Strategi hidup kaya atas nama agama
PENYAKIT ORANG AGAMA AKHIR ZAMAN
Saya beritahu kawan2, akhir zaman perangai org2 agama mereka berminat dgn jawatan dan kekayaan. Akhirnya mereka menjadi penunggang agama.
Modus operandi mereka sama sahaja, balik dari pengajian dan ada sesetengah tidak habis belajar terus buka pusat Tahfiz.
Tiada modal, tidak kertas kerja utk pengurusan dan overhead. Sebabnya senior mereka beritahu buka sahaja masuk content Tik Tok, maka puluh atau ratus ribu dtg menderma.
Mereka tahu kelemahan org Melayu ialah bila melihat org berpakaian alim memohon derma. Ada sanggup derma tanah, rumah ata wang.
Sb itu jika di KL yg meminta derma selalunya berkopiah hingga warga negara Arab pun berbuat demikian. Nak jadi bomoh pun kena pakai kopiah baru org yakin.
Bila begitu byk dana masuk, mereka tidak akn dpt kawal nafsu duniawi. Malah kdg2 cara kehidupan mereka lebih hebat dari Pensyarah2.
Kelemahan org agama di Malaysia apatah lagi bila bergelumang dgn politik…. Bila ada duit beli Velfire & Mustang (velfire ada driver), pakai jenama Iphone, jam tangan mewah, rumah banglo, tambah bini dan sering bercuti ke luar negara.
Nafsu mereka besar, showoff mereka kalah artis. Suruh audit akaun tak mahu dan itulah sikap mereka yg kononnya ‘Ustaz’ tetapi menyorok perkara yg menimbulkan fitnah.
Mereka tahu sudah byk kes para Ustaz ditangkap dlm pelbagai kes jenayah. Lantaklah meliwat dan merogol pelajar sendiri… tetap ada yg mempertahankan jenayah tersebut.
Jawapan netizen yg sering kita baca… “tak kan la Ustaz itu ganggu bini org, takkan Ustaz tu tunjuk ‘anu’ dia, takkan Ustaz tu curi duit, takkan la Ustaz sanggup menipu dan (terbaru) belum didapati bersalah maka dia tidak bersalah.”
Sb mereka lupa A.R Tompel dah beritahu ‘Takkan Lebai pun menipu’.
Semuanya salah kita org Melayu… bila jadi ahli agama seolah olah ada imuniti utk lakukan jenayah. Lebai scammer dipertahankan maka muncullah scammer baru di kalangan org beragama. Jika dahulu di kalangan kolar putih tetapi skg kopiah putih.
Begitulah juga dlm politik, kerajaan buatlah baik macamana sekalipun, tetap dimaki dan difitnah macam2. Org kita percaya kpd perkara yg songsang kerana pesalah itu berimejkan org alim.
Hari ini, kita lihat org yg tidak layak diberi amanah besar. Bukankah Nabi kita ada berpesan, "Apabila urusan diserahkan kpd yg bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran.”
Org kita berikan amanah kod siapa yg mereka kenal dna bukannya pada kejujuran. Yg penting bukan kelayakan, tapi berapa byk sogokan di belakang tabir.
Begitu juga kalau org itu keturunan Syed… fuh bagi mereka semua keturunan ini maksum. Saya dulu ada kawan keturunan Syed, hobbynya ke kelab malam dan bawa wanita pulang ke rumah atau hotel.
Saya beritahunya, “Syed kamu ini kalau hidup di zaman sahabat dahulu tak tahu lah pengikut Abu Bakar atau Abu Jahal… nakal bukan kepalang dol.”

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.