‘Bebaskan segera semua aktivis, sukarelawan Malaysia!’ – PM Anwar



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Israel agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera.

Beliau menegaskan ini adalah sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza. 

Beliau memberi jaminan kepada semua bahawa Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan. 


“Saya menerima maklumat daripada pasukan aktivis dan sukarelawan Malaysia selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi Global Sumud Flotilla. 

“Saya menggesa Israel agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera!,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Anwar berkata, dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah telah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersama Israel. 


Flotila bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia. Ia membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terus dipaksa hidup melarat di bawah sekatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Anwar yang juga penaung misi Global Sumud Flotilla akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara Malaysia terlibat. 

Beliau menekankan bahawa keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli.





BAIK KO PI IKUT FLOTILLA - KO BODOH SEBENARNYA- SIAP KENA SAMAN LAGI-POLICE REPORT AGAINST RAPIDAH FOR INCITEMENT AND SLAIN OF THE DEWA STAGE!



mewakili AMK Perak bersama Sdra.Azlizam Azrin Pengarah Komunikasi AMK Perak dan Sdra. Muhammad Hafiz Timbalan Ketua AMK Ipoh Timor telah membuat laporan polis terhadap individu Rafidah Ibrahim yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sentimen kebencian dan cuba menimbulkan salah faham di kalangan penduduk berhubung isu Surau Al-Karamah. Tindakan ini adalah bagi memastikan sebarang cubaan menghasut tidak menjejaskan keharmonian masyarakat. Turut membuat laporan polis adalah Pegawai Khas Pejabat Parlimen Ipoh Timor dan YB Dr. Aziz Bari Adun Tebing Tinggi. Perbincangan turut diadakan dengan jawatankuasa baharu surau berkenaan bagi mendapatkan maklumat yang jelas serta memastikan suara penduduk terus didengari. Fakta sebenar yang perlu difahami ialah, Surau Al-Karamah lama akan dirobohkan setelah sebuah surau baharu siap dibina dengan keadaan yang lebih selesa untuk kegunaan jemaah. Tambahan pula, dalam lingkungan 500 meter dari lokasi tersebut, sebuah Masjid baharu iaitu Masjid Al-Mukhlisin sedang dirancang pembinaannya demi menambah kemudahan ibadah untuk penduduk. Kami juga sempat menziarahi surau lama dan mendengar pandangan AJK yang masih mempertahankan bangunan berkenaan. Namun demikian, keputusan ini telah pun dimuktamadkan oleh pihak berautoriti sewajarnya kita hormati bersama. Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa isu ini tidak wajar dijadikan modal politik untuk memecah-belahkan masyarakat. Fokus utama kita ialah kesejahteraan penduduk, keselesaan beribadah serta menjaga keharmonian bersama. Sebagai masyarakat madani, kita mesti menolak naratif kebencian dan fitnah, sebaliknya bersatu memastikan pembangunan yang lebih baik untuk ummah terus berjalan.






Aktivis GSF akan dibebaskan, kata Israel

 



Kementerian Luar Israel telah mengesahkan bahawa kesemua aktivis yang Global Sumud Flotila (GSF) yang ditahan akan dibebaskan tidak lama lagi.

Mereka yang dirujuk sebagai penumpang Hamas -Sumud juga dikatakan berada dalam keadaan selamat, sihat dan akan menuju ke Israel.

“Penumpang Hamas – Sumud yang berada di kapal layar mereka akan menuju ke arah Israel secara selamat dan aman di mana proses deportasi ke Eropah akan bermula. Kesemua penumpang selamat dan berada dalam keadaan sihat,” kata kementerian tersebut dalam satu hantaran di X.


Pagi tadi, tentera laut Israel menaiki dua kapal GSF (Alma dan Sirius) ketika mereka belayar menerusi Zon Merah R3 di Lautan Mediterranean.

Sukarelawan kemanusiaan di dalam Alma ialah Musa Nuwayri, Iylia Balqis Suhaimi, and Sul Aidil, manakala di dalam Sirius pula Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin, dan Rusydi Ramli.





GSF: Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel, Terputus Hubungan Dengan SNCC

 

Status terkini aktivis Malaysia yang ditahan rejim Israel atau terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) setakat jam 11.50 pagi 2 Oktober 2025.

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Kemaskini senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza setakat jam 11.50 pagi seperti berikut.

Kapal Hio:

1.Heliza Helmi

2.Nur Hazwani Afiqah Helmi

Kapal Grande Blu:

  1. Norfarahin Romli (Farah Lee)

  2. Danish Nazram Murad

Kapal Huga:

  1. Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana)

Kapal Sirius:

Zizi Kirana dan Sul Aidil ditahan tentera laut rejim Israel pada awal pagi 2 Oktober 2025 waktu Malaysia.
  1. Haikal Abdullah

  2. Muaz Zainal

  3. Zulfadhli Khairudin

  4. Rusydi Ramli

Kapal Alma:

  1. Iylia Balqis

  2. Musa Nuwayri

  3. Sul Aidil

Sementara itu, lima lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).

Rakaman terakhir Farah Lee disembur dengan air dari kapal tentera rejim Israel ketika berada kira-kira 70 batu nautika dari pesisir pantai Gaza pada 1 Oktober 2025. Foto TikTok Farah Lee

Kapal Estrella:

1.PU Rahmat

2.Norhelmi

3.Mohd Asmawi

4.Norazman

Kapal Mikeno:

  1. Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana.


GSF: PM Anwar Hubungi Rubio, Pemimpin Dunia Campur Tangan Bebaskan Aktivis

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video ucapan secara langsung menerus laman sosial Facebook beliau berhubung perkembangan terkini misi kemanusiaan GSF pada 2 Oktober 2025.

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan nilai kemanusiaan tidak berharga sama sekali apabila aktivis dan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan ketika cuba menyalurkan bantuan kepada golongan lemah dan kelaparan di Gaza.

Menerusi siaran langsung di media sosial, Perdana Menteri antara lain turut menempelak tindakan rejim Zionis Israel menahan sukarelawan misi kemanusiaan GSF susulan keprihatinan mereka membantu golongan yang turut membabitkan wanita dan kanak-kanak itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video ucapan secara langsung menerus laman sosial Facebook beliau berhubung perkembangan terkini misi kemanusiaan GSF pada 2 Oktober 2025.

Anwar yang juga Penaung Sumud Nusantara menambah, beliau telah menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani serta Presiden Mesir, Abdel Fatah Al-Sisi berhubung usaha pembebasan tahanan segera semua aktivis berkenaan.

“Kalau ini (misi kemanusiaan GSF) tidak dapat dilakukan, maknanya nilai kemanusiaan kita tidak berharga sama sekali.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Ahmad Sani Araby di Putrajaya pada 2 Oktober 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

“Jadi sekali lagi, saya berdoa kepada Allah SWT supaya kezaliman rejim Israel ini dihentikan dan rakan kita dibebaskan, selain saluran bantuan kemanusiaan kepada rakan kita di Gaza, Palestin dapat disalurkan segera,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika sidang media perkembangan terkini GSF dan usaha membebaskan rakyat Malaysia, hari ini.

Terdahulu Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan tiga lagi aktivis GSF dari Malaysia ditahan di atas kapal Fair Lady menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 17 orang.



KEH KEH KEH...


 Harith Zafrie


10 tahiyuddin cakap 20 takleh percaya...




AZMIN WAJIB SAMAN WAN SAIFUL DAN SEMUA YANG PERNAH MENGAITKANNYA DENGAN ‘VIDEO SANDAKAN’



2 October 2025


Sebagai respon terhadap dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan terhadap dirinya, Azmin Ali semalam menafikan kaitan dirinya dalam “video Sandakan”.


Setiausaha Agung Bersatu itu menafikan tuduhan Wan Saiful Wan berhubung sebuah video pada yang tular sejak 2019 yang mengaitkan beliau dengan aktiviti homoseksual.


