PEEGEDAHHHH.... MASA JADI KERAJAAN APA KO BUAT? TARAK.... APA BIDANG PUN TARAKK...

 


Dulu PAS dok tanya, mana janji subsidi minyak bersasar?





La ni, kerajaan Madani dah buat dah. Padahal rancangan tu dari zaman Najib lagi, tapi tak jalan², mungkin depa pun tak tau nak buat lagu mana, ataupun dok cakap saja.


Bila la ni dah jadi, PAS pi kutuk lagi macam². Kalau betui depa ada cara lagi senang nak bagi subsidi tu, mai kemuka cadangan. Baru la nampak cerdik kritik sambil bagi jalan keluar.


Kalau setakat dok pandai kutuk ja, tapi cara nak buat pun tak tau, tu bukannya kritik membina… tu dok cari salah kerja orang ja.



TAK BACA PUN TAU DAH. JENIS WALAUN.. KIOK LA.

 

Cuba lihat komen ahli Pas/Pembangkang





Ini jawapan ringkas saya, supaya dia buka sikit otak


bacalah dgn mata bukan dgn kaki tuan.


Harga minyak asal 2.05 (harga subsidi dan warga asing boleh beli). Penyeludup pun beli harga ni.


Kerajaan turunkan RM1.99/liter hanya utk rakyat Malaysia shja. Warga asing kena beli 2.60. Lebih 20% rakyat asing terlibat beli Ron 95 sblm ni.


Limit 300 liter pun ada justifikasi, kerana 99% rakyat Malaysia guna 300L ke bawah, bukan 300km ya! Utk kawal penyeludupan.


Ada yang kata rakyat cuma jimat RM18 itu benok. Ada ke dia kira RM0.06×300km =RM18


Jika dia waras patut kira harga minyak tanpa subsidi, RM2.60/liter. 


Skrg harga RM1.99. Jimat 61 sen. RM0.61 x 300liter =RM183 sebulan! Itu baru betul pengiraan.


Rakyat jimat 61 sen, kerajaan jimat 4 Billion. 


4 Billion tu menyamai pendapatan 4 buah Negeri Pas menang tahun 2025 (RM3.9)


Nak sembang terer bab Ekonomi? 4 Negeri Pas menang pun tak reti nak urus. Inikan bab Negara dan Asean.


Syam Ghaz



JOM HIMPUN VIDEO MENTERI PN BAHAS DALAM DEWAN. BILA DAH KALAH MELINGKUP WALAUN NAK SALAHKAN KERAJAAN.

 Zulhasmi


Depa nak video plk... nah.. Dewan Rakyat 14 Disember 2020 Annuar Musa Menteri Wilayah Persekutuan kata :


"Jadi saya telah membawa satu Kertas Jemaah Menteri minggu yang lalu dan alhamdulillah telah diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk memperkenalkan satu akta yang khusus bagi Kampong Bharu bagi menggantikan akta Malay Agriculture Settlement. Jadi akta itu akan membuka jalan menyelesaikan bab yang terkait dengan soal undang-undang dan akta itu akan dibawa ke Parlimen, ke Dewan yang mulia ini mengikut proses-proses yang telah ditetapkan."

Waktu himpunan mega tolak URA, mohon lebai buat slide show yang menteri PN sendiri bawa kertas cadangan nak ganti akta Malay Agriculture Settlement. 🥴


Uhh the irony.




DEDAHKAN NOMBOR PENDAFTARAN KERETA YANG CUKAI JALAN TERTUNGGAK

MSO





Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendedahkan sebanyak RM35.7 juta tunggakan cukai jalan kenderaan mewah yang masih belum dijelaskan.


Katanya kebanyakan kereta mewah itu milik individu berprofail tinggi, VVIP, ahli korporat dan ahli politik. “Basa menate golongan kaya ni, kita sesak nak mampus tidak pernah tak bayar cukai jalan kenderaan, dia sedap sedap naik kereta tak ada road tax.”


Kereta mewah berkenaan ialah Rolls Royce, Lamborghini, Benteley, Ferri dan Porsche. Kereta mahal boleh beli, nak banyar road rax kedekut, basa beragah. JPJ jangan malu malu dan takut nak saman kereta mewah ini jangan berani saman kereta cabut sahaja.


