Fungsi, Peranan Madinatul Al-Quran Dirancang Untuk Diperluas – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 16 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, perancangan untuk memperkembangkan fungsi Madinatul Al-Quran sebagai pusat pengajian serta penyelidikan al-Quran di rantau ini akan dibincangkan dalam masa terdekat bersama Yayasan Restu dan pihak-pihak berkaitan.

Perdana Menteri berkata, pengembangan fungsi itu dilihat berpotensi menjadi projek ummah yang melibatkan penyertaan masyarakat Islam di dalam dan luar negara selain menjadi rujukan penting bagi mendalami ilmu Al-Quran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

“Ada satu idea yang baik oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menjadikan ini projek ummah, dalam negara dan luar.

“Dan menjadikan ini suatu bukan saja gedung, tetapi pengisian yang jauh lebih besar daripada yang direncanakan supaya ia mungkin menjadi bukan saja pusat pencetakan Mushaf tetapi sebagai pusat pengajian, institusi penyelidikan utama di rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

“Mungkin kita boleh kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan juga universiti-universiti tempatan,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran Mushaf Malaysia MADANI di Kompleks Nashrul al-Quran, di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Ahmad Maslan berkata Madinatul Quran dijangka siap awal 2028 di Putrajaya yang bakal jadi pusat pembelajaran, keindahan syiar, penemuan saintifik, pendidikan Islam berteraskan Al-Quran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

Sementara itu, mengenai pelancaran Mushaf Malaysia MADANI, ia adalah sebagai sebahagian daripada program tadabbur al-Quran di peringkat kebangsaan iaitu antara mushaf al-Quran hibrid terawal di Malaysia yang memadukan keindahan seni khat dan seni Islam tempatan dengan inovasi digital.

Pendekatan ini membolehkan masyarakat menghayati al-Quran secara lebih interaktif selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

Menurut Yayasan Restu, proses penyalinan mushaf mengambil masa hampir lima tahun dan dikendalikan oleh penulis khat berpengalaman dari Yayasan Restu, Ustaz Abdul Baki Abu Bakar, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun termasuk terlibat dalam penyalinan Mushaf Malaysia pada tahun 1995.

“Setiap helaian dihasilkan dengan ketelitian tinggi bagi memastikan kesempurnaan kandungan al-Quran terus terpelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

“Pasukan digital yang diketuai oleh Ustaz Arif Azamuddin Rochi turut membangunkan sistem kandungan interaktif bersama integrasi kod QR.

“Melalui kemudahan ini, pembaca dapat mengakses terjemahan pelbagai bahasa, terjemahan perkataan demi perkataan, panduan tajwid, asbab al-nuzul serta penerangan berkaitan elemen STEM yang berkait dengan ayat-ayat al-Quran,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.