Azmin berkata, dakwaan Wan Saiful dalam satu sidang media baru-baru ini menunjukkan Ahli MPT Bersatu itu gagal mengeluarkan kenyataan bersandarkan pada ilmu dan fakta.


“Ia juga mencerminkan beliau mengamalkan budaya fitnah yang boleh membawa kepada perpecahan parti.


“Mereka hidup dengan fitnah. Kita bersandarkan ilmu dan fakta. Tenang melangkah maju.


“Perjuangan pasti ada cabaran. Ikhlas dan jujur berkhidmat walau di mana sekali pun,” tegas Azmin sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.


Berita penuhnya di sini – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/10/01/mereka-hidup-dengan-fitnah-kata-azmin-berkait-dakwaan-wan-saiful


Wan Saiful dalam sidang media baru-baru ini mendakwa beliau menerima ‘maklumat baharu’ yang menunjukkan “video Sandakan” itu adalah tulen dan itulah  yang mengubah sokongannya terhadap Azmi , walaupun sebelum ini beliau antara sekutu rapat bekas Menteri Besar Selangor itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Wan Saiful juga dilaporkan telah menghantar soalan kepada Menteri Dalam Negeri berkaitan siasatan pihak berkuasa terhadap “video Sandakan” pada sesi Parlimen yang akan bermula 6 Oktober ini.


“Kita tengok apa jawapan Menteri Dalam Negeri nanti,” ujarnya.


Berkaitan hal ini, penafian semata-mata adalah tidak memadai bagi Azmin.


Lebih baik beliau memfailkan tindakan saman terhadap Wan Saiful berhubung tuduhan tersebut.


Lagi pun, kebelakangan ini ramai pemimpin telah menang saman fitnah terhadap pihak yang didapati membuat dakwaan tidak berasas dan berunsur fitnah.


Mereka seterusnya beroleh ganti rugi yang besar hasil kemenangan saman itu.


Jika Azmin yakin tuduhan Wan Saiful terhadapnya adalah fitnah, bermakna peluangnya untuk menang dan memperolehi ganti rugi juga adalah besar.


Diharapkan Azmin jangan berlengah lagi berurusan dengan peguam untuk memulakan proses tersebut.


Seperkara lagi, berikutan dakwaan yang dibuat Wan Saiful itu, di media sosial juga sehari dua ini didapati tular kembali video pengakuan seorang pemuda bernama Haziq yang mengaku beliau adalah lelaki dalam “video Sandakan” itu.


Logiknya, jika dakwaan Wan Saiful itu dianggapnya sebagai fitnah, bermakna pengakuan Haziq juga adalah fitnah.


Maka itu, Azmin wajar – bahkan wajib – menyaman sama Haziq berikutan dakwaannya itu.


Bahkan sesiapa yang pernah terbabit  membuat dakwaan yang sama terhadapnya, Azmin turut wajib menyaman mereka.


Sebagai pemimpin masa depan yang namanya disebut-sebut sebagai antara bakal Perdana Menteri suatu hari  nanti, Azmin harus menamatkan episod ini secara “once and for all”.


Saman semua mereka dan kambus terus isu ini buat selama-lamanya. – ShahbudinHusin 02 Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/azmin-wajib-saman-wan-saiful-dan-semua-yang-pernah-mengaitkannya-dengan-video-sandakan/



ANWAR DAH KELUARKAN STATEMENT

 Sham Ghaz


Anwar Ibrahim dah keluar statement kritik Israhell 






Abdul Hadi Awang takda statement, posting semalam pasal suruh Wala/redakan pergaduhan dalaman parti.


Un kata Pas lebih berani nak berkata benar depan Trump dan Anwar penakut?


Terbalik tu. Anwar yang paling lantang bersuara isu Palestin ni.


Misi Sumud Nusantara dinaungi PMX, diakui Nadir al Nuri


Hentikan politik hampeh PAS, ayuh sama sama ber solidariti bersama PMX sokong pembebasan Palestin.





