SUSULAN PENDEDAHAN KUIL HARAM DI KEDAH: AKU KINI DISIASAT POLIS - TELEFON AKU DIRAMPAS.


Aman Muhamad







2 hari lepas, aku telah dihubungi oleh seorang pegawai penyiasat (IO), yang meminta aku hadir untuk memberi keterangan, berhubung 5 laporan polis terhadap aku yang membuat pendedahan mengenai kuil-kuil haram di Kedah sebelum ini.


Laporan polis itu telah  dibuat oleh pegawai khas MB Kedah bersama dengan beberapa pihak pengurusan kuil yang lain.


Aku seperti biasa, telah hadir seorang diri memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.


Telefon aku dirampas, dan bila polis minta password, aku beri kerjasama. Nothing to hide.


Aku telah ditanya 17 soalan, dan aku telah jawab kesemua 17 soalan tu.


Aku juga telah serahkan bukti kukuh yang bersumberkan PBT Kedah sendiri, yang menjadi rujukan utama aku dalam usaha mendedahkan kuil-kuil haram di Kedah.


Semasa menjawab soalan, aku juga turut menyatakan tindakan pegawai khas MB Kedah yang telah berbohong apabila mendakwa pihak JKR telah mengeluarkan 'surat kebenaran sementara' kepada satu kuil haram yang berada di tepi lebuhraya Jitra-Bukit Kayu Hitam. 


Namun, pihak JKR sendiri telah menafikan mengeluarkan apa-apa dokumen kebenaran kepada apa-apa bentuk binaan haram termasuklah kuil, selepas aku sendiri menghubungi pihak JKR.


Proses mengambil keterangan ini ambil masa lebih kurang 1 jam setengah.


Layanan pihak polis sangat mesra dan profesional, terima kasih abang-abang polis.


Disebabkan telefon dirampas, aku tak dapat nak update status sejak 2 hari lepas, terpaksa baiki henset lama dan hari ni buka Facebook ada lebih 99+ notification. Maafkan aku.


Kesimpulan ringkas;


1. Pihak polis mengesahkan  aku disiasat di bawah Akta 233 SKMM.


2. Apabila disiasat di bawah akta ini, ia menjadi bukti jelas, bahawa aku disiasat bukan kerana memfitnah, tapi kerana 'mengeluarkan kenyataan jelik melampau untuk menyakitkan hati' - yang mana tiada satu pun perkataan jelik melampau pun di dalam mana-mana post aku sebelum ini. 


3. Ini juga menjadi bukti jelas,  bahawa pendedahan aku mengenai kuil-kuil haram sebelum ini bukan fitnah atau menghasut 3R.


4. Terima kasih kepada pihak polis, kerana membuktikan bahawa polis di zaman Madani ini tidak bertindak berat sebelah, bahkan bertindak profesional terhadap semua laporan yang diterima.


5. Apa yang paling penting, tindakan pegawai khas MB Kedah membuat laporan polis terhadap aku, telah menjadi satu gambaran yang cukup jelas bahawa PAS adalah pembela kuil haram.


6. Tindakan pegawai khas MB Kedah juga boleh dianggap sebagai mewakili MB Kedah dan mewakili kerajaan PAS Kedah tu sendiri.


Alhamdulillah, kali ini Allah memang zahirkan musuh sebenar di sebalik kuil-kuil haram di negeri Kedah, iaitu kerajaan PAS Kedah tu sendiri.


Semoga hikmah yang berlaku hari ini, membuka mata rakyat Kedah, untuk bangkit melawan musuh sebenar yang selama ini membela kuil-kuil haram di Kedah.


Aku bukan influencer.

Aku tiada bekap daripada mana-mana NGO, mualaf, pendakwah, ustaz, mufti, rektor, pakar hadith dan sebagainya.

Aku hanya marhaen biasa sahaja.

yang melawan kuil-kuil haram di Kedah mengikut saluran aduan dan undang-undang.


Insya Allah, aku akan lawan kes ni sampai habis.

Sebelum ni aku pernah lawan kerajaan zalim PN di mahkamah, dan aku telah pun menang.

Jadi kali ini aku akan lawan kerajaan zalim PAS Kedah pula.


Aku melawan sebagai orang Islam yang melawan pencerobohan tanah di Kedah demi menegakkan undang-undang.

Doakan aku diberi kekuatan dan menang melawan PAS yang  jelas menjadi pembela kuil haram di Kedah ini.


:)


p/s: aku telah dinasihatkan untuk tidak membuat apa-apa ulasan dan kenyataan lagi mengenai kes ini, jadi posting ini adalah sekadar makluman sahaja.


Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.