Aidilfitri: PM umum cuti tambahan sehari

 





Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti am tambahan sehari sempena Aidilfitri sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya.

Perdana Menteri berkata, cuti pada 23 Mac (Isnin) diberikan jika 1 Syawal jatuh pada 20 Mac (Jumaat) depan, manakala cuti sehari lebih awal iaitu pada 20 Mac jika 1 Syawal disambut pada Sabtu depan (22 Mac).

“Sama ada Aidilfitri disambut pada Jumaat atau Sabtu, jangan bimbang, kita beri cuti tambahan Hari Raya.

“Kalau raya pada Jumaat, maka cuti tambahan pada Isnin 23 Mac, kalau raya pada Sabtu, cuti tambahan Jumaat, 20 Mac.

“Kita buat pengumuman awal supaya orang ramai boleh buat perancangan cuti Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026, di Kota Kinabalu, hari ini.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.