
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Suria Sabah, Kota Kinabalu pada 15 Mac 2026.
KOTA KINABALU, 15 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti am tambahan sehari sempena Aidilfitri sama ada pada hari Jumaat depan atau Isnin berikutnya.
Menurut Perdana Menteri, cuti pada 23 Mac (Isnin) diberikan jika 1 Syawal jatuh pada 20 Mac (Jumaat) depan, manakala cuti sehari lebih awal iaitu pada 20 Mac jika 1 Syawal disambut pada Sabtu depan (22 Mac).

“Sama ada Aidilfitri disambut pada Jumaat atau Sabtu, jangan bimbang, kita beri cuti tambahan Hari Raya.
“Kalau raya pada Jumaat, maka cuti tambahan pada Isnin 23 Mac, kalau raya pada Sabtu, cuti tambahan Jumaat, 20 Mac.
“Kita buat pengumuman awal supaya orang ramai boleh buat perancangan cuti Aidilfitri,” katanya pada perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.
Berikutan pengumuman itu, cuti umum Aidilfitri pada kali ini bertambah sehari kepada tiga hari.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.