“Tahniah, Kad Jemputan Jangan Lupa” – Anwar Usik Syed Saddiq, Bella Astillah

 


Anwar mengusik Syed Saddiq dan Bella Astillah agar diberikan kad undangan untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka.

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan kekasihnya Bella Astillah yang telah mengikat tali pertunangan hari ini.

Menerusi ciapan di aplikasi X, Anwar mengusik pasangan tersebut agar diberikan kad undangan untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka.

“Tahniah, kad jemputan jangan lupa,” tulisnya ringkas di laman sosial itu.

Syed Saddiq berkongsi detik lamaran istimewa yang berlaku di Gunung Kinabalu dengan Bella Astillah ketika hujan lebat dan menyifatkannya sebagai permulaan kisah bahagia mereka.

Terdahulu, Syed Saddiq mengumumkan mengikat tali pertunangan sekali gus mengesahkan spekulasi hubungan mereka yang bertiup kencang akhir-akhir ini.

Pengumuman bahagia itu disampaikan sendiri oleh Syed Saddiq, 33, menerusi laman Facebook sambil menyatakan, Allah SWT merupakan sebaik-baik perancang.

Beliau melamar Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 34, di atas Gunung Kinabalu ketika hujan lebat.

Syed Saddiq dikatakan akan bertunang dengan Bella Astillah di Kuala Lumpur petang 28 Mac 2026.

Rata-rata pengikutnya menzahirkan ucapan tahniah dengan berita gembira yang dikongsikan pasangan mereka.

Perkhabaran itu mula menjadi perhatian umum selepas beberapa sumber mendedahkan pasangan itu giat membuat persiapan hari bahagia mereka manakala, majlis akan berlangsung pukul 3 petang ini.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.