Namakan barisan calon MB isyarat Pas Perak mahu rampas pengaruh Bersatu


 


Tindakan Pemuda Pas Perak menamakan barisan calon Menteri Besar daripada parti mereka sendiri memberi gambaran bahawa Pas sedang menyusun langkah untuk mengambil alih pengaruh serta menentukan arah kepimpinan Perikatan Nasional di negeri itu.

Naib Ketua Pemuda AMANAH Perak, Shafiq Ariffin berkata, langkah itu juga boleh ditafsir sebagai isyarat awal bahawa Pas sedang membuka jalan untuk merampas kedudukan Pengerusi PN Perak yang sebelum ini diterajui oleh Bersatu.

“Apa yang lebih menarik, nama-nama yang dicadangkan itu bukanlah asing dalam pentadbiran kerajaan negeri. 

“Sebahagian daripada mereka pernah berada dalam kerajaan negeri dan memegang jawatan penting termasuk sebagai Exco kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan menamakan calon Menteri Besar lebih awal ini dilihat lebih kepada percaturan kuasa dalam gabungan mereka sendiri berbanding usaha serius untuk menawarkan kepimpinan terbaik kepada rakyat Perak.

Sebelum ini Pemuda Pas Perak menamakan beberapa individu sebagai calon Menteri Besar bagi menghadapi PRU16.

Langkah tersebut menurut Shafiq, adalah satu isyarat bahawa Pas Perak semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bersatu di peringkat negeri, khususnya selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN Perak susulan kemelut dalaman gabungan tersebut.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.