Sewaktu perbualan telefon dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, saya menyampaikan ucapan Aidilfitri serta menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik.
Kami turut bertukar pandangan mengenai situasi di Asia Barat, dengan Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap konflik semasa serta menghargai sumbangan Mesir dalam menggesa pihak bertelagah ke arah de-eskalasi, dialog dan penghentian segera keganasan.
Menyentuh isu Palestin, Malaysia menyokong usaha Mesir dalam membantu Gaza serta menegaskan bahawa sebarang inisiatif keamanan mesti berteraskan gencatan senjata dan akses kemanusiaan. Saya turut memohon sokongan Mesir terhadap misi bantuan kemanusiaan 2026 melalui sempadan Rafah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.