PEMBOHONGAN NYATA.

 


Berita semakin kencang mengatakan yang AS sedang menghantar isyarat serius untuk melancarkan operasi darat ke atas pulau Kharg milik Iran, satu lokasi yang sangat kritikal kerana mengendalikan kira-kira 90% eksport minyak mentah negara itu. 





Iran kini sedang memperkukuh pertahanan dengan menambah sistem pertahanan udara, peluru berpandu mudah alih serta memasang periuk api darat dan anti-kereta kebal di sekitar pulau tersebut. 


Ini menunjukkan Tehran menjangka kemungkinan pencerobohan secara fizikal, bukan sekadar serangan udara seperti sebelum ini. Dalam masa sama, langkah ini juga memberi mesej jelas bahawa sebarang cubaan rampasan wilayah akan dibalas dengan kos yang tinggi.


Kalaulah AS benar-benar cuba mengambil alih Kharg Island, ia bukan sekadar operasi ketenteraan biasa tetapi satu langkah untuk “cekik” ekonomi Iran secara langsung. 


Kawalan ke atas pulau ini bermaksud AS boleh menekan Iran untuk membuka semula Selat Hormuz dan mengawal aliran minyak global. 


Akan tetapi risiko operasi ini sangat besar. Pakar ketenteraan sendiri mengakui kemungkinan korban tentera AS yang tinggi kerana Iran telah menyediakan pertahanan berlapis termasuk dron, peluru berpandu dan serangan balas dari tanah besar yang sangat dekat dengan pulau tersebut.


Lebih membimbangkan, langkah ini berpotensi mencetuskan konflik yang lebih luas di rantau Teluk. Negara-negara Teluk sendiri dilaporkan tidak selesa dengan idea operasi darat ini kerana ia boleh menyebabkan Iran membalas dengan menyerang infrastruktur minyak dan gas mereka. 


Ini bermaksud perang bukan lagi terhad kepada Iran dan AS, tetapi boleh merebak menjadi krisis tenaga global yang lebih besar. Dalam konteks ini, tindakan AS dilihat bukan sahaja berisiko dari segi ketenteraan, tetapi juga boleh menggoncang keseluruhan ekonomi dunia jika situasi tidak terkawal.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.