PAS LAWAN PAS, KRISIS TEBUK ATAP DI PERLIS PALING HINA - MAHFUZ




Amanah melihat pergolakan kerajaan Perlis adalah potret sebenar kegagalan PAS dan PN apabila diberi kuasa tanpa disiplin dan keupayaan mentadbir sekali gus menyaksikan 'tebuk atap' paling hina berlaku.


Naib presidennya Mahfuz Omar berkata, kemelut yang berlaku bukan lagi perbezaan pandangan sebaliknya perang terbuka dalam sebuah kerajaan apabila exco, Adun PN dan PAS melawan menteri besar dan parti itu sendiri.


"Krisis ini bukan baru, tetapi telah berlarutan lebih setahun. Pelbagai pertukaran kepimpinan dilakukan, pesuruhjaya PAS ditukar, pengerusi PN dilantik baru, rundingan tertutup diadakan namun semuanya gagal.


"Ini membuktikan satu hakikat yang tidak boleh disangkal. Masalah sebenar ialah perebutan kuasa dalaman PAS dan kegagalan PN mengawal gabungan sendiri.


"Perlis ialah sebuah negeri yang kecil keluasannya lebih kecil daripada sebuah daerah di Kedah, jumlah rakyatnya juga tidak ramai. Namun amat memalukan apabila negeri sekecil ini menjadi negeri paling tidak stabil, paling bercelaru dan paling memalukan dari sudut tadbir urus politik. Jika negeri kecil pun gagal diurus, ini bukan soal cabaran, ini soal ketidaklayakan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Bekas ahli parlimen Pokok Sena itu berkata demikian sebagai mengulas pergolakan kerajaan Perlis selepas tiga Adun PAS diumumkan terhenti keahlian parti serta-merta. - Sumber MalaysiaKini.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.