Diharap pihak JPJ tidak bertimbang rasa dan biarkan begitu saja atau mereka dilindungi atas apa apa alasan. Kalau rakyat marhaen yang cari pitis samah serial ditekan dan ditindas, tetapi golongan maha kaya dibiarkan bermaharajalela, ia suatu yang tidak adil dan zalim.


Sebaik baiknya pihak Kementerian Pengangkutan tidak sahaja sedia mendedahkan butiran itu, sebaliknya senaraikan nama pemilik kenderaan berkenaan atau senarai nombor pendaftaran siarkan dalam media massa untuk sama sama kita kenal siapa yang liat membayar cukai jalan itu. 


Cara mereka itu juga boleh disifatkan sebagai pengkhianat kepada kerajaan dan negara. Trims.



PARTI PAS NI SUKA MAKAN SAMAN



 Pada 22 September 2025, saya dan YB Ustaz Shafie Ngah, ADN Sg Ramal telah merakamkan Penghakiman Persetujuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi kes saman fitnah yang difailkan oleh saya terhadap YB Shafie.







Dalam Penghakiman Persetujuan tersebut, telah dipersetujui bahawa YB Shafie akan dihalang daripada, antara lain, mengulangi kata-kata yang diadu dan juga akan memohon maaf seperti yang telah disiarkan oleh YB Shafie di dalam laman media sosialnya.


Di samping itu, telah juga dipersetujui bahawa kenyataan permohonan maaf ini akan disiarkan di 2 akhbar nasional dan platform media sosial termasuk yang berkait dengan YB Shafie, PAS Bangi dan PN Bangi. Terma-terma khusus dan terperinci Penghakiman Persetujuan adalah seperti yang disiarkan di sini.


Dengan penyelesaian ini, dan apabila terma-terma penyelesaian dipatuhi sepenuhnya, sewajarnya tidak ada pertikaian peribadi lagi di antara saya dengan YB Ustaz Shafie.


Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam-peguam saya Encik Daniel Albert, Encik Nicholas Yap dan Cik Amanda Yap daripada Daniel & Wong, atas khidmat mereka dalam kes ini.



GOLONGAN YANG TERCICIR DARI MANFAAT BUDI95

Che Ibrahim




Semua pengguna Petrol Ron95 layak mendapat Budi95 dgn syarat:

1. Warganegara yang sah, 

2. Menggunakan IC/cip yang tidak rosak masa pembelian.

3. Ada lesen memandu.


Golongan yang tercicir dari mendapat Budi95, sedangkan mereka adalah antara pengguna aktif Ron 95 ialah:




1. Pemandu kereta/motor yang tidak ada Lesen Memandu kerana ingkar dan degil atau kebal undang undang. 

2. Pengguna petrol 95 yang memandu kereta/motor di pedalaman atau luar bandar (bukan jalanraya), mereka bukan sahaja takdak lesen, motor pun takdak mudguard, takdak brake.. hanya enjin Dan tayar yang berfungsi. 

3. Penggunaan petrol untuk enjin bukan diesel seperti enjin bot/perahu, mesin rumput, pump air/racun dll. 


Semoga golongan (2) dan (3) tidak terlepas pandang oleh Kerajaan Madani. Golongan (1) tu ikut dia lah....



LEBAI HIRUP APA SAJA ASAL HENTAM KERAJAAN... DERIS SAGON NI TAK LEH PAKAI



 Ramai yang bising dengan 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘪𝘯𝘨 mamat ni. Sebab dikatakan 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂. Ye la. Penyasaran RON95 bermula 30 September. Apahal dia buat macam dah berlaku pulak. Kan?







Tapi aku faham. Niatnya sebenarnya nak 𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘀𝗸𝗲𝘁𝘀𝗮  macamana keadaan isi minyak 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗕𝗨𝗗𝗜95 dikuatkuasakan. Tapi sketsa yang dia buat tu 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 sebenarnya.


Lepas BUDI95 dikuatkuasakan nanti, dokumen yang perlu cuma 𝗠𝘆𝗞𝗮𝗱 je. Tak perlu tunjukkan lesen pun. Memang lesen tu syarat untuk dapat BUDI95 tapi tak 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗽𝗮𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝗻.


