Pada 22 September 2025, saya dan YB Ustaz Shafie Ngah, ADN Sg Ramal telah merakamkan Penghakiman Persetujuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi kes saman fitnah yang difailkan oleh saya terhadap YB Shafie.
Dalam Penghakiman Persetujuan tersebut, telah dipersetujui bahawa YB Shafie akan dihalang daripada, antara lain, mengulangi kata-kata yang diadu dan juga akan memohon maaf seperti yang telah disiarkan oleh YB Shafie di dalam laman media sosialnya.
Di samping itu, telah juga dipersetujui bahawa kenyataan permohonan maaf ini akan disiarkan di 2 akhbar nasional dan platform media sosial termasuk yang berkait dengan YB Shafie, PAS Bangi dan PN Bangi. Terma-terma khusus dan terperinci Penghakiman Persetujuan adalah seperti yang disiarkan di sini.
Dengan penyelesaian ini, dan apabila terma-terma penyelesaian dipatuhi sepenuhnya, sewajarnya tidak ada pertikaian peribadi lagi di antara saya dengan YB Ustaz Shafie.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam-peguam saya Encik Daniel Albert, Encik Nicholas Yap dan Cik Amanda Yap daripada Daniel & Wong, atas khidmat mereka dalam kes ini.



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.