
Thailand mula melakukan penyasaran subsidi bahan api bagi mengurangkan tekanan ke atas permintaan meningkat dalam menangani krisis tenaga di negara itu sejak 28 Februari 2026.
PENDAPAT, 27 Mac – Mula-mula nak komen terus dekat post pempengaruh sektor automotif Hezeri Samsuri ni, tapi tak boleh komen tak tahu kenapa mungkin settings dekat FB set hanya kawan-kawan boleh komen.
Saya yakin soalan dia jujur nak tahu kenapa harga Diesel di Thailand boleh jadi lagi rendah dari Malaysia.
Sebenarnya soalan dia bagus sebab ayat soalan itu pun dah betul, “π€ππ§ππ©π ππ’ππ¬ππ₯ ππ‘ππ’π₯ππ§π π‘ππ«π π π£πππ’ π₯ππ π’ π«ππ§πππ‘ πππ«π’ πππ₯ππ²π¬π’π?”
Ini menandakan dia sedar dan tahu bahawa selama ini harga Diesel Thailand sentiasa lebih mahal dari Malaysia.
Sepanjang 2024 sejak harga Diesel diapungkan di Malaysia hingga 12 Mac 2026 lepas harga Diesel di Thailand sentiasa lebih mahal daripada Malaysia.
Sebagai contoh harga Diesel di Malaysia pada tahun 2024 selepas diapungkan paling tinggi pada RM3.35 seliter dan pernah jatuh serendah RM2.95 seliter manakala di Thailand setinggi 29.94 Baht (RM3.64) dan naik setinggi 32.94 (RM4.00).
Begitu juga 2025, harga Diesel di Malaysia pernah naik setinggi RM3.18 seliter dan pernah jatuh ke RM2.74 seliter manakala di Thailand paling rendah 30.44 Baht (RM3.70 seliter) dan setinggi 31.94 Baht (RM3.88 seliter).
Dan tahun ini (2026) sejak awal tahun harga Diesel pernah serendah RM2.84 seliter dan kini RM3.92 manakala Thailand daripada awal tahun harga pada 29.94 Baht (RM3.64) dan tidak berubah.
Harga Diesel dan Petrol di Thailand boleh dirujuk di laman web Bangchak syarikat minyak Thailand: https://www.bangchak.co.th/en/oilprice/historical
Ini kerana selama ini Thailand menetapkan harga Diesel mereka mengikut harga pasaran semasa.
Malaysia pula yang selama ini memberikan subsidi Diesel pukal kepada semua dan mula merasionalisasikan subsidi Diesel dengan mengapungkan harga Diesel secara mingguan sejak 10 Jun 2024 di mana harga Diesel dinaikkan daripada harga subsidi RM2.15 kepada RM3.35 seliter dan kemudiannya harga tersebut disemak setiap minggu berdasarkan harga purata pasaran minggu sebelumnya.
Dalam tempoh Jun 2024 hingga Mac 2026 pun harga Diesel di Thailand tetap lebih mahal berbanding Malaysia kerana Thailand mengenakan duti eksais ke atas semua bahan api termasuk Diesel dan juga Petrol.
Apabila kesan Perang Iran mula sampai ke seluruh dunia termasuk rantau Asia selepas Iran diserang pada 28 Februari 2026 harga minyak mentah dunia (Brent) mula meningkat mendadak daripada $70 setong kepada melebihi $100 setong dan begitu juga harga produk Diesel Singapore Gasoil mula meningkat mendadak sekitar $90 setong kepada $200 setong kenaikan melebihi 100% dalam tempoh 2 minggu.