Sebab maklumat lesen tu dah sedia ada dalam IC kita sebenarnya. Buktinya, masa semak kelayakan untuk BUDI95, kita cuma masukkan 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗜𝗖 je kan? Tak mintak lesen pun kan?


Lesen dah 𝙞𝙣𝙩𝙚𝙜𝙧𝙖𝙩𝙚𝙙 dalam IC kita. Mudah je. Jadi yang memandai kata kena tunjuk lesen tu sebenarnya sama ada 𝗯𝘂𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 atau 𝗯𝘂𝘁𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶.


Cakap pasal buta hati, aku tertarik dengan kenyataan 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝘀𝗮𝗴𝘂𝗻 5 𝗵𝗮𝗿𝗶 ni. Dia kata letak syarat ada lesen memandu tu sebagai 𝘀𝘂𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Tang mana yang menyusahkan tu?


Susah kalau orang tu 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻. Yang memang ada lesen nak susah apa? Macam orang dah kahwin nak 𝘤𝘩𝘦𝘤𝘬 𝘪𝘯 hotel. Nak risau apa sebab dah ada sijil nikah. Yang belum menikah je yang risau.


Ini usaha kerajaan untuk memastikan RON95 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴. Dengan anggapan, majoriti yang ada lesen akan ada kenderaan  Kalau yang tiada kereta dapat kuota subsidi petrol, dia boleh 𝗷𝘂𝗮𝗹 kuota dia kepada pendatang asing sebab dia tak perlu pun.


Selain itu ia dapat 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘀𝗺𝗶 perbuatan memandu tanpa lesen. Lebai nak bela orang yang melanggar undang-undang pulak sekarang ke? Cukuplah sokong 𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 jadi PM je.


Lesen, selain daripada memastikan pemandu cekap, lebih penting ia bagi memastikan pemandu tak buta undang-undang macam lebai. Yang tak ada lesen tu mungkin boleh memandu tapi tak semestinya dia tau makna setiap papan tanda.


Susah jadi lebai sekarang ni. Sampai perbuatan yang 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿 pun terpaksa sokong semata-mata untuk burukkan kerajaan. Hina betul 𝗺𝗼𝗿𝗮𝗹 lebai sekarang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



DAKWAAN SKANDAL RASUAH DISABAH JEJASKAN KERAJAAN PH

 


Dakwaan berkenaan skandal perlombongan Sabah ini adalah cabaran besar kepada Kerajaan Madani dan pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim.





Apa kesannya kepada Kerajaan Negeri Sabah?


Apa pula implikasinya kepada PRN Sabah dan pentadbiran Kerajaan Persekutuan?


Bagaimana PH mahu menangani kebimbangan rakyat tentang isu rasuah yang semakin meningkat?


Ulasan penuh dalam Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 15:

https://www.youtube.com/live/Zuq3LPk4oL8?si=3NhC0eFTtjJn0KV6



JANGANLAH MAHATHIR RISAU. ANWAR BUKAN NAK SUJUD KAKI TRUMP.... DULU JADI PWMIMOIN TAK BUAT PA PUN BILA KAPAI LALI ATAIH LANGIT....



Komen Rosli Rosli

 


DrM dulu yg benarkan kapal Isra hell laknatullah berlabuh di Malaysia sehigga PMX batalkan. Pandai atok berlakon kononnya dia pejuang lawan isra hell, bila nampak keuntungan peribadi senyap dia buat keputusan yg menguntungkan diri.




Kadang kesian tengok 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 ni. Disebabkan nak sangat selamatkan kroni, sanggup 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝗼𝗻 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵. Niatnya cuma nak hasut rakyat 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗸𝗮𝗻 DS Anwar. Bila DS Anwar jatuh, kroninya selamat.


Mahathir cakap ni bukan apa. Dia tau para lebai yang 𝗽𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗽 𝗶𝘀𝘂 akan lekas kutip apa yang dia bangkitkan dan mainkan 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗹 untuk menilai.


