YB YANG DIAM



 Budak pompuan ni Adun aku ni. Patut tak layak pun bertanding. Nak bertanding pun tak layak. Apa lagi nak menang. DUN Puteri Wangsa ni sepatutnya milik Keadilan. Patutnya Pn. Napsiah Khamis jadi calon.





Takpe la. Dah rezeki terpijak dia. Tapi masalahnya dia ni lembab. 𝗧𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹. Tempat aku ni dengan isu kesesakan trafik yang semakin meruncing kesan dari pembinaan rumah tak terancang, apa dia buat pun tak tau la.


Tapi tiba-tiba muncul dakwa pakcik makcik dari kaum Cina di tempat dia kata rindu zaman Najib. Nampak benar menipunya! Ini tempat aku wei. Pakcik makcik cina mana yang ko jumpa tu? Bagi la bukti budak woi.


DUN ni solid PH. UMNO pun tak boleh bernafas dekat sini. Dulu zaman PR, lebai PAS pun boleh menang selesa. Punyalah orang sini benci Najib & BN. Tetiba boleh dia kata dorang rindu zaman Najib. Logik ke?


Budak ni aku ingat kalau jalan dalam DUN ni pun dia sesat. Ada hati nak cakap suara orang sini. Dia turun padang last tahun bila pun tak pasti. Orang sini pun tak kenal dia. Adeh... Kalau jenis penipu macam ni sesuai dia jadi muslimat PAS je.


Aku harap next PRU Anwar Ibrahim jangan buat kerja gila mcm PRU lepas. Puteri Wangsa ni biar Keadilan je bertanding. Pn. Nafsiah dah jaga DUN ni dari awal dengan cemerlang. Jangan risikokan kehidupan kami dengan budak berhingus macam ni.


Kepada budak ni, buat kerja sebagai Adun dulu baru boleh komen pasal kerajaan pusat. Ko tu uruskan DUN pun tak reti. Entah-entah uruskan diri sendiri pun tak betul lagi. Tak payah cerita lebih. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.