𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗗 𝗣𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗣, 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗡




Ahmad Mursi


Tulisan Haji Hadi (12/03/26) penuh dengan retorik politik agama keras, analogi menghina, dikotomi palsu, sangat emosional dan mempolitikkan nas cara salah.


Usaha Rumah Bangsa UMNO mencari titik pertemuan bukan sekadar disindir, tetapi dilabel, dihina dan diragui keikhlasannya.


Haji Hadi menuduh UMNO menganjurkan perpaduan Melayu atas semangat kebangsaan tanpa Islam kerana bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan. Dia cuba mengambil peranan Tuhan menentukan niat dan isi hati orang lain.


Presiden PAS ini lupa, dirinya sendiri pernah bersama DAP membentuk kerajaan di Perak (2008-2009), Kedah (2008-2013), Selangor (2008-2018) dan Pulau Pinang (2008-2015).


𝗗𝗔𝗟𝗜𝗟 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗙𝗦𝗜𝗥 𝗦𝗘𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗛𝗔𝗧𝗜


Dalam hubungan dengan parti bukan Islam, Haji Hadi sering memetik ayat 8-9 Surah al-Mumtahanah, namun menyembunyikan makna sebenar.


Dua ayat ini membezakan dua situasi yang jelas:


Ayat 8: Allah MEMBENARKAN umat Islam berbuat baik dan berlaku adil kepada bukan Islam selagi mereka (1) tidak memerangi umat Islam kerana agama dan (2) tidak mengusir umat Islam dari tanah air.


Ayat 9: Allah MELARANG menjadikan teman rapat jika mereka (1) memerangi umat Islam kerana agama, (2) mengusir umat Islam dari tanah air, dan (3) membantu pihak lain mengusir.


Persoalannya: Adakah DAP berperang dengan umat Islam kerana agama? Adakah DAP mengusir atau membantu mengusir umat Islam dari tanah air sendiri?


Jika tidak, kerjasama dengan DAP sepatutnya berada dalam ruang lingkup ayat 8 yang membenarkan, bukannya ayat 9 yang melarang.


PAS sendiri menjadikan DAP teman rapat selama sekitar sedekad. Jika DAP ketika itu tidak dianggap memerangi Islam, mengapa tiba-tiba kini mereka jadi musuh Islam?


Jika Haji Hadi sengaja menyembunyikan maksud sebenar ayat ini demi menyesuaikannya dengan strategi politik, ingatlah firman Allah:


"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan dan petunjuk... mereka dilaknat Allah dan dilaknat oleh semua yang melaknat." (Surah al-Baqarah: 159)


𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠


Haji Hadi mendakwa ahli UMNO terkena waswas syaitan kerana berlawan dengan perjuangan asal yang meletakkan Islam sebagai sebahagian dasar. 


Dia sentiasa berburuk sangka bahawa hanya PAS yang berpegang teguh kepada Islam.


Sejak 1980-an dia menghukum UMNO sebagai parti sekular (politik suku, agama suku) yang dihukum kufur. 


Semasa krisis PAS-BERSATU di Perlis, Hj Hadi cuba berbaik dengan UMNO yang dianggap "tak berbeza akidah". Begitulah dalil diputar ikut selera, hanya dalam sela masa singkat.


𝗦𝗜𝗞𝗔𝗣 𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗖𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜


Haji Hadi menulis menganggap hanya PAS terpaling suci – berpandukan hidayah Allah, ahlinya beristiqamah, tidak terpedaya syaitan. 


Sebaliknya, lawan PAS digambarkan sebagai dipengaruhi syaitan, bala tentera hantu, lebai jahil, ahli syirik, tukang sembelih haram, pemujaan dll.


Allah melarang keras sikap ini:

"Maka janganlah kamu mensucikan diri kamu. Allah lebih mengetahui siapa yang bertakwa." (Surah an-Najm: 32)


Sikap menyucikan diri inilah yang menyebabkan Iblis takabur dan terusir dari syurga – kerana sikap itu amat dibenci Allah.


𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗕𝗢𝗞 𝗔𝗧𝗔𝗣 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜


Haji Hadi mendakwa Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan minoriti yang disokong hantu. 


Dia lupa, Kerajaan Tebok Atap yang ditubuhkannya dulu langsung tidak mempunyai majoriti – parlimen digantung, negara didaruratkan, bajet tidak dibahas, hingga mencetuskan skandal Jana Wibawa.


Dia pula terus menerima gaji buta sebagai Duta Khas bertaraf Menteri, membazir wang negara.


Baru-baru ini, usaha pindaan Perlembagaan membataskan tempoh PM mendapat 146 undi – kurang dua untuk capai dua pertiga. Adakah itu minoriti pada matanya? Ilmu politik apa yang digunakannya?


Kerajaan minoriti yang sebenar adalah yang cuba dibentuk Haji Hadi selepas PRU15 – dengan hanya 115 sokongan yang kononnya "doh cukop jumloh, lebih dari cukup". Dia berniat mengacau-bilau negara untuk kali kedua dengan lebihan 3 undi.


𝗞𝗘𝗦𝗜𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡


Tulisan Haji Hadi ini memberi imej buruk kepada Islam. Bahasa keras, analogi melampau, dan sikap gemar melabel hanya kerana berbeza pandangan – semuanya menjadikan agama sebagai alat menghukum, bukannya rahmat.


Membaca tulisan dengan bahasa sebegini, sukar menerima bahawa ini adalah akhlak seorang ulama akhirat. Didoakan semoga dia tidak dijangkiti penyakit ulama su'.


Malaysia memerlukan politik RAHMAH yang matang dan menyatukan – bukan politik pecah-belah yang marah-marah.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.