Mahathir bukan tak tahu pengaruh Presiden Amerika Syarikat. Apa yang dia boleh buat terhadap 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 khasnya dan ASEAN umumnya. Dia tahu 


Macam baru-baru ini 𝗧𝗿𝘂𝗺𝗽 gunakan 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗳𝗳 untuk ugut negara lain dan 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 negara mereka. Mujurlah 𝗣𝗠𝗫 dan 𝙩𝙚𝙖𝙢 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗭𝗮𝗳𝗿𝘂𝗹 bijak, jadi tak masuk perangkap mereka. Banyak negara lain yang dimangsakan. Kalau lebai, awal-awal lagi dah suruh sujud ke kaki Trump 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮𝗸 𝗻𝘆𝗮𝘄𝗮.


Bukan PMX suka-suka jemput Trump. Tapi dia yang beriya nak ikut Persidangan ASEAN. Bayangkan kalau PMX tolak, ranap ego Trump. Dah tentu dia nak 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺. Bila Trump tekan kita, ekonomi terjejas, dia jugak nanti salahkan PMX. 𝗕𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗵𝗮𝘁𝗶 betul.


Memang PMX sokong perjuangan Palestin. Semenjak dari muda lagi. Tapi sekarang PMX 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶  𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮.Tambah lagi, Malaysia 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡.


Reaksi PMX terhadap Trump bukan setakat memberi kesan terhadap Malaysia, bahkan juga ASEAN secara keseluruhannya. Takkan PMX nak buat begitu.


Mahathir nak risau apa? Bukan PMX nak pergi sujud pada Trump. PMX ni seluruh dunia tahu mempunyai 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 untuk 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 di depan sesiapa pun. Beliau dah banyak kali buktikan.


Mungkin Mahathir, yang mempunyai rekod bertemu dengan beberapa Presiden Amerika, jadi 𝗽𝗮𝗸 𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗸 ketika bertemu mereka. Tapi tidak bagi PMX.


Malah bertemu secara berdepan ni akan berikan PMX peluang untuk 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴, 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗴𝗮𝘀 tentang kekejaman dan kezaliman Israel.


Lagi pula, Trump 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁. Dan kita ada 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸 dengan Amerika. Jadi dia memang boleh masuk ke Malaysia. Tiada larangan.


Masalahnya Mahathir dulu pernah 𝗶𝘇𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗿𝗶𝗸𝗲𝘁 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹 masuk Malaysia. Memang rakyat Israel, negara yang kita tak ada hubungan diplomatik.


Masa tu tak terfikir pulak tentang kezaliman zionis terhadap rakyat Palestin? Dah la bagi izin iblis masuk Malaysia, orang yang bantah 𝗱𝗶𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝘁 𝗸𝗲 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮!


Punya dajal Mahathir dulu, hari ni nak berlakon acah jadi wali pulak. Dasar 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁.


Jangan guna alasan itu sebelum 7 Oktober 2024 la. Kekejaman Israel dah bermula seawal 1948 lagi. Apa selama ni tak nampak penderitaan rakyat Palestin? Atau selama ni dia memang 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹?


Mahathir bagusnya tutup mulut je. Cakapnya dah tak ada yang cerdik. Level otaknya dah jatuh serendah 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗽𝗮𝗴𝗼𝗺𝗼. Lebih baik jangan bersuara. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CINTA TIGA SEGI PRN SABAH, SIAPA UNTUNG?



28 September 2025


Ibarat cinta tiga segi sesama manusia, cinta tiga segi dalam politik juga tidak mungkin menjanjikan kedamaian.


Hubungan akan selalu panas, wujud tekanan yang tidak menentu dan hampir tiada kestabilan.


Begitulah keadaannya dalam cinta tiga menjelang PRN Sabah yang melibatkan PH, GRS dan BN.


Di peringkat awal dulu, oleh kerana ketiga-tiga gabungan sedang makan setalam dalam kerajaan di peringkat pusat, terlihat seolah-olah akan wujud jalan damai dan perkongsian sejati antara ketiga-tiga entiti dalam menghadapi PRN negeri.


Pelbagai usaha untuk mencari titik persefahaman nampaknya tidak berjaya membuahkan apa-apa hasil.


