BERAPA TANAH BUMIPUTERA DI KELANTAN TUNGGAL?





 Che Ibrahim


Berapa keluasan Tanah Rezab Melayu di Kelantan yang telah diberi pajakan sehingga 90 tahun kepada syarikat bukan bumipetra? 


Perlu dijelaskan beratus ratus ribu ekar tanah tanah milik GLC Kelantan yang diberi pajakan kpd syk2 non bumi adalah berstatus Rezab Melayu.






KUALA LUMPUR — Kelantan merekodkan keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) tertinggi di Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1.36 juta hektar pada tahun 2024.


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan, kedudukan itu meletakkan Kelantan di hadapan negeri lain termasuk Perak (953,212.43 hektar), Kedah (809,142.22 hektar) dan Johor (561,802.6 hektar).


Pahang pula mencatatkan keluasan TRM sebanyak 444,074.9 hektar, diikuti Negeri Sembilan (224,483.22 hektar), Selangor (164,743.96 hektar), Perlis (33,554.48 hektar) dan Kuala Lumpur (1,004 hektar). Di Terengganu, keluasan TRM direkodkan sekitar 2,378.89 hektar, manakala tanah pegangan Melayu di negeri itu berjumlah 401,129 hektar.


Perkara tersebut dimaklumkan NRES menerusi jawapan bertulis di Parlimen susulan pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim, berkaitan pecahan TRM mengikut negeri serta perubahan keluasan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.


Menurut NRES, jumlah keseluruhan TRM di Semenanjung Malaysia menunjukkan peningkatan bersih sebanyak 135,063.46 hektar sejak 2020, menjadikan keluasan semasa sekitar 4.95 juta hektar, berbanding 4.82 juta hektar sebelum ini. Bagaimanapun, statistik tersebut tidak merangkumi Pulau Pinang dan Melaka kerana kedua-dua negeri itu tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu.


Dalam aspek pemeliharaan, NRES menjelaskan bahawa pengurusan TRM tertakluk kepada beberapa kerangka perundangan utama termasuk Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Rizab Melayu negeri-negeri, serta Kanun Tanah Negara 1965, yang memperuntukkan perlindungan khas, keperluan penggantian tanah setara jika berlaku pembatalan pengisytiharan, selain kawal selia pemilikan dan kepentingan tanah.


Kerajaan turut memanfaatkan Mesyuarat Majlis Tanah Negara sebagai platform penyelarasan dasar serta pengumpulan data TRM di peringkat Persekutuan bagi memastikan status tanah rizab Melayu terus terpelihara secara berterusan.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.