HUKUMAN KERANA JELAS BUKTI NAJIB KUASAI WANG.

 Che Ibrahim


Beban untuk membuktikan duit rm2.6b sebagai derma anak raja Saudi kepada Najib terletak atas bahu Najib melalui peguamnya, bukan pendakwa atau mahkamah. 









Pendakwa telah berjaya membuktikan wang tersebut adalah Wang 1MDB, bukan Wang derma dari anak raja Saudi.  

Peguambela pula gagal menimbulkan keraguan menasabah ke atas dakwaan pendakwa. Bukti bukti pembelaan (surat derma photostat) disahkan palsu oleh mahkamah. 


Maknanya dakwaan Najib bahawa Wang tersebut adalah derma Anak Raja Saudi tidak ada bukti, sebaliknya pendakwa berjaya buktikan Wang tersebut adalah Wang 1mdb yang telah diselewengkan/pecah amanah.



PAS PATUT TANDING SENDIRI. BUKAN JADI PENGIKUT ASYIK TUMPANG ORANG SAJA.

 


INILAH MASANYA UNTUK PAS BERGERAK SOLO DAN ISYTIHAR PN DIBUBARKAN


28 December 2025


Menteri Besar Perlis yang baru sudah pun diumumkan dan telah selesai mengangkat sumpah jawatan di Istana Arau, sebentar tadi.


Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar yang baru bagi menggantikan Shukri Ramli yang sebelum ini meletak jawatan.


Yang nyata, pertukaran Menteri Besar Perlis ini tidak akan berlaku jika ia tidak dimulakan dengan gerakan menarik sokongan terhadap Shukri oleh sekumpulan lapan Adun negeri itu.


Lima Adun Bersatu telah berjaya memujuk tiga Adun Pas untuk bersama-sama menarik sokongan itu yang bermakna mereka memperolehi majoriti mudah lapan Adun daripada 15 jumlah keseluruhan Adun di negeri itu.


Di situlah permulaan kepada apa yang dinamakan pengkhianatan kepada sebuah perjuangan di Perlis itu.


Selain lima Adun Bersatu itu dianggap pengkhianat kepada Pas yang sedang mengetuai kerajaan negeri,  tiga Adun PAS yang setuju bersekongkol dalam gerakan itu juga merupakan pengkhianat kepada parti sendiri.


Memang ketika ini diakui Pas sedang bersedih, tetapi kesedihan itu bukan sangat disebabkan oleh kehilangan jawatan Menteri Besar, tetapi lebih kerana dikhianati rakan dan ahli parti sendiri.


Dalam bahasa mudah, inilah dinamakan kawan makan, menang pilihan raya pun banyak dibantu oleh jentera Pas, tetapi hilang kesetiaan semata-mata kerana jawatan.


Walaupun Menteri Besar yang baru ini tetap mewakili PN, tetapi PAS tidak harus membiarkan pengkhianatan ini berlalu begitu saja tanpa pengajaran.


Langkah awal yang harus dilakukan ialah PAS mesti  segera memutuskan hubungan dengan Bersatu, bukan saja di Perlis, tetapi juga di seluruh negara.


Itulah pengajaran terbaik untuk mereka belajar erti setiakawan.


Bubarkan sajalah PN dan lebih 

baik PAS memulakan langkah untuk bergerak solo selepas ini.


Terus berkawan dengan kawan yang khianat ialah ibarat terus membiarkan diri berada di dalam air di tepi sungai biar pun sebelah kaki baru lepas digigit buaya.


Pokoknya Bersatu terlalu perlahan dalam bertindak untuk menangani isu perlantikan Menteri Besar Perlis itu.


Jika awal-awal lagi kepimpinan Bersatu Pusat memaklumkan mereka menarik diri daripada persaingan untuk mengisi jawatan Menteri Besar, pasti apa yang berlaku sekarang tidak akan berlaku.


Tapi nasi sudah jadi bubur, yang berlalu biarkan ia berlalu dan tak guna ditangisi lagi.


Biarlah PAS selepas ini bergerak solo bersandarkan kekuatan akar umbi sedia ada yang dimiliki.


Jika tidak lama selepas ini, UMNO pula keluar daripada kerajaan dan sama-sama bersedia untuk menghidupkan kembali Muafakat Nasional atau MN, anggap sajalah ia rezeki yang sudah diatur Tuhan.


Yang pasti, bersatunya semula UMNO dan PAS melalui MN adalah pilihan terbaik untuk Melayu/Islam dapat memenangi PRU akan datang.


Jika itu tidak berlaku pun tidak mengapa, yang penting dengan PAS memilih bergerak solo selepas dikhianati akan menjadikan ia parti yang lebih dihormati oleh rakyat negara ini. – ShahbudinHusin 28Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/inilah-masanya-pas-bergerak-solo-dan-isytihar-pn-dibubarkan/



Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh ni dah tahu plot perpecahan PN di Perlis.

Syam Ghaz



 Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh ni dah tahu plot perpecahan PN di Perlis.






Comfirm PAS akan marah besar, sebelum ini mrka yang tebuk atap, kalini Kerajaan mrka kena tebuk dengan Bersatu. 


Perang Bersatu - Pas makin melebar 


Tambahan lagi Muhyiddin Yassin yang hantar nama calon ke Mb Perlis. 


2 nama Yb Pas yang dicalonkan oleh Abdul Hadi Awang ditolak.


Bagi saya Akmal ni puppet, ada yang suruh di belakang dia.


Agaknya yang suruh tu nak bagi “Umno Keluar Kerajaan Perpaduan” kot?


Main isu keputusan Hakim seolah olah ia keputusan Kerajaan. 


Benda basic tak boleh nak beza ke? Pengasingan kuasa eksekutif dan legislative.


Jika Umno nak sangat parti politik kuasai Mahkamah, ia jelas satu tindakan undur ke belakang. 


Ini faktor Rakyat marah ke Umno sejak Pru13 lagi. Undi Umno terus merosot.


Iye lah kamu boleh jadi Juara di mata Pemuda Umno, tapi tidak dimata Rakyat Awam. 


Malah Ahli Pas yang sokong Muafakat Nasional dulu pun Akan U Turn ke Kerajaan Perpaduan semula. 


Ginilah jika Kp Umno nak sangat main politik tikam belakang ni, agak agak lah dgn tertubuhnya MN 2.0.


Bersatu tu nak ke duduk dengan MN2.0? Selepas gaduh besar harini? Jawapannya tidak. Pas akan tolak terus Bersatu.


Bersatu ada 25 Ahli Parlimen, BN ada 29. 


Timbang tolak tarik Bersatu masuk Kerajaan, baru sort 4. 


Takkan Umno nak jadi Pembangkang dgn Pas? Lepaskan semua jawatan Timbalan PM, 7 Menteri dan 5 Timbalan Menteri? 


Pandangan peribadi 😉