Apa yang terjadi akhirhya ialah PH setuju bekerjasama dengan BN dan dan PH juga setuju bekerjasama dengan GRS, tetapi BN dan GRS masing-masing muktamad untuk berseteru antara satu sama lain lantaran luka silam yang masih tidak dapat dilupakan.


Keadaan ini akan menjadikan pembahagian 73 kerusi DUN Sabah dalam PRN akan datang hanya berlaku antara PH dengan BN dan PH dengan GRS, namun tidak antara BN dan GRS.


Difahamkan BN ingin bertanding sehingga 45 kerusi,  manakala GRS yang dianggotai lapan parti pula menyasarkan 55 kerusi untuk ditandingi.


Sementara PH, walaupun ada laporan mengatakan ia mahu bertanding 23 kerusi, tetapi ramai mengatakan angka yang munasabah hanya sekiiar 15 kerusi saja.


Dalam pertembungan cinta tiga segi itu, tidak dapat tidak, BN dan GRS akan berentap sesama sendiri di banyak kerusi.


Yang paling untung ialah PH kerana di mana saja ia bertanding, ia pasti mendapat sokongan daripada BN dan GRS.


Tetapi di mana BN bertanding, GRS sudah pasti tidak memberi sokongan dan begitu juga di mana GRS bertanding, BN tentunya tidak sudi memberi undi.


Dengan itu, di kerusi di mana BN dan GRS bertembung, sokongan yang hadir hanya daripada PH saja.


Dalam keadaan itu, tidak mustahil, ditambah dengan kedudukan PH yang mengetuai kerajaan di pusat, jumlah kerusi dimenanginya akan jadi lebih baik berbanding BN dan GRS, ditambah lagi dengan penonjolan bekas Ketua Setiausaha beberapa kementerian, Ruji Ubi sebagai calon di Merotai dan anak TYT Musa Aman yang dikatakan akan diletakkan bertanding di Sindumin.


Lebih memberi malang kepada GRS ialah kerana isu rasuah melibatkan beberapa Adun dan menteri negeri berkaitan perlombongan mineral nampaknya terus panas dan dijangka berpanjangan sehingga DUN dibubarkan.


Isu rasuah yang bersiri-siri timbul itu tentu saja memberi tekanan yang makin merimaskan kepada GRS dan Hajiji Noor selaku Ketua Menteri.


Tambah malang lagi dengan perkembangan terbaru di mana Anwar Ibrahim sendiri dilihat jelas tidak senang dengan pendedahan demi pendedahan mengenai rasuah itu, walaupun sebelum ini terlihat cuba mengabaikannya.


Ketika berucap di sebuah himpunan di Inanam baru-baru ini yang seperti ditujukan kepada skandal rasuah yang sedang hangat diperkatakan di negeri Sabah, Anwar menegaskan, beliau tidak akan memaafkan perbuatan mencuri wang rakyat.


“Saya ditangkap, saya dipukul, saya diseksa dalam penjara, saya maafkan. 


“Saya dihina, maruah saya dijatuhkan, saya maafkan.


“Tapi kalau anda curi wang rakyat – saya tidak boleh maafkan,” katanya.


Anwar turut menegaskan bahawa SPRM telah bertindak atas “berita terbaru” mengenai dakwaan ke atas pemimpin tertentu Sabah itu.


Walaupun tidak menyebut nama, kenyataan itu dilihat merujuk kepada Timbalan Ketua Menteri I, Jeffrey Kitingan yang disoal siasat SPRM dua hari lalu berhubung dakwaan menerima RM1.78 juta berkaitan lesen perlombongan, hanya sehari selepas ia didedahkan.


“Ada berita baru. Segera, SPRM bertindak – ya, kita akan siasat. Itulah cara kita,” kata Anwar berkenaan ketegasannya memerangi rasuah.


Dalam keadaan ini, kebarangkalian GRS paling terkesan pada keputusan PRN akan datang adalah amat tinggi.


