Di kala banyak negara panik kesan harga minyak.



 Di kala banyak negara panik kesan harga minyak.



ANWAR JANGAN BERSEDIH… BERSEDERHANA BERHARI RAYA




Anwar bersedih bukan kerana makian kerana dia sudah lali dengan makian dan fitnah. Barangkali yang bermain di fikirannya bagaimana untuk membela nasib rakyat untuk terus kekalkan subsidi minyak.


Di kala negara2 dunia sedang panik, Malaysia masih teruskan kekalkan subsidi. Tapi ada yang fitnah beliau dengan ejekan ‘ Hari ini menang esok…’


Ada yg bising kenapa harga minyak tidak bersubsidi naik mendadak. Punca kenaikan harga minyak tidak bersubsidi kerana Israel-US sabotaj ekonomi dunia dengan menyerang Iran, dan mengakibatkan Selat Hormuz ditutup.


46% minyak untuk kegunaan tempatan dibawa melalui Selat Hormuz.


Malaysia bukan lagi “net exporter” minyak mentah. Kita  hasilkan 465,000 tong sehari, tapi guna 800-900,000 tong sehari.


Sejak 2017, Automatic Price Mechanism (APM) diguna untuk tetapkan harga minyak di pasaran secara mingguan.


Setiap Rabu lewat petang, pengumuman akan dibuat oleh Kementerian Kewangan, dan harga bagi minggu berikutnya akn mula dikuatkuasakan Khamis.


Bagi rakyat Malaysia, RON95 kekal RM1.99/liter.


Bagi rakyat Malaysia di Sabah & Sarawak, mereka kekal nikmati diesel pada harga RM2.15/liter kerana lebih ramai yang menggunakan kenderaan 4WD dan enjin diesel di sana.


Malaysia bernasib baik, kerana walaupun keadaan ekonomi global tidak tentu


1) nilai Ringgit mengukuh berbanding Dollar

2) bekalan makanan dan minyak mentah cukup

3) subsidi RON95 dan diesel ( Sabah & Sarawak ) utk rakyat diteruskan

4) Malaysia terus menjadi destinasi pelabur asing, kerana politiknya stabil dan asas ekonominya kuat.


Jangan bersedih Anwar, rakyat yang bijak faham keadaan ekonomi akibat konflik Iran Israel ini telah membuat seluruh dunia terkesan.


Rakyat faham dalam 3 tahun ini kamu bekerja keras untuk naikkan gaji kakitangan awam, untuk berikan bonus kpd kakitangan awam, berikan subsidi kepada petani dan nelayan, berikan banguan SARA STR dan bermacam lagi untuk ringankan beban rakyat.


Rakyat yang bijak sebenarnya hairan… ketika anda serius memikirkan bagaimana untuk kekalkan subsidi minyak, pemimpin mereka minta penyokong menderma untuk PAS/PN. 


Mereka maki pemimpin yang mahu berikan subsidi tapi mereka bergembira pemimpin yang mahukan wang mereka dihulurkan.


Untuk rakyat Malaysia di kala ekonomi tidak menentu ini bersederhanalah dalam berbelanja.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.