APABILA KRISIS TIMUR TENGAH RANTAIAN BEKALAN GAS DAN MINYAK.

 


Nazri Hamdan


Keputusan Filipina untuk kembali bergantung kepada arang batu secara sementara sebenarnya mencerminkan realiti pahit yang sedang dihadapi banyak negara membangun.





Secara idealnya mahu beralih kepada tenaga bersih, tetapi realitinya terpaksa tunduk kepada tekanan kos dan kestabilan bekalan. 


Apabila konflik Timur Tengah mengganggu rantaian bekalan gas dan melonjakkan harga LNG, pilihan paling cepat dan “selamat” dari sudut operasi ialah kembali kepada arang batu, walaupun ia bercanggah dengan agenda hijau. 


Dengan sekitar 60% elektrik negara itu sudah pun bergantung kepada arang batu, langkah ini bukan perubahan drastik, tetapi pengukuhan kepada struktur tenaga sedia ada yang sememangnya sukar untuk diubah dalam jangka masa pendek.


Akan tetapi langkah ini juga membuka persoalan lebih besar tentang ketahanan tenaga dan kebergantungan import. 


Filipina bukan sahaja berdepan kos tenaga yang tinggi, malah sering mengalami gangguan bekalan elektrik, menunjukkan sistemnya masih rapuh. 


Walaupun ada penemuan gas baharu yang berpotensi memanjangkan hayat medan Malampaya, ia masih belum cukup untuk menjadi penyelesaian segera. 


Maka, “temporary measure” ini berisiko menjadi kebergantungan jangka panjang jika pelaburan dalam tenaga alternatif tidak dipercepatkan. 


Filipina antara negara yang paling cepat “terkena tempias” bila Selat Hormuz disekat sebab struktur tenaga mereka memang sangat bergantung kepada import. 


Data menunjukkan lebih daripada 50% bekalan tenaga negara datang daripada import minyak dan arang batu, manakala tahap self-sufficiency tenaga hanya sekitar 51% sahaja.


Dalam sektor elektrik pula, kira-kira 60% tenaga dijana daripada arang batu, dan lebih 80% arang batu itu diimport dari luar negara.


Ini bermaksud bila laluan kritikal seperti Selat Hormuz terganggu, yang mengendalikan hampir 20% minyak dunia Filipina terus terdedah kepada kenaikan harga global tanpa perlindungan domestik yang kuat.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.