Apakah keadaan itu akhirnya akan memberi kelebihan secara tidak langsung kepada Warisan untuk mampu menang sekurang-kurangnya 37 kerusi iaitu lebih separuh daripada jumlah keseluruhan 73 kerusi DUN di Sabah dan seterusnya berjaya membentuk kerajaan baru? – ShahbudinHusin 28Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/cinta-tiga-segi-prn-sabah-siapa-untung/




Malaysia Tidak Harus Tutup Pintu Dagang Kerana Beza Politik, Dasar Luar – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama pemain industri pelancongan dan pembuatan di Banda Hilir, Melaka pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

MELAKA, 27 Sep – Sebagai negara yang berdagang, Malaysia tidak seharusnya menutup pintu ruang dagangan hanya kerana perbezaan politik atau dasar luar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu berikutan ekonomi negara bergantung kuat kepada rantaian ekonomi global.

Anwar turut menegaskan walaupun Malaysia berdepan dengan suasana ekonomi global yang tidak menentu, berkat kestabilan politik serta kepercayaan teguh para pelabur, negara terus mencatat pertumbuhan yang mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama pemain industri pelancongan dan pembuatan di Banda Hilir, Melaka pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kebijaksanaan menyeimbangkan pendirian moral dengan kepentingan ekonomi merupakan kunci dan kayu ukur utama.

“Keupayaan untuk mengekalkan keseimbangan inilah yang meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang relatifnya kecil tapi suaranya lantang dan tegas di peringkat antarabangsa,” kata beliau menerusi satu hantaran di laman X hari ini.

Perdana Menteri berkata sektor elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, digital dan tenaga baharu berupaya menjadi pemacu masa depan dengan Melaka menjadi antara negeri barisan hadapan yang konsisten menarik minat pelabur antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama pemain industri pelancongan dan pembuatan di Banda Hilir, Melaka pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar memberitahu walaupun terdapat ketidaksefahaman isu semasa dengan negara luar seperti China, India dan negara-negara tetangga lain dalam ASEAN mahupun Eropah, ruang wacana masih ada untuk mencari titik temu dan dalam pada masa sama mengimbanginya dengan keperluan ekonomi negara.

“Sekiranya jalan konflik dipilih, apakah kita bersedia untuk mengorbankan kekuatan ekonomi negara, sebagai contoh, ratusan bilion eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat atau China.

“(Jadi) akan timbul persoalan, siapa sebenarnya yang kita hukum? rakyat kita sendiri atau pihak yang sepatutnya?,” soal beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama pemain industri pelancongan dan pembuatan di Banda Hilir, Melaka pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, Anwar menghadiri Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Pelancongan serta Pembuatan bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Banda Hilir, Melaka.

Beliau berkata penyediaan Belanjawan Negara 2026 akan disesuaikan dengan keutamaan ekonomi setiap negeri dan bukan hanya ditentukan di peringkat kementerian bagi memastikan pertumbuhan ekonomi berjalan lancar tanpa mengabaikan keperluan rakyat terutama dalam menangani kos sara hidup.

Menurut beliau, setiap negeri ada kekuatan tersendiri seperti Melaka yang memberi tumpuan kepada sektor pelancongan dan pembuatan sekali gus menyumbang kepada kerana prestasi negeri yang sangat memberangsangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama pemain industri pelancongan dan pembuatan di Banda Hilir, Melaka pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

BUDI95: ‘Ternyata Menjimatkan, Terima Kasih Kerajaan’ – Warga ATM

 


Seorang anggota tentera mengisi minyak bagi menikmati pelaksanaan inisiatif subsidi petrol Budi MADANI RON95 (BUDI95) di salah sebuah stesen minyak pada 27 September 2025. Foto Nor Ainna Hamzah

PORT DICKSON, 27 Sep – Ucapan terima kasih dizahirkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada kerajaan kerana pelaksanaan pertama inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) membabitkan mereka hari ini.

Justeru, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berpandangan, langkah itu menunjukkan tanda keprihatinan dan pengiktirafan kerajaan buat setiap warga ATM dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM)

“Kami, saya percaya setiap warga ATM dan juga PDRM amat bebesar hati serta mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan di atas keprihatinan dan juga periktirafan yang diberikan kepada setiap warga PDRM dan PDRM untuk menikmati subsidi RON95 ini.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berucap pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 203/2025 di Port Dickson pada 27 September 2025. Foto Tentera Darat Malaysia

“Saya rasa ia sedikit sebanyak boleh meringankan beban sara hidup anggota-anggota kita yang selama ini memberikan pengorbanan masa, jiwa dan raga untuk rakyat Malaysia mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam negara,” katanya pada sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 203/2025 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Sementara itu, salah seorang anggota tentera yang ditemui di sebuah stesen minyak di daerah ini, Pegawai Waran 1, Mohamad Salleh Kosnon, 41, berkata, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan kerana langkah itu membantu meringankan beban serta kos minyak berulang-alik setiap minggu ke Kluang, Johor.

“Saya naik motosikal sahaja, sekali hala isi dalam RM20 dan selepas ini tentu kos akan berkurangan. Penggunaan minyak saya juga tidak lebih 300 liter sebulan dan membolehkan saya menikmati sepenuhnya subsidi ini,” katanya.


Kemelut FIFA: Rakyat Mesti Bersatu Sokong Penuh Tindakan TMJ, FAM

 


Tunku Mahkota Johor (TMJ) percaya ada agenda lebih besar di sebalik tindakan FIFA mengenakan hukuman kepada FAM dan tujuh pemain naturalisasi negara kerana ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang mencaturnya di New York.

PENDAPAT, 28 Sep – Isu penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap pemain naturalisasi Malaysia, wajar diselesaikan dengan penuh berhemah dan bijak.

Justeru, kenyataan Pemangku Sultan Johor (TMJ), Tunku Mahkota Ismail yang percaya ada agenda yang lebih besar menentang Malaysia susulan tindakan FIFA ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain berdarah warisan negara, wajar disokong semua pihak berkepentingan.

Menerusi platform Instagram Story, baginda turut berkongsi kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang menjawab mengenai isu kewarganegaraan dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Perkara 19 (1), Perlembagaan Persekutuan yang sebelum itu dikongsikan bekas Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Menteri Dalam Negeri sudah jelas menyatakan proses untuk memberikan kerakyatan kepada tujuh pemain itu dibuat berdasarkan perlembagaan kita, undang-undang dan pertimbangan berhati-hati.

“Kita perlu sentiasa menyokong proses rayuan dan bersatu di belakang pasukan kebangsaan kita, bukan menyemai rasa kurang harmoni dan perpecahan.

“Ada agenda lebih besar di sini menentang Malaysia. Saya yakin akan itu,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Terdahulu, Saifuddin Nasution tampil menjelaskan pemain bola sepak Malaysia yang dikenakan tindakan FIFA memperoleh kewarganegaraan selepas melalui proses tapisan rapi.

“Dalam kes ini, kesemuanya kita comply (patuh) ketika membuat keputusan tersebut. Setelah kita menerima permohonan dan kita melakukan proses mengikut peraturan, tertib dan peruntukan undang-undang…

“Jadi, itu bahagian kamilah (KDN),” katanya pada satu video yang dimuat naik di Facebook.

Kelmarin, FIFA mengumumkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain kononnya kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen.

“FAM telah menghantar pertanyaan kelayakan kepada FIFA dan dalam proses itu, ia menggunakan dokumen yang dipalsukan untuk membolehkan pemain berkenaan diturunkan,” kata jawatankuasa tatatertib badan induk bola sepak dunia itu.

FIFA turut menetapkan bahawa FAM perlu membayar denda sebanyak 350,000 franc Swiss (RM1.9 juta) manakala setiap tujuh pemain dikenakan denda 2,000 franc Swiss.

Mereka ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui, dan Hector Alejandro Hevel Serrano – yang turut digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak berkuat kuasa serta-merta.

Inilah masanya peminat bola sepak tanah air bersatu hati dan percaya bahawa segala peraturan yang ditetapkan oleh FIFA telah dipatuhi dan tindakan seterusnya adalah memulihkan imej bola sepak negara yang sengaja dicalarkan musuh tak kira dari negara mana sekali pun.




ANWAR TAWAR PAS SERTAI KERAJAAN PERPADUAN? KHIANAT BERSATU & MUHYIDDIN, ...



