Macam yang dijangka, Umno takkan berpatah balik, mahu pun mengalah. Tu memang bukan style dia orang, mereka akan buat sampai matlamat mereka tercapai.
Hari ni selepas mesyuarat Biro Politik Pusat Umno, mereka membuat keputusan untuk kekal dalan kerajaan N.9 tetapi 14 Adun tetap tidak menyokong MB.
Maksudnya.. MB mesti letak jawatan.
Pilihannya, terpulang la nak lantik sesiapa menjadi MB baru sama ada dari PH atau UMNO.
Ni pendapat peribadi saya lah ya..
Isu ni dimulakan oleh UMNO yang terlau cepat melenting sedangkan krisis istana ini hanya boleh diselesaikan oleh pihak istana sendiri.
MB Aminudin juga tidak melakukan apa apa kesalahan, beliau hanya memaklumkan titah baginda N9 yang bersandarkan kepada keputusan Dewan keadilan yang telah memecat seorang undang. Bukan MB yang pecat undang tu dan memang tanggungjawab beliaulah untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak kerajaan negeri yang dipayung oleh YMTB Negeri dan mempertahankan YMTB.
Jadi..
Adakah PH akan mengalah dalam isu ini dengan membiarkan MB N9 letak jawatan ?
DS Aminuddin Harun adalah Naib presiden Parti Keadilan Rakyat . Membiarkan beliau meletak jawatan kerana desakan UMNO adalah satu penghinaan kepada parti.
Adakah kita hendak membiarkan maruah parti kita dihinjak hinjak sedemikian rupa?
Kepada DS Anwar Ibrahim , Saya mendesak parti untuk mempertahankan MB DS Aminudin dan maruah parti.
Jika hendak berlaku adil, DS Aminudin boleh lepaskan jawatan MB itu dengan syarat seorang MB UMNO yang memegang jawatan Naib presiden UMNO juga perlu meletakkan jawatan menteri besar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.