27 Mac 2026
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa laporan rasmi dibuat membabitkan dakwaan permintaan dan pembayaran wang kepada seorang ahli politik.
Agensi itu berkata, setakat ini tiada laporan rasmi diterima mengenainya manakala maklumat yang tular masih belum dapat disahkan.
“Sehubungan itu, SPRM menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat sahih supaya tampil membuat laporan rasmi bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan berasaskan fakta,” kata agensi pencegah rasuah itu dalam satu kenyataan.
Selasa lalu, ahli perniagaan Victor Chin dalam dokumen setebal 40 muka surat mendakwa seorang Ahli Parlimen PKR yang tidak dinamakan meminta RM10 juta secara tunai untuk menyelesaikan masalah perniagaannya dengan sindiket korporat.
Bagaimanapun hanya RM9.5 juta didakwa telah dibayar.
Chin turut mendakwa, seorang individu dikenali sebagai ‘Mr R’ bertindak sebagai orang perantaraan dalam pembayaran wang tersebut.
Susulan itu, Rafizi tampil mendedahkan Mr R ialah seorang peguam yang bernama Ruben yang didakwa mempunyai hubungan dengan Farhash Wafa Salvador.
Dalam pada itu, siapa Ahli Parlimen PKR yang didakwa menerima wang berkenaan masih lagi misteri.
Sebelum ini Victor Chin menuntut Ahli Parlimen yang didakwa menerima wang itu memulangkan wang itu kepadanya.
Beliau memberi tempoh sehingga 30 Mac ini, jika tidak, beliau akan mendedahkan namanya kepada umum.
Sebagaimana kita semua sedia maklum, Rafizi termampak paling ke depan menjuarai isu ini.
Beliau setakat ini telah mendedahkan siapa Mr R dan kaitan Farhash dalam isu berkaitan.
Tidak diketahui sejauh mana Rafizi mempunyai maklumat berkaitan isu korporat mafia heboh diperkatakan sekarang tetapi melihat cara beliau membuat pendedahan demi pendedahan, tidak mustahil ada banyak lagi dalam simpanannya.
Jika maklumat mengenai Mr R pun paling awal diketahuinya dan berani didedahkannya kepada kita semua, tidak mustahil siapa Ahli Parlimen PKR yang didakwa mengambil wang RM9.5 juta juga dalam pengetahuannya.
Sehubungan itu, sebagai menyahut saranan SPRM, terutama jika Rafizi ada maklumat mengenai siapa Ahli Parlimen PKR yang dikaitkan itu, adalah wajar beliau pergi segera ke agensi itu untuk menjadi pihak yang pertama membuat laporan.
Sebagaimana banyak pendedahan yang dibuatnya sebelum ini dan rerbukti pembongkarannya berhasil - misalnya isu 1MDB, lembu NFC, Tabung Haji dan sebagainya - dalam isu korporat mafia ini juga memerlukan Rafizi sekali lagi berjuang hingga ke titik akhir.
Selepas membuat banyak ulasan dan pendedahan, Rafizi akan terus dihormati dan disanjyng tinggi jika tidak berlengah lagi membuat laporan kepada SPRM dan agensi-agensi penguatkuasa yang lain. - ShahbudinHusin 27Mac2026.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.