KHAWARIJ. LAGI

 

Ridwan Bakar


Zainon Ismail @ CN Al Afghani adalah 'model' pembawa pemikiran TAKFIRI @ GHULUW @ EKSTRIM di Malaysia.





• Dia pernah 'kafirkan' bapa dia sendiri (Al Marhum Cikgu Hj Ismail, seorang aktivis awal ABIM di Kedah dan pernah bermukim di Ma'had Tarbiah Islamiah Derang) - pengakuan dia sendiri dalam buku [kafirkah Aku?]. 

• Dia pernah tuduh pemikiran 'takfir' secara sembrono ini dia dapat melalui tarbiah PAS khususnya Hj Hadi - pengakuan dia dalam buku [kafirkah aku?]. 

• Dia terlalu 'melampau' dalam memuji pemimpin UMNO ketika dia dipergunakan oleh UMNO dalam kempen² pilihanraya [selepas dia dipecat oleh PAS pada zaman Al Marhum Ust Fadzil). 

• Dia adalah orangnya yang 'sanggup' kayuh gerek kerana nak hadiri himpunan RUU355 di Padang Merbok 7 tahun yang lalu. 

• Dia 'gamak' hukum sesiapa juga yang tidak sehaluan dengannya sebagai 'munafik' 'ejen musuh' dan sebagainya. Baca buku dia tentang Memali, antara 'mangsanya' adalah Al Marhum Dato' Pak Chup Husin. 


Dia memang seorang 'pelampau', 'terlampau' dan 'melampau'. 


Yang pakai baju bertulisan قربان di samping kanannya adalah seorang pimpinan PAS Wilayah Persekutuan. 


Kalau Ust Deghih nak kenai contoh 'ghuluw', Cikgu Non salah seorangnya.



WALAUN CABAR DITAHAN.


 De De


Ok dia cabar... Kita report.. harap Polis Diraja Malaysia Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kementerian Komunikasi boleh kot bertindak atas cabaran yg dia berikan.. ☺️

Ok dia cabar... Kita report.. harap Polis Diraja Malaysia Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kementerian Komunikasi boleh kot bertindak atