YANG KENA TEMBAK, KINI DAPAT KENAIKAN PANGKAT.

 

Syam Ghaz

.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam yang kena tembak, kini DS Saifuddin lantik jadi Timbalan Ketua Pengarah Operasi AKPS HQ.






Beliau lah yang kena tembak 2 das di Bukit Kayu Hitam waktu nak ke Masjid.


Allah Swt selamatkan beliau, dia kejar balik yang tembak tu dengan kereta hingga lesap dalam kawasan Industri.


Allah Swt nak angkat darjat beliau, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail angkat nama dia jadi Timbalan Ketua Pengarah Operasi di AKPS Ibu Pejabat.


Jawatan lebih besar, posisi lagi strategik, jika dulu hanya jaga Bukit Kayu Hitam, kalini jaga 22 pintu masuk Negara. 


Orang yang tegas, takda kompromi dengan penyeludupan, tak makan duit haram dan sangat berani.


Kini memimpin pasukan lebih besar, tak lama lagi lebih 200 bekas tentera akan masuk AKPS, lagi ketat dan tegas la pintu masuk sempadan Negara.


Inilah REFORM yang rakyat tak nampak apa yang berlaku, DS Saifuddin Nasution buat kerja senyap senyap. 


AKPS air tangan DS Saifuddin yang gabung 7 Agensi Kerajaan jadi 1 Agensi sahaja untuk jaga pintu masuk sempadan sah Negara, untuk elak ketirisan, elak RASUAH, red tape dan melindungi Negara dari ancaman dalam dan luar Negara.


7 Agensi terlibat adalah; Polis, Kastam, Jpj, Kesihatan, Perhilitan, Maqis, Pertanian/Veterinar/Perikanan dll.


Tahniah, semoga terus sukses!! Amen 🤲🏻




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.