Nak bentuk kwrajaan macamana ? Muhyiddin tolak Hamzah, Gerakan pula kata okey


 


Pendirian berbeza mula terserlah dalam Perikatan Nasional (PN) apabila tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menolak kerjasama dengan datuk Seri Hamzah Zainudin, manakala Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengambil pendekatan lebih terbuka.

Presiden Gerakan, Dominic Lau berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Hamzah berdasarkan pengalaman lalu dalam gabungan itu.

Menurutnya, Hamzah bukan figura baharu dalam PN dan pernah bekerjasama rapat dengan parti-parti komponen termasuk Gerakan, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu) dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.

“Kerjasama antara komponen PN telah terjalin lama. Jadi tiada isu untuk bekerjasama,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur sempena majlis Aidilfitri.

Kenyataan itu dibuat selepas Hamzah menegaskan beliau akan terus bersama PN walaupun dipecat daripada Bersatu pada Februari lalu.

Ahli Parlimen Larut itu turut memberi bayangan kemungkinan menyertai “rumah baharu”, sama ada menubuhkan parti sendiri atau menyertai parti sedia ada.

Bagaimanapun, perkembangan itu tidak disenangi Muhyiddin yang dilaporkan menolak sebarang bentuk kerjasama sekiranya Hamzah membawa parti baharu ke dalam PN.

Mengulas lanjut, Dominic berkata Gerakan mengambil pendirian tidak campur tangan dalam urusan dalaman parti komponen lain.

“Pendirian kami neutral. Kita tidak campur tangan dalam politik dalaman mana-mana parti,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan Gerakan tetap terbuka menerima mana-mana parti yang ingin menyertai PN, namun ia perlu melalui proses serta perbincangan dalaman.


Katanya, fokus utama ketika ini adalah memperkukuh perpaduan dalam gabungan itu menjelang pilihan raya akan datang.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.