YB FADHLINA SIDEK


Idrus Ibrahim



Mari sama-sama dinilai ringkasan laporan berita dan kenyataan rasmi yang telah di laksanakan oleh Kementerian Pendidikan di bawah YB Fadhlina Sidek sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berdasarkan 


 Kejayaan Utama dalam Sektor Pendidikan


 1. Pelaksanaan Pendidikan Menengah Wajib

Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 telah diluluskan dengan persetujuan Parlimen untuk menjadikan pendidikan menengah wajib sehingga Tingkatan Lima.


Ini bermakna setiap kanak-kanak Malaysia mempunyai perlindungan undang-undang untuk kekal bersekolah sehingga tamat sekolah menengah, sekaligus mengurangkan kadar pelajar putus sekolah selepas Tahun Enam. 


 2. Reformasi Guru dan Penyelesaian Kekurangan Guru

Kementerian berjaya melantik hampir 53,000 guru baru, dengan kadar pengisian jawatan guru mencapai 98%, tertinggi dalam hampir sedekad, memastikan hampir semua kelas di seluruh negara mempunyai guru yang mencukupi. 


Isu kekurangan guru yang kronik telah berjaya diatasi, hasil reformasi bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan. 


 3. Pengurangan Beban Kerja Guru

Sistem pengurusan tertentu telah dibubarkan untuk mengurangkan beban tugas guru, membolehkan mereka lebih fokus kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 


4. Pembangunan Infrastruktur Sekolah

Pembangunan infrastruktur mencatat kemajuan penting termasuk:

44 sekolah baharu dibina,

44 projek pembaikan sekolah tamat dilaksanakan,

pelaksanaan inisiatif “sek21amat” dengan peruntukan tambahan untuk CCTV dan kakitangan keselamatan di sekolah. 


 5. Intervensi Literasi dan Numerasi

Program intervensi untuk mengukuhkan kemahiran asas membaca, menulis dan kiraan (3M) menunjukkan hasil yang positif dengan bilangan murid yang berjaya menguasai 3M meningkat ketara berbanding sebelum pelaksanaan. 


 6. Pengembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pendidikan prasekolah diperluaskan untuk memberi akses awal kepada semua murid, termasuk di kawasan luar bandar dan terpencil. 

 7. Pencapaian Antarabangsa

Malaysia telah dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO (2025–2029), memperkukuhkan peranan negara dalam persatuan pendidikan antarabangsa. 


 8. Agenda Pendidikan Masa Depan

Fadhlina turut mengetuai perancangan dan pelaksanaan Pelan Pendidikan Malaysia 2026-2035 dan Kurikulum Sekolah 2027, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta pengukuhan STEM dan nilai sahsiah murid. 


 Ringkasan Manfaat Utama

i. Pendidikan menengah kini diwajibkan secara undang-undang

ii. Penyelesaian isu kekurangan guru dengan lebih ramai guru dilantik

iii. Pengurangan beban kerja guru untuk meningkatkan fokus PdP

iv. Perbaikan dan pembangunan infrastruktur sekolah

v. Intervensi literasi dan numerasi yang lebih efektif

vi. Pendidikan prasekolah diperluas

vii. Representasi Malaysia di persada pendidikan antarabangsa





3 EKOQ YANG KENA PECAT

 


Kena dah tiga orang! Kalau macam ini, namanya Langkah Malam Krismas, bukan Langkah Kangar. 


Elok sangat dah. Tiga dipecat bergabung dengan lima lagi wakil rakyat Bersatu = lapan! PAS tinggal lagi enam. Satu lagi PKR. 





TAHNIAH APA... MEMALUKAN OAS JIKA BEREBUT JAWATAN. 

KO SENDIRI IQ 35...LITERASI KE LAUT


Billa lagi YB Abu Bakar Hamzah? Rasa tidak sabar hendak tengok majlis angkat sumpah ni ...


Saya baru sahaja tulis jam 5 petang tadi:






Walau sudah "cukuk jumloh" pada hujung 2022, PN gagal tebuk atap 2.0 selepas tunggu setahun demi setahun dengan pelbagai langkah termasuk Dubai. 


Tiga tahun kemudian, PN rasa kalau susah sangat tebuk atap di Putrajaya, kita tebuk di Kangarlah! Jika susah sangat, PN tebuk atap PN! :) 


Lebih lucu, sewaktu Bersatu galak di Kangar, PAS ucapkan terima kasih kepada wakil tunggal PH kerana Adun PKR itu tidak setuju Langkah Kangar. 


Orang sindir kenapa wakil tunggal ini "menyibuk" jaga tepi kain rumah tangga PN, tetapi PAS, yang nampak macam cemas, cepat ucap terima kasih. 


Padahal awal-awal dahulu PAS galak hendak tebuk. Pergi jumpa GPS, kemudian GPS beritahu PMX 😄

Selepas Dubai, terus rumah selamat digeledah SPRM. Berketul-ketul emas keluar. 