Kerajaan Thailand menyedari kenaikan mendadak harga produk Diesel mula mengumumkan pembekuan harga Diesel 29.94Baht selama 15 hari bermula 4 Mac 2026: https://www.nationthailand.com/news/policy/40063274
Ini kerana penggunaan Diesel di Thailand sangat tinggi berbanding Petrol di mana penggunaan Diesel adalah 488.8 ribu tong sehari manakala penggunaan Petrol hanya 202.6 ribu tong sehari: https://www.theglobaleconomy.com/Thailand/diesel_fuel_consumption/
Walaupun pembekuan 15 hari harga Diesel diumumkan, pada 16 Mac 2026, Kerajaan Thai mengumumkan bahawa harga Diesel tetap perlu dinaikkan tetapi kali ini Kerajaan mengumumkan penetapan harga siling Diesel kepada 33Baht tetapi kenaikan tersebut hanya dibenarkan sebanyak 1Baht bagi setiap kali kenaikan dan Kerajaan menaikkan harga Diesel daripada 29.94Baht kepada 30.44Baht (18 Mac 2026), dinaikkan lagi kepada 31.14Baht (21 Mac 2026) dan dinaikkan lagi kepada 32.94Baht (24 Mac 2026): https://www.nationthailand.com/news/policy/40063895
Oleh kerana harga produk Singapore Gasoil telah pun melebihi paras $220 setong pada 19 Mac 2026 sehingga mencecah paras $240 setong pada 23 Mac 2026, dan harga Diesel sudah pun mencapai paras harga siling 33 Baht, akhirnya Kerajaan Thai semalam mengumumkan harga siling Diesel di Thailand akan dihapuskan dan akan mengikut harga pasaran di mana bermula hari ini (26 Mac 2026), harga Diesel Thailand dinaikkan sebanyak 6Baht kepada 38.94Baht atau RM4.72 seliter sama dengan harga Diesel Malaysia minggu lepas sebelum dinaikkan tengah malam semalam kepada RM5.52 seliter: https://www.nationthailand.com/business/economy/40064270
Kerajaan Thai juga mengumumkan tidak ada lagi subsidi pukal dan harga siling untuk semua tetapi akan melaksanakan subsidi bersasar kepada sektor tertentu seperti mana dilaksanakan di Malaysia di mana:
- Sektor perikanan/nelayan mendapat subsidi pada harga RM1.65 seliter.
- Sektor pengangkutan awam darat menerima subsidi Diesel pada harga RM1.88 seliter.
- Sektor pengangkutan awam barangan menerima subsidi Diesel pada harga RM2.15 seliter.
Itu lah punca kenapa harga Diesel Thailand lebih murah berbanding Malaysia sejak awal bulan ini.
Betul telahan Hezeri Samsuri harga Diesel di Malaysia diapungkan mengikut harga pasaran semasa kerana sektor kritikal tertentu termasuk Sabah dan Sarawak terus menerima subsidi bersasar pada harga yang lebih murah.
Manakala di Thailand sebelum ini tidak ada subsidi bersasar dan semua individu, perniagaan, sektor dan industri yang menggunakan Diesel perlu membayar harga sama secara pukul rata.
Walaupun Diesel di Thailand lebih murah, pengguna Diesel di Thailand menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan di stesen minyak kerana kekurangan stok sehingga stesen minyak tutup, pengguna beratur panjang dan ada yang berkhemah dekat stesen minyak untuk beli Diesel.
Malah begitu banyak sektor terkesan sehingga bot-bot nelayan tersadai tidak dapat turun ke laut kerana harga Diesel mahal dan ketiadaan bekalan: https://www.reuters.com/world/asia-pacific/thai-fishing-industry-nears-standstill-iran-war-pushes-up-fuel-costs-2026-03-26/
Di Malaysia bekalan Diesel masih mencukupi, tiada huru-hara, queue yang panjang dan stesen minyak ditutup seperti di Thailand walaupun harga lebih mahal berbanding Thailand.

Itulah kronologi kisah bagaimana harga Diesel Thailand lebih murah dari Malaysia sejak Perang Iran bermula.
Mungkin ramai yang tak sedar sebenarnya walaupun harga Diesel Thailand lebih murah, harga Petrol RON95 di Thailand (41.05Baht atau RM5.00) lebih mahal berbanding harga RON95 tanpa subsidi di Malaysia (RM3.87).
Harap brother Hezeri Samsuri berpuas hati dengan penjelasan ni.
Kita tak boleh tengok dari segi perbezaan harga sahaja tetapi perlu zoom out apa yang berlaku dalam rantau ini dan dunia.
Kerajaan Thai yang cuba bantu kawal harga Diesel dengan melaksanakan pembekuan harga dan harga siling pun akhirnya gagal dan terpaksa naikkan harga mengikut harga pasaran.
Betul harga Diesel terbaru di Thailand masih rendah (38.94 Baht bersamaan RM4.72 seliter), tetapi selepas pengumuman tiada harga siling dan mengikut harga pasaran oleh Kerajaan Thai semalam, semakan seterusnya sangat berkemungkinan besar harga Diesel di Thailand sama ada akan sama tinggi dengan Malaysia atau lebih tinggi selepas kenaikan 6Baht bermula hari ini.
Sekian.
Oleh Syahir\










No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.