DIA KELIRU.. NAK BAGI ORANG KELIRU.. TAPI ORANG AKAN KATA DI KIOK.

 

Apa maksud 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘪𝘯𝘨 ni?





Yang belum isi petrol RON95 selepas 30 September, mungkin tak tahu. Tapi sesiapa yang dah pernah isi, akan faham. 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗶 𝗽𝗮𝗺 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶.


Itu harga petrol RON95 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿. Tapi harga sebenar yang perlu dibayar 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗿𝗲𝘀𝗶𝘁. Dan harga seliter di resit adalah RM1.99 seliter!


Jadi apa tujuan dia buat posting ni? Adakah dia,


1. Sebagai nak 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 orang awam?


2. 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 yang tak layak dapat subsidi?


3. 𝗕𝗼𝗱𝗼𝗵 yang tak boleh diajar?


4. 𝗔𝗴𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹 yang jadikan fitnah sebagai senjata?


5. 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 nak bergurau dengan perkara begini.


Aku tak tahu. Itu biar dia jawab 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MATLAMAT UNTUK BURUKKAN ANWAR



 Bantahan 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 dan walaun atas kehadiran Presiden Amerika Syarikat, 𝗗𝗼𝗻𝗮𝗹𝗱 𝗧𝗿𝘂𝗺𝗽 hanyalah satu lagi bukti akan sifat 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 mereka.



Mereka bantah bukan sebab 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗚𝗮𝘇𝗮. Tetapi sebab mereka nampak ia boleh menjadi satu 𝙢𝙞𝙡𝙚𝙖𝙜𝙚 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 buat mereka. Itu je. Bukan apa pun.


𝗠𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗸 ni salah satu contoh. Pada ketika DS Anwar  berjaya damaikan ketegangan 𝗧𝗵𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗱 - 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗼𝗷𝗮 tapi 𝗧𝗿𝘂𝗺𝗽 yang 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮, mereka sokong Trump.


Iblis ni siap kata Trump 𝙋𝙧𝙚𝙨𝙞𝙙𝙚𝙣𝙩 𝙤𝙛 𝙋𝙚𝙖𝙘𝙚. Belum lama, tak sampai 𝘀𝘂𝗸𝘂 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 pun dia kata macam tu, tiba-tiba sekarang dia pulak lebih-lebih bantah.


Sebab apa? Matlamat utamanya bukan Gaza pun tapi nak 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. 


Sebelum ni kata Trump 𝘗𝘳𝘦𝘴𝘪𝘥𝘦𝘯𝘵 𝘰𝘧 𝘗𝘦𝘢𝘤𝘦 sebab nak 𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 peranan DS Anwar dalam perdamaian konflik negara jiran. Sekarang ni dia bantah sebab nak tunjuk konon DS Anwar 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝘁𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗚𝗮𝘇𝗮.


Hakikatnya ini semua bukti mereka memang munafik.


Aku sokong kalau nak diadakan 𝗽𝗲𝗿𝗵𝗶𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗮𝗻 masa Trump datang nanti. Tunjukkan padanya yang kita rakyat Malaysia 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗼𝗹𝗶𝗱𝗮𝗿𝗶𝘁𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗚𝗮𝘇𝗮.


Tapi bukan tolak terus kedatangan Trump. Sebab itu akan punyai 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 terhadap ekonomi negara khasnya dan ASEAN amnya.


Desakan menolak kedatangan Trump adalah bukti 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗡 dalam berpolitik. Patutnya PN desak DS Anwar nyatakan secara tegas 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 dalam isu Gaza. Macam tu baru nampak bijak.


Begini punya 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 PN dalam 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮,  kalau ditakdir mereka memerintah, memang jahanam la negara ni. 𝙉𝙖'𝙪𝙯𝙪𝙗𝙞𝙡𝙡𝙖𝙝. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



CUKUP JA..MALAH BERLEBIHAN

Che


 Ambo boleh isi minyak 7 Kali sebulan untuk habis kouta subsidi 300 liter, masalahnya ambo nak gi mana?? 


