Alahai Wee Ka Siong! Alahai!


 Sebagai ahli parlimen penyokong Kerajaan (walaupun sokongan tak berapa jelas dan main banyak kolam), takkan Wee Ka Siong tak tahu dah nak masuk dua tahun Diesel diberi subsidi secara bersasar?

PENDAPAT, 28 Mac – Ramai yang menunggang isu harga Diesel meningkat.

Kalau pemimpin-pemimpin MCA setiap peringkat buat video menunggang isu kenaikan harga Diesel termasuk Presiden mereka sendiri Wee Ka Siong.

Walaupun berita dalam dan luar negara melaporkan perang di Timur Tengah masih lagi berlangsung, harga minyak dunia meningkat dan masih tinggi, pengeluaran minyak di negara-negara teluk terjejas.

Dek keghairahan seorang ahli parlimen yang tidak lagi berpengaruh (jauh sekali membantu kerajaan), komen-komen netizen yang dituai jelas menunjukkan Wee Ka Siong mempunyai agenda tersirat menunggang isu kenaikan diesel ekoran konflik di Asia Barat.

Sudahlah mereka kira kos Diesel pun guna penanda aras yang salah sebab guna pakai pengiraan sesat Eric See-To – Lim Sian See, lagi nak cakap pasal kenaikan kos barangan.

Sebagai ahli parlimen penyokong Kerajaan (walaupun sokongan tak berapa jelas dan main banyak kolam), takkan MP Ayer Hitam tak tahu dah nak masuk dua tahun Diesel diberi subsidi secara bersasar?

Takkan Presiden MCA tak tahu Kenderaan Pengangkutan Darat Awam dan Barangan menerima subsidi Diesel di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang meliputi 33 jenis kenderaan dan merangkumi 400 ribu kenderaan di luar sana?

Dek keghairahan seorang ahli parlimen yang tidak lagi berpengaruh (jauh sekali membantu kerajaan), komen-komen netizen yang dituai jelas menunjukkan Wee Ka Siong mempunyai agenda tersirat menunggang isu kenaikan diesel ekoran konflik di Asia Barat.

Kenderaan pengangkutan darat barangan seperti lori rigid kargo am, lori tangki rigid, lori penggerak utama, lori rigid hasil pertanian, lori tangki rigid tepung, lori rigid kandang haiwan, lori, van dan bas food catering, lori rigid curtainsider dan macam-macam lagi pengangkutan awam barangan masih diberi subsidi pada kadar harga Diesel RM2.15 seliter?

Ini bermakna harga barang terutamanya harga barang makanan akan terkawal dan tidak akan meningkat kerana faktor kos pengangkutan yang meningkat.

Jika ada kenaikan yang berlaku pun kerana faktor lain selain daripada kos pengangkutan.

Dek keghairahan seorang ahli parlimen yang tidak lagi berpengaruh (jauh sekali membantu kerajaan), komen-komen netizen yang dituai jelas menunjukkan Wee Ka Siong mempunyai agenda tersirat menunggang isu kenaikan diesel ekoran konflik di Asia Barat.

Tujuan Kerajaan terus mensubsidi sektor pengangkutan darat barangan adalah supaya kos penghantaran dan logistik barangan tidak meningkat.

Tidak pernah dinafikan ada sektor yang tidak menerima subsidi seperti sektor perkilangan, pembinaan, industri bas persiaran dan beberapa industri lain tetapi sektor pengangkutan darat barangan yang merupakan sektor penting untuk akses kepada barangan seperti makanan dan minuman ke seluruh negara masih menerima subsidi pada kadar RM2.15 seliter.

Jadi alasan harga Diesel naik akan meningkatkan kos barang tidak tepat.

Ahli Parlimen patut lebih banyak akses kepada maklumat Kerajaan dan boleh sahaja bertanya kepada Kementerian-Kementerian berkaitan tapi apa barang cari fakta, buat video merapu-rapu lagi senang viral dan banyak likes.

Satu soalan last.

Semasa harga Diesel naik daripada RM2.15 kepada RM3.35 seliter serta merta selepas subsidi bersasar dilaksanakan pada Jun 2024, barangan asas apakah yang naik harga secara mendadak?

Oleh Syahir

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.