Che Ibrahim
Kalau berdasarkan kiraan JUPEM, anak bulan Syawal 1447 telah wujud pada petang 19 Mac 2026. Namun berdasarkan kriteria "imkanurrukyah" anak bulan tersebut mungkin tidak dapat dicerap kerana ketinggiannya kurang dari 3' dan jarak lengkungnya pula kurang dari 6.4'.
Maknanya kalau berdasarkan falak, 1 Syawal 1447 akan jatuh pada 20 Mac 2026, tetapi berdasarkan kriteria rukyah, anak bulan Syawal 1446 mungkin tidak dapat dicerap kerana "becar" @ silau Matahari masih kuat, maka 1 Syawal 1446 jatuh pada keesokannya, 21 Mac 2026.
Apa pun kita tunggu keputusan cerapan hilal Syawal 1447 pada petang 19 Mac 2026 di tempat tempat cerapan hillal yang telah diwartakan (jangan pakat cerap/tengok sendiri pula).


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.