Kejadian tragis, isteri muda meninggal dunia ditangan suami selepas diperlakukan dengan sangat kejam. Dipukul berkali-kali, dilemaskan dalam air berkali-kali...
Pada 1 Februari 2026, Ananda Putri (20) dan suaminya Ali (29) telah bertengkar lalu Ananda pulang ke rumah ibu bapanya bersama anak kecil mereka. Tidak lama kemudian Ali datang dan memaksa Ananda serta anak mereka pulang semula ke rumah. Selepas dipujuk orang tuanya untuk ikut pulang bersama suaminya, akhirnya dia pun bersetuju pulang bersama suaminya.
Awal pagi 2 Februari, keluarga dimaklumkan Ananda telah meninggal dunia di hospital. Pihak keluarga terus ke hospital dan mendapati keadaan jenazah anak mereka penuh lebam. Mereka meminta polis melakukan bedah siasat dan menyiasat kes tersebut.
Ali, suami mangsa, terus ditahan dan siasatan dijalankan. Selepas disoal siasat, terungkailah kronologi kejadian. Rupanya selepas dijemput dari rumah ibu bapanya, Ananda terus dipukul oleh Ali. Kepalanya berkali-kali ditenggelamkan ke dalam bekas air sehingga lemas. Dalam keadaan tidak berdaya, Ali melepaskan pukulan bertubi-tubi ke arah perut dan wajahnya. Melihat Ananda yang nazak, Ali segera membawanya ke hospital terdekat.
Di unit kecemasan, dia mendakwa isterinya terjatuh dari motosikal. Belum sempat menerima rawatan, Ananda menghembuskan nafas terakhir. Hasil bedah siasat menunjukkan beberapa tulang rusuk patah dan terdapat koyakan pada organ hati.
Insiden ini berlaku di Asahan, Sumatera Utara #suamibunuhisteri #kesbunuh #SumateraUtaraa #kisahkehidupann #contentmonetizationn #fbprofypjangkauansemuaorang #fbprofollowersemuaorang


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.