Kes rasuah dalam agensi kerajaan seperti imigresen, kastam dan polis bukan lagi asing. Tapi bila ia menular ke Angkatan Tentera Malaysia (ATM) – institusi keselamatan nombor satu negara – rakyat jadi terkejut, risau dan hampir tak percaya.
Siasatan dalaman Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sendiri mengesahkan 20 pegawai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dikaitkan dengan budaya ‘Yeye’ yang tular di media sosial. Ditambah pula dengan siri pendakwaan pegawai kanan ATM termasuk bekas Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan atas tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Bidalan orang tua jelas: “ikan mula busuk di kepala, bukan di ekornya.” Bila pemimpin sendiri terpalit, kepercayaan rakyat terhadap institusi keselamatan runtuh.
Adakah kita masih boleh percaya pada benteng pertahanan negara jika integriti pemimpin tertinggi tercalar?
Sampai bila rakyat perlu menelan drama perbicaraan rasuah berprofil tinggi tanpa perubahan nyata?
“Apa nak jadi, memang tak boleh jadi!” – suara rakyat mesti bergema agar institusi negara kembali bersih, berwibawa dan dihormati.
#ISUSEMASA #FYP #FYPMALAYSIA #VIRAL

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.