Betullah, dalam politik, segalanya mungkin. Tiada kawan yang kekal, tiada parti yang selamat ditebuk atap. Jika tidak kerkah lawan, kita kerkah kawan! 


Negeri lapan orang! Kecoh macam wayang Cina. 



HADI.... BUKAN KUKU BESI KA GITU... BUKAN KOMENEH KA GITU?

 


Menurut Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada Rabu.






Ujar beliau, keputusan dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025).


Tiga wakil rakyat yang terlibat ialah  Saad Seman (ADUN Chuping); Fakhrul Anwar Ismail (ADUN Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji).


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews




TIADA APA APA KESAN PUN DENGAN PEMECATAN. KECUALI HILANG INTEGRITI.

 Che Ibrahim. 


1. Pecat ahli tidak menyebabkan seorang adun hilang kelayakan, kecuali terhenti menjadi ahli hilang kelayakan sebagai adun. 




2. Adakah terhenti menjadi ahli Pas boleh menyebabkan hilang kelayakan sebagai Adun PN? 


3. Tempoh hayat Dun Perlis telah melebihi 3 tahun, kalau pun berlaku kekosongan luar jangka tidak perlu kepada PRK kecuali diputuskan sebaliknya.



BERKECAI SUDAH IMPIAN TUKAR MB PERLIS, SYABAS PAS KERANA BERTINDAK PANTAS



25 December 2025


Pertama sekali harus diberikan ucapan tahniah dan syabas kepada Pas kerana telah bertindak pantas menamatkan cubaan untuk menjatuhkan MB Perlis, Shukri Ramli.


Dalam keputusannya malam tadi, Pas mengumumkan tiga Adun  parti itu di Perlis telah terhenti keahlian mereka berkuat-kuasa serta merta.


Mereka ialah Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.


Tiga Adun berkenaan dipercayai terbabit bersama lima Adun Bersatu dalam menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Shukri.


Lima wakil rakyat Bersatu yang turut menarik sokongan itu ialah Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), Izizam Ibrahim (Titi Tinggi), Megat Hashirat Hassan (Pauh), Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang), dan Marzita Mansor (Sena).


Kumpulan berkenaan dilaporkan turut mengemukakan nama tiga Adun daripada Bersatu iaitu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), Megat Hashirat Hassan (Pauh) dan Izizam Ibrahim (Titi Tinggi) kepada Istana Perlis sebagai calon MB Perlis yang baru untuk menggantikan Shukri.


Keputusan Pas bertindak memaklumkan keahlian parti tiga Adun berkenaan terhenti adalah disebabkan tindakan mereka itu dianggap bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.


Presiden Pas, Tuan Guru Hadi Awang seterusnya berkata, pihaknya akan memaklumkan keputusan  itu secara rasmi kepada Speaker DUN Perlis.


“(Ia) bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta,” katanya.


Kenyataan beliau itu merujuk kepada undang-undang kerajaan negeri yang menyatakan seseorang itu akan terhenti menjadi Adun dan kerusinya menjadi kosong sebaik sahaja “dia melepaskan keanggotaan parti politiknya.”


Dalam maksud yang mudah, tujuan Pas dalam hal ini ialah adalah agar diadakan pilihan raya kecil di keriga-tiga DUN berkenaan dan tiga Adun terbabit seterusnya dapat diganti dengan tokoh lain yang mempunyai lebih kesetiaan kepada peraturan serta displin parti.


Kiranya diadakan PRK, Pas dipercayai dengan mudah dapat mengekalkan kemenangan di ketiga-tiga kerusi itu.


Dengan lima Adun Pas masih kekal menyokong Shukri dan tiga Adun yang baru nanti juga semestinya taat setia kepada parti, ditambah dengan keputusan PH Perlis semalam untuk terus menyokong parti Islam itu menerajui Perlis sehingga habis penggal demi menjamin kestabilan, bermakna lima Adun Bersatu bakal terpanggang begitu saja.


Perlis mempunyai 15 DUN di mana Pas mempunyai 9 Adun, Bersatu 5 dan PH 1.


Dalam hal ini, besar kenungkinan selepas ini Bersatu akan memanggil kelima-lima Adun mereka itu dan akan dinasihatkan untuk terus memberi sokongan kepada Shukri.


Makna kata, drama sudah boleh dikira berakhir.


Yang pasti,  langkah pantas Pas menangani isu ini berjaya menghalang, malah menjadikan cubaan menukar MB menjadi berkecai dan bersepai di tengah jalan. 


Di sinilah pentingnya Tuan Guru Hadi untuk terus menarajui Pas. – ShahbudinHusin 25Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/berkecai-sudah-impian-tukar-mb-perlis-syabas-pas-kerana-bertindak-pantas/