Zainuddin Omar
Bukankah beliau yang menuang air oren dalam makanan menu Rahmah kerana katanya tiada kuah?
***
Exco Terengganu Hanafiah Mat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua tuduhan salah guna kedudukan.
Bernama sebelum ini melaporkan yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan.
Menurut laporan itu, Hanafiah, 62, tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.13 pagi.
Kelihatan beberapa pegawai dan anggota polis mula mengawal keadaan di luar dan di dalam pekarangan mahkamah memandangkan terdapat beberapa penyokong individu terbabit yang berkumpul di situ.
Pada Ahad lalu, sumber memaklumkan suspek disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri serta pengerusi lembaga pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan kedua-dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.
Lelaki itu ditahan selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kemaman pada Ahad kerana didakwa melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2018 dan 2020.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.