KINI TIADA LAGI KOMPROMI. KERAJAAN DAN PBT HARUS KUATKUASAKAN . KENAPA DULU LANGSUNG TIDAK DISENTUH ? KAMU CUBA SABOTAJ NEGARA.

 


TERIMA KASIH PMX Anwar Ibrahim Kerana Tiada Kompromi Peserta Demontrasi GARAH vs TFHT dan Pembinaan Rumah Ibadah Haram.










1. 7 dan 8 Februari 2026 haritu waktu Nerendra Modi, Perdana Menteri India ke Malaysia nyaris berlaku rusuhan kaum jika polis tak tangkap 17 peserta Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) dan 3 peserta Task Force Hindu Temple (TFHT) nak berhimpun.


2. Netizen salahkan polis dan Kerajaan kononnya tangkap geng Islam sahaja, tapi mereka tak tahu TFHT juga nak adakan perhimpunan juga. 


3. Jika tidak di ‘counter’ dengan baik, comfirm 2 kumpulan bertembung. Media pula lemah buat laporan, rakyat tak tahu dan sentimen negatif pada Kerajaan. Ini tidak patut berlaku di kemudian hari!


3. 3 pengerak utama Task Force Hindu Temple (TFHT) yang ditahan K Gunasekaran a Kuppan @ Cikgu Sekar, Saravana Kumar a/l Sivarajalingam dan Arumugam a/l Dorasamy juga ditahan. Semua direman berberapa dan akan dibebaskan.


4. Manakala perserta Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan HARAM (GARAH) yang ditahan Zamri Vinoth, Tamim Dahri, Hanif Khatri, Shafiq Halim dan berberapa orang lagi. Zamri dan Tamin direman jap dan akan dibebaskan terus.


5. Jelas polis takda double standard! Bagi yang waras akan faham kenapa polis bertindak sedemikian. Isu ini pertembungan ketara orang Islam lawan penganut Hindu, di medsos sangat rasis hingga bawa sentimen 3R sampai turun ke jalanan 


6. Harini PMX istihar Kerajaan beri kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Majlis Daerah untuk bertindak tegas ke atas rumah Ibadah yang tidak dah tidak kira kuil, masjid atau gereja. 


7. Untuk merobohkan kuil itu bidang kuasa PBT, bawah TANAH bidang kuasa Kerajaan Negeri bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Kanun Tanah Negara 1965. Terang dan jelas ia kuasa state! 


8. Jika pembangkang ingin berpolitik, di Kedah terdapat 490 buah kuil dibina tanpa kebenaran, 8 buah telah diberikan tanah oleh Sanusi? 


9. Manakala waktu PN Muhyiddin Yassin/ Pak Mail berkuasa 33 bulan 20 buah kuil selesai status tanah mrka dalam bandar Kuala Lumpur. Kenapa bisu? 


10. Tindakan PMX harini tepat, mana mana yang rasis hingga mencetuskan ketegangan kaum (3R) dan rumah yang dibina atas tanah tidak sah wajar diambil tindakan, tidak kira kuil, masjid atau gereja.


Akhirnya rakyat buka mata Kerajaan Malaysia berdiri atas dasar undang undang, bukannya demontrasi jalanan yg boleh membawa rusuhan kaum.


Jalan terus PMX! Tegak berdiri atas Undang Undang. 


Syam Ghaz




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.