Sekali isi penuh tangki, seminggu tak habis lagi...




GSF: 30 Bot Terus Mara Ke Gaza, 13 Dipintas Rejim Israel

 


Tangkap layar video yang diambil dari penstriman langsung yang disiarkan menunjukkan keadaan di salah sebuah bot GSF ketika ditahan tentera Israel pada 1 Oktober 2025. Foto AFP

SEPANG, 2 Okt – Sebanyak 30 buah kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan masih meneruskan perjalanan menuju ke Gaza walaupun sebanyak 13 bot telah dipintas Israel.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan GSF di akaun Instagram setakat pukul 3.20 pagi (waktu tempatan).

GSF berkata, sebanyak 13 bot dan kapal telah dipintas oleh Israel sekali gus tidak dapat meneruskan pelayaran ke Gaza.

“Penangkapan haram oleh Israel tidak akan menghalang kami.

Imej tangkap layar siaran langsung saat-saat kapal dinaiki Ardell Aryana mula dimasuki tentera Israel sekitar jam 1.50 pagi 2 Oktober 2025 waktu Malaysia.

“Kami meneruskan misi untuk memecah sekatan dan membuka koridor kemanusiaan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu perkongsian Nadir Al-Nuri di akaun Facebook sebentar tadi memaklumkan kapal yang dinaikinya iaitu Jong berada kira-kira 48.7 batu nautika dari perairan Gaza.

Jelasnya, dia dan keseluruhan peserta di atas kapal telah melepasi sekatan ketika berada dalam jarak 120 batu nautika ke Gaza selain telah melepasi titik kapal Madleen yang sebelum ini dipintas oleh Israel.

“Sekarang kami telah melepasi titik dimana kapal Handala sebelum ini dipintas oleh zionis. Dijangka sampai perairan Gaza hari Jumaat pukul 1 petang (waktu Gaza),” tulisnya.

Zizi Kirana dan Sul Aidil ditahan tentera laut rejim Israel pada awal pagi 2 Oktober 2025 waktu Malaysia.

Misi GSF disertai kira-kira 44 bot serta kapal dari seluruh negara bagi memecah kepungan di Gaza bagi menyalurkan bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan.

Sebelum ini, beberapa kapal yang membawa seramai 12 sukarelawan Malaysia telah dipintas serta diceroboh tentera Israel ketika pelayaran berlaku.

Antara kapal tersebut adalah Alma, Hio, Huga, Sirius dan Grande Blu.

Setakat ini sukarelawan Malaysia yang berada dalam tahanan Israel ialah Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, Rusydi Ramli, Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil.

Selain daripada itu termasuklah Zizi Kirana, Farah Lee, Danish Nazram (Grande Blu), Heliza Helmi (Hio) dan Hazwani Helmi (Hio).




KENA ANGKUT 3 PAGI - TAK CERDIK....TAK ADA BUKTI...KO MEMANG FITNAH DAN KENA ANGKUT.



KO DAKWA PMX ADA 20 AKAUN BERJUTA DI ISDEGIL. KATA INI KEBEBASAN BERSUARA? NGO guaman Lawyers for Liberty mengecam kerajaan berhubung penahanan ahli Bersatu Aidil Qayyum dan pempengaruh TikTok, Muhammad Kamil Puteh pada awal pagi tadi. Pengarahnya, Zaid Malek berkata kedua-dua individu itu sekadar mengulas isu berkepentingan awam, yang tidak melibatkan sebarang kesalahan jenayah.







SEDUCTION! 2 OFFICE INFLUENCERS CHEATING & SEDUCTIONING FOR THE BAG?