Bantu solihin shabudin tak skip iklan 1 atau dua atau tiga support solihin shabuddin solihin menghargai anda semua para-para penonton like dan subscribe join membership hadiahkan super thanks. Besan abdul hadi awang bergaduh dengan pemimpin bersatu perlis disebabkan berebut jawatan-jawatan di dalam Perikatan nasional mengikut negeri dan juga mengikut persekutuan mereka sedang cacam merba hari ini disebabkan jawatan inilah lebai-lebai selak kain berebut jawatan. Jom kita kupas pelbagai perkongsian akan dibuat di dalam live video ini, Pelbagai video-video-ulasan video-video mengkritik dan video-video menjawab daripada kawan-kawan dari pihak pembangkang dan kawan-kawan dari pihak kerajaan madani jom kita kupas jom support solihin sabudin hadiahkan superchat super sticker dan super thanks serta join membership channel solihin shabudin. Terima kasih kepada kawan-kawan yang support channel solihin shabudin.






HADI AWANG BERGADOH DENGAN BESAN, GADOH REBUT JAWATAN PM? CHEGU BARD MER...



Bantu solihin shabudin tak skip iklan 1 atau dua atau tiga support solihin shabuddin solihin menghargai anda semua para-para penonton like dan subscribe join membership hadiahkan super thanks. Besan abdul hadi awang bergaduh dengan pemimpin bersatu perlis disebabkan berebut jawatan-jawatan di dalam Perikatan nasional mengikut negeri dan juga mengikut persekutuan mereka sedang cacam merba hari ini disebabkan jawatan inilah lebai-lebai selak kain berebut jawatan. Jom kita kupas pelbagai perkongsian akan dibuat di dalam live video ini, Pelbagai video-video-ulasan video-video mengkritik dan video-video menjawab daripada kawan-kawan dari pihak pembangkang dan kawan-kawan dari pihak kerajaan madani jom kita kupas jom support solihin sabudin hadiahkan superchat super sticker dan super thanks serta join membership channel solihin shabudin. Terima kasih kepada kawan-kawan yang support channel solihin shabudin.



PUJIAN PMX DS ANWAR TERHADAP DS MUHAMAD SABU SAHABAT PERJUANGAN!


Pagi tadi saya telah menghadiri Majlis Perasmian Pasar Tani Putrajaya dan Sambutan Ulangtahun Penubuhan Pasar Tani Yang Ke-40 Peringkat Kebangsaan dengan perasaan yang agak terharu dan membuak-buak. Ini kerana inisiatif Pasar Tani merupakan satu gagasan ampuh yang diperkenalkan saya sewaktu menjawat jawatan Menteri Pertanian pada tahun 1985 sebagai wahana dan medan kepada para petani dan pengeluar kecil untuk menjual hasil-hasil mereka, dan dalam masa yang sama menolak peranan orang tengah atau kartel yang menekan harga. Justeru, Pasar Tani pertama telah dibuka di Kompleks Bilik Sejuk FAMA di Tampoi, Johor Bahru, dan saya telah hadir merasmikannya pada 31 Januari 1985. Ia menjadi detik bersejarah tatkala buat julung kalinya para pengeluar dapat bersemuka terus dengan pengguna dan pembeli, lantas merapatkan jurang antara petani dengan masyarakat yang menikmatinya. Pada awal penubuhannya dahulu, pasar tani hanya berjumlah sekitar 12 buah sahaja, dengan penyertaan seramai 317 orang peserta. Nilai jualan pada ketika itu sekitar RM1.4 juta setahun. Nilainya agak kecil pada waktu itu, tetapi sangat bermakna. Hari ini, setelah berpuluh tahun berlalu, saya melihat sendiri bagaimana gagasan ini berkembang dan terus memberi manfaat luas kepada rakyat terbanyak. Walhasil, menyaksikan kelangsungan inisiatif Pasar Tani hingga ke hari ini ternyata menjentik ruang perasaan yang terdalam. Inisiatif kecil yang dimulakan pada masa lalu kini terpasak sebagai legasi yang terus memartabatkan petani dan pengeluar tempatan, mengurangkan jurang harga, dan yang terpenting ia mampu mengangkat maruah petani, nelayan dan penternak kita.