BOLEHKAH KUIL/SURAU/TOKONG CINA HARAM DIROBOHKAN BEGITU SAJA ATAS ARAHAN PMX?


Che Ibrahim






Ambo setuju ketegasan PMX dalam bab kuil haram, robohkan, jangan biarkan ianya menganggu keharmonian dan kebebasan beragama semata mata kerana pembinaan haram. 


Namun dalam tindakan meroboh, ada beberapa perkara yang melibatkan undang undang dan ketenteraman awam perlu diambil kira, cakap tidak semudah buat!! 


1. Adakah PBT ada kuasa meroboh binaan di tanah persendirian tanpa perintah mahkamah? 

2. Adakah kuil kuil yang telah lama dibina yang dianggap dengan izin dan dalam pengetahuan tuan tanah, boleh diroboh tanpa persetujuan atau tanpa perintah mahkamah? 

3. Adakah dalam proses perobohan itu tidak mencetuskan huru hara atau kegusaran awam, dalam Islam dipanggil "menimbulkan mudharat yang lebih besar"??


Percayalah, jika arahan PMX ini dikotakan, puak ni juga yang akan bangkit menentang dan membelanya, kononnya kerajaan telah bertindak zalim.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.