Terdahulu seorang pengguna media sosial menerusi video pendek mendakwa Surau al-Karamah di Pasir Puteh dekat sini bakal dirobohkan oleh pemaju perumahan kerana ia bakal dibina jalan raya. Menurut laporan media sebelum ini, isu yang pernah dibangkitkan kira-kira empat tahun lalu telah diselesaikan dengan baik melalui pembinaan sebuah bangunan surau baru yang terletak tidak jauh dari tapak surau lama. Pada Februari lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim dilaporkan berkata, perkara itu tidak sewajarnya diperbesarkan kerana telah mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Fatwa negeri. Video: harunshah1991




Terkini PM bersuara, kecam sekerasnya tindakan Israel pintas kapal GSF


 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa orang awam tidak bersenjata dan hanya membawa bekalan ubat-ubatan untuk rakyat Gaza.


Dalam satu hantaran terkini di Facebook, Anwar yang juga penaung bagi misi Sumud Flotilla ini menegaskan Israel telah menunjukkan penghinaan sepenuhnya bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin, malah terhadap suara hati nurani dunia.


Beliau memberi amaran keras bahawa Malaysia akan menggunakan segala cara yang sah dan berlandaskan undang-undang untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya dalam hal yang melibatkan warganegara Malaysia.


“Dengan menghalang misi kemanusiaan ini, Israel telah menunjukkan penghinaan sepenuhnya bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin, malah terhadap suara hati nurani dunia. 


“Fllotilla ini melambangkan solidariti, belas kasihan dan harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang hidup di bawah sekatan.


“Keselamatan dan maruah rakyat kita adalah keutamaan, dan kita tidak akan membiarkan ia digugat tanpa pembelaan,” katanya sebentar tadi.






Anwar berkata, selagi rakyat Palestin dinafikan hak dan aspirasi asasi mereka, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama mereka.

Malaysia juga tidak akan berundur dalam menuntut pengakhiran kepada ketidakadilan dan perampasan yang telah menimpa Palestin sejak sekian lama.



Setakat pagi ini media melaporkan sembilan kapal GSF telah dipintas tentera laut Israel dengan 13 peserta Malaysia disahkan terputus hubungan dengan Pusat Komunikasi dan Koordinasi Selat (SNCC).





AMANAH ajak bantah Trump di depan batang hidungnya sendiri


 


AMANAH menyeru rakyat Malaysia menganjurkan dan menyertai tunjuk perasaan aman di hadapan Presiden Amerika, Donald Trump saat rombongannya hadir ke Malaysia untuk Sidang Kemuncak ASEAN.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad melihat kehadiran Trump adalah peluang untuk menzahirkan kemarahan dan bantahan terhadap amalan genosid yang dilakukan Israel di Gaza. 

“Biar kita zahirkan bantahan ini di depan batang hidung Trump sendiri.


“Trump dan Amerika mesti sedar bahawa kebersamaan dan sokongan mereka terhadap Israel telah menyebabkan imej Amerika semakin tercemar. 

“Mereka dilihat membela genosid, pembunuhan rambang wanita, kanak-kanak dan orang tua dan oleh itu dilihat tidak layak dianggap pembawa ketamadunan dan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sambil AMANAH menentang Israel dan zionis tanpa kompromi, membenarkan lawatan Trump semasa persidangan ASEAN tidak bererti menyokong dasar pro-zionisAmerika tetapi sebaliknya adalah cara yang lebih berkesan untuk menangani situasi terkini di Gaza. 


Kata beliau, biar bantahan Malaysia dizahirkan tanpa termasuk dalam perangkap Israel yang bertujuan untuk mengukuhkan kekuasaannya ke atas Amerika dan Trump. 

“AMANAH menyeru semua pihak untuk melihat lawatan ini sebagai peluang strategik. Kita berinteraksi dengan kuasa besar untuk menuntut perubahan, bukan untuk bersetuju,” ujarnya lagi.







Rakaman sulit: Calon PM dari Pas adalah Hamzah


 


Politik pembangkang berterusan bergolak apabila tersebar satu rakaman audio yang menyebut tentang calon Perdana Menteri dari Pas.

