhlas datang menghulurkan tangan kepada parti.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.