Fathi Aris Omar
Bukan isu dia kempen bantah kuil haram. Tidak dipertikai hak tersebut. Polis cari kes di bawah ini. Tengok keratan berita yang dilampirkan.
Faham duduk perkara sebelum komen. Saya tidak kata dia bersalah atau tidak. Boleh jadi dia benar, boleh jadi tindakannya ada asas.
Tetapi polis cari untuk dakwa bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan. Jadi dia kena jawab, bahas dan bela diri di mahkamah.
Syarat itu untuk apa? Ribuan orang dan aktivis masuk mahkamah tidak sebut syarat. Zamri Vinoth dah ke mahkamah. Tenang sahaja.
Tidak kecoh-kecoh. Balik dan terus ke mahkamah. Sekarang kutip derma untuk kos guaman pula. Tiada hal. Yang dia tu letak syarat untuk apa?
Tanpa merujuk kes sesiapa, secara umumnya Islam melarang kita berbuat seperti penjelasan di bawah. Kita tidak pasti dia buat atau tidak sebab kes belum dibicara. Bila dibicara, persoalan ini lebih jelas.
Namun kes tidak dapat dibicara jika dia tidak balik, masuk mahkamah dan pertahankan haknya dan tindakannya di depan hakim.
Seperti Zamri juga, dia boleh serah tanpa apa-apa syarat. Tiada pemimpin dan aktivis hebat letak syarat. Mereka terus berjuang hingga di depan hakim. Contoh: Nelson Mandela.
(Penjelasan ini daripada jabatan agama. Pautan ke tulisan asal ada di bahagian komen)
Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan.
Surah Al-An’am Ayat 108
As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata: “Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam keadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T.
Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini.
Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya “Al-Munir (Jilid 7, m/s 327): “Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan Rasulnya”.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.