Suara individu yang dikaitkan dengan rakaman itu adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Menerusi rakaman itu, suara berkenaan menyebutkan bahawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang secara jelas menegaskan calon Perdana Menteri dari Pas bukannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.



“Tok Guru (Abdul Hadi) tanpa berlapik sebut calon Perdana Menteri dari Pas ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Setiausaha Agung Bersatu),” kata pemimpin Bersatu tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti tersebut tidak pernah mencalonkan mana-mana individu sebagai calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional (PN) termasuk Hamzah Zainudin.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, isu calon Perdana Menteri bagi mewakili pembangkang tidak pernah dibincangkan di peringkat Pas atau PN.



“Presiden Pas baru-baru ini menegaskan kita tidak mahu menamakan sesiapa sebagai calon PM, fokus kita untuk menang PRU16 dahulu, calon PM ditentukan kemudian.

“Dalam PN, ramai pemimpin berpotensi, bukan hanya satu calon. Jadi, isu itu tidak timbul,” kata Takiyuddin lagi pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.







TAKAT NAK JUMPA TU. BAGI JA JUMPA .AKU RASA PM ANWAR BAGI JA..NAK TUNGGU DIA MAI BARU NAK CAKAP..POOOODAH..

 

Sejujurnya , abam ni tak mahu respon dan tak berminat nak ulas pon kenyataan PAS nih. 






Sebab semua dah tahu PAS ni memang terkenal dgn kerja² menunggang. 


Cumanya yg abam nak sentuh sikit adalah walatoksakatua. 


Kebelakangan ini, walatoksakatua telah dilanda penyakit bipolar cyclothymic tahap paling kronik apabila timbul isu jemputan Trump ke sidang ASEAN. 


Disebabkan isu ini , walatok² sakatua naik sawan sehingga berbuih mulut masing² menyumpah maki Anwar Ibrahim kerana mengguna kapasiti beliau sebagai Pengerusi ASEAN untuk menjemput Trump ke sidang Kemuncak ASEAN. 


Segala caci maki, fitnah dan hinaan dihembuskan terhadap Anwar Ibrahim kerana isu ini. 


Masing² keluar dgn kenyataan kononnya mcm pendekar melayu (baca pundekar ) yg melantun² membantai Anwar Ibrahim umpama macam dah takde hari esok. 


Dimakinya Anwar Ibrahim tu bagai nak rak.

Kononnya PMX ni pengkhianat Pqlestin lah. 

Kononnya nak cari pengiktirafan Barat lah. 

Kononnya tali barut Yahudi lah.. 


Sedangkan , sudah dijelas dan dijawab bahawa Anwar Ibrahim tu jemput atas kapasiti Pengerusi ASEAN tapi segala penjelasan dan penerangan tidak mampu menenangkan penyakit gilababi yg melanda walatoksaka semua.. 


Tapi malangnya , penyakit bipolar gilababi walatoksakatua itu tidak bertahan lama apabila muncul pula kenyataan Tuan Guru Hj Hadi yg menyatakan kesediaan PAS untuk jumpa Trump walaupon PAS ni tak penting pon dalam ASEAN. 


Namun , disebabkan kenyataan itu dtg dari mulut Tuan Guru Hj Hadi yg juga merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional yakni satu gabungan parti yg menjadi tempat parti walatoksakatua terhegeh² nak menempel walapon tak dilayan pada awalnya, maka otak walatok penuh dgn saka tu tersentak tak terkata. 


Mulut jadi kelat. Lidah pon dah jadi pelat. 

Saka² hat duk menggila dalam badan tu tiba² loading mencari signal untuk konar baring. 


Abam nasihatkan supaya saka² semua bawaklah bertenang dulu...


Dan abam cadangkan bawak berubat untuk buang saka² bipolar yg ada dalam badan tu. 


Ubat paling mujarab utk walatoksaka , ambil lah segenggam air basuhan kaki buat minum dan rendamkan muka kedalam mangkuk jamban selama yg mungkin. 


In shaa Allah mujarab. 

Moga diperludahkan 🤲