Exco Kecewa Sikap Peniaga Bazar Aidilfitri Bandar KB
Exco Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar , Hilmi Abdullah, melahirkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir peniaga di tapak Bazar Aidilfitri Bandar Kota Bharu yang didapati tidak menjaga kebersihan kawasan perniagaan mereka.
Keadaan tapak bazar selepas waktu jualan dilaporkan dipenuhi sampah yang ditinggalkan, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat setempat.
Menurut beliau, pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sebelum ini telah memberi peringatan dan amaran kepada peniaga supaya memastikan kawasan niaga masing-masing sentiasa bersih.
Tambahnya lagi, kerajaan tempatan turut membantu para peniaga dengan menyediakan tapak bazar pada kadar sewa yang murah bagi memberi peluang mereka menambah pendapatan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Sehubungan itu, para peniaga diminta mengambil serius peringatan tersebut dan bekerjasama menjaga kebersihan supaya suasana bazar kekal teratur serta selesa untuk pengunjung.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.