Datuk Bandar KL buat reformasi dalam tadbir urus
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud telah membuat reformasi dalam tadbir urus bandaraya Kuala Lumpur, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh di Dewan Rakyat.
Inisiatif ini diambil oleh Fadlun ekoran dakwaan Datuk Bandar mempunyai terlalu banyak kuasa dalam pentadbiran bandaraya.
“Datuk Bandar sendiri telah mengambil inisiatif sendiri untuk membuat reformasi untuk pastikan kuasa itu ada proses yang lebih baik,” kata Hannah.
Beliau memberikan tiga contoh apa yang telah dibuat oleh Datuk Bandar untuk mempastikan kuasa itu berjalan dengan lebih baik.
- Limit autoriti.
Melalui pendekatan ini, Datuk Bandar menghadkan kuasanya untuk mengeluarkan perbelanjaan atau sumbangan yang sebelum ini adalah ‘unlimited’.
Datuk Bandar kini hanya boleh mengeluarkan sumbangan di bawah RM3,000 sahaja manakala jika lebih dari itu, ada jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menilai sumbangan tersebut dan menasihatkan Datuk Bandar mengenainya.
- Proses membuat keputusan
Datuk Bandar tidak akan membuat keputusan secara bersaorang lagi tetapi secara konsensus melalui jawatankuasa yang akan menasihat Datuk Bandar.
Ini bermakna bukan kuasa Datuk Bandar dikurangkan tetapi melalui proses yang betul.
- Penyusunan JK Audit DBKL
Ia bertujuan melaksanakan amalan tadbir urus yang baik.
Melalui pendekatan ini, seorang Ahli Lembaga Penasihat (ALP) DBKL akan mengetuai JK ini manakala dua ALP lagi akan dilantik sebagai ahli tetap di samping ahli yang lain.
Ia bertujuan mengawal perbelanjaan DBKL agar lebih telus.
“Sebelum ini, yang belanja Datuk Bandar dan yang audit juga Datuk Bandar.
“Sekarang sudah berlainan, beliau melantik pengerusi audit ini supaya ia lebih telus dan ada akauntebilitinya,” kata Hannah.
Ekoran itu, Datuk Bandar tidak lagi mempengerusi JK Audit sebagaimana sebelum ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.