KRISIS MINYAK GLOBAL: ADAKAH HARGA MINYAK MAMPU BERTAHAN RM1.99/LITER SELEPAS MEI 2026?








Konflik Iran-AS Lonjak Harga, Kerajaan Malaysia Kekal Subsidi-Namun Sampai Bila?


Mei ini adakah perang Us-Iran akan capai ganjatan senjata dan mungkinkah harga minyak Ron 95 mampu bertahan RM1.99/liter.


1. Kita kena faham jika perang Iran - Us masih berterusan hingga Mei, selat Hormuz masih ditutup kesan domino kepada ekonomi dunia akan terjejas teruk termasuk Malaysia.


2. Rantau Teluk dan Timur Tengah menghasilkan sekitar 30% hingga 35% bekalan minyak dunia. Negara seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, UAE dan Kuwait adalah antara pengeluar terbesar dunia.


3. Lebih penting daripada itu ialah Selat Hormuz. Laluan sempit ini sahaja membawa hampir 20% perdagangan minyak dunia setiap hari. 


4. Kini kapal kargo terpaksa guna laluan lain, kecuali kapal China, Rusia, Pakistan hanya dibenarkan Iran lalu.


5. Penanda aras minyak Brent sebelum konflik sekitar USD60 setong. Kini ia melonjak sehingga hampir USD119 setong dan masih sekitar USD100 setong, tidak mustahil naik lagi. 


6. Sebelum konflik Asia Barat, subsidi bahan api sekitar RM700 juta. Sekarang Kerajaan Malaysia mahu kekalkan harga minyak murah RM1.99/liter maka subsidi Kerajaan makin bertambah untuk RON95 sahaja sekitar RM2 bilion dan diesel sekitar RM1.2 bilion. Jumlah keseluruhan subsidi bahan api kini sekitar RM3.2 bilion.


7. Ini bermakna kerajaan menanggung tambahan hampir RM2.5 bilion untuk melindungi rakyat daripada kenaikan harga minyak dunia.


8. Harga minyak Brent pula melonjak daripada sekitar USD60 setong kepada hampir USD100 setong. Namun rakyat Malaysia cukup bertuah PMX Anwar Ibrahim mahu rakyatnya mengisi petrol pada RM1.99 seliter.


9. Sedangkan banyak negara lain sudah ampungkan harga minyak dan sudah lama melepasi RM2 hingga RM10 seliter.


10. Malaysia menghasilkan sekitar 570,000 – 660,000 tong minyak sehari bergantung kepada tahun.  


11. Secara global, Malaysia berada sekitar kedudukan ke-29 pengeluar minyak dunia.  Bandingkan dengan negara lain:

 • Arab Saudi ≈ 10 juta tong sehari

 • Amerika Syarikat ≈ 12 juta tong sehari

 • Iran ≈ 3 juta tong sehari


12. Malaysia menghasilkan minyak mentah yang sangat berkualiti dikenali sebagai Tapis Blend. Ciri minyak ini; Light crude (ringan), Sulfur rendah dan Sangat sesuai untuk petrol premium


13. Minyak ini antara minyak mentah paling mahal di pasaran dunia.  Sebab itu Petronas menjualnya ke negara seperti; Jepun, Korea, Australia, Thailand. Kerana nilai eksportnya lebih tinggi.


14. Anggaran eksport terkini: 218,000 tong sehari minyak mentah dieksport (2024).


15. Malaysia juga mengimport minyak mentah 442,500 tong sehari import minyak mentah pada 2024 untuk kegunaan domestik. Minyak ini datang dari beberapa negara Timur Tengah yang tengah krisis dengan perang. 


16. Permintaan domestik Malaysia sekitar 934,000 tong sehari penggunaan minyak pada 2024.  Ini lebih tinggi daripada pengeluaran. Sebab itu Malaysia perlu import minyak tambahan.


17. Malaysia sebenarnya masih antara paling murah di dunia. Walaupun Malaysia bukan pengeluar besar seperti Arab Saudi, kerajaan masih mengekalkan harga: RON95 = RM1.99 seliter


18. Sedangkan banyak negara Asia dan Eropah berada antara: Thailand ≈ RM5, Singapura ≈ RM9 dan Eropah ≈ RM9 – RM11. Ini berlaku kerana kerajaan menanggung subsidi berbilion ringgit setiap tahun.


19. Tapi adakah Kerajaan Malaysia mampu bertahan selepas Mei 2026? Kita sebagai Rakyat kena bersedia sebarang kemungkinan dan buat persiapan sekarang, krisis ekonomi akibat perang sangat serius. 


20. Hari ini kita masih isi minyak RM1.99 seliter walaupun dunia sedang berdepan krisis tenaga. Kerajaan masih menanggung subsidi berbilion ringgit setiap bulan supaya rakyat tidak terkesan sepenuhnya.


21. Ini bukan keputusan mudah. Ini keputusan untuk melindungi rakyat dan sayang pada Rakyat.


22. Dalam keadaan dunia yang tidak menentu ini, kita semua perlu lebih bersedia. Kurangkan pembaziran. Gunakan tenaga secara berhemah. Bersedia menghadapi kemungkinan krisis ekonomi global.


Syam Ghaz



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.