JENTERA PARTI SEMAKIN MENJAUH DARI RAKYAT








Konvensyen KEMAS16 & POP25 sebenarnya membuka mata saya tentang bagaimana parti boleh benar-benar menyantuni rakyat di peringkat akar umbi.


Program ini dilancarkan sekitar dua tahun lalu dengan satu matlamat yang jelas, membina jaringan kerja di cabang, mendekati masyarakat setempat, dan menguatkan jentera parti supaya PMX mampu kekal memimpin untuk satu penggal lagi.


Tetapi hari ini, bila saya melihat kembali ke peringkat cabang, saya hanya mampu mengeluh.


Apa yang dirancang dulu, seolah-olah tinggal kenangan.


Tiada gerakan yang benar-benar dilaksanakan. Tiada susulan. Tiada kesungguhan untuk menggerakkan program seperti yang telah dirancang.


Persoalannya sekarang:


Kalau di peringkat cabang pun tiada usaha serius untuk mendekati rakyat, bagaimana kita mahu memperkukuh sokongan parti?


Sedangkan kekuatan sebenar parti politik bukan hanya di pentas nasional, tetapi di kampung, di taman perumahan, di warung, di surau, di komuniti setempat.


Kalau keadaan ini berterusan, jangan salahkan rakyat jika semakin ramai memilih untuk menjadi PAP, Pengundi Atas Pagar.


Bukan kerana mereka membenci perjuangan, tetapi kerana mereka tidak lagi melihat usaha yang benar-benar menyentuh kehidupan mereka.


Kadang-kadang kita perlu jujur pada diri sendiri.


Masalahnya bukan rakyat semakin jauh, tetapi jentera parti yang semakin menjauh dari rakyat.

 

Sempat juga saya, admin PRU 16 - Rakyat Bijak belajar banyak perkara dari Ketua Cabang saya suatu ketika dahulu, Saudara Iswardy Morni Utama


#RealReform



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.