Konflik Asia Barat: Kerajaan umum harga petrol minggu ini, berapa harga RON95?


 


Dalam keadaan konflik di Asia Barat yang masih berlarutan, Kerajaan MADANI memberi jaminan RON95 bersubsidi akan kekal pada harga RM1.99 seliter melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) demi melindungi rakyat.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata harga bahan api lain pula diselaraskan secara berperingkat selaras dengan kenaikan harga global sejak penghujung Februari 2026.

Ketika ini minyak mentah global meningkat lebih 40% sehingga melepasi AS$100 setong, sekali gus meningkatkan risiko gangguan bekalan minyak dunia.

Susulan itu, selaras dengan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026 adalah seperti berikut:

1) RON97 RM5.15 seliter (harga 25 Mac 2026: RM4.55 seliter)

2) RON95 tanpa subsidi RM3.87 seliter (harga 25 Mac 2026: RM3.27 seliter)

3) RON95 bersubsidi (BUDI95)

4) RM1.99 seliter (harga 25 Mac 2026: RM1.99 seliter)

5) Diesel (Semenanjung Malaysia) RM5.52 seliter (harga 25 Mac 2026: RM4.72 seliter)

6) Diesel (Sabah, Sarawak dan Labuan) RM2.15 seliter (harga 25 Mac 2026: RM2.15 seliter)

“Kerajaan MADANI kekal komited untuk melindungi kesejahteraan rakyat dalam keadaan pasaran minyak global yang tidak menentu. 

“Walaupun Malaysia ialah negara pengeluar minyak, harga bahan api domestik tetap dipengaruhi oleh pasaran 

global kerana sebahagian besar bekalan diperoleh dari pasaran antarabangsa,” menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

Seiring dengan aspirasi Ekonomi MADANI, Kerajaan akan terus memastikan manfaat dikembalikan kepada rakyat dengan melindungi mereka daripada tekanan kenaikan kos bahan api.

Antara langkah yang diambil bagi melindungi rakyat adalah seperti berikut:

1) Melalui BUDI95, rakyat yang layak terus menikmati RON95 pada harga RM1.99 seliter, manakala diesel bagi pengangkutan awam dan logistik darat kekal pada 

RM2.15 seliter, dengan beban subsidi Kerajaan melebihi RM3bilion sebulan.

2) Bantuan diesel individu dipertingkatkan apabila kadar BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi dinaikkan kepada RM300 pada bulan Mac 2026, berbanding RM200 sebulan sebelum ini.

3) Pemantauan dan penguatkuasaan diperkukuh bagi memastikan bekalan bahan api kekal stabil serta membendung ketirisan dan penyalahgunaan subsidi, termasuk di kawasan sempadan.

4) Kawalan penjualan turut diperketat, dengan larangan penjualan RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing terus berkuat kuasa, manakala pembelian bahan api melebihi 20 liter di luar tangki tanpa permit khas juga tidak dibenarkan.

5) Melangkah ke hadapan, Kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan kawalan ke atas pembelian diesel, terutamanya di Sabah, Sarawak dan Labuan, bagi menangani risiko ketirisan.

Kerajaan MADANI akan terus mengimbangi keperluan fiskal dengan perlindungan rakyat bagi memastikan kesejahteraan ekonomi negara dan kelangsungan hidup  rakyat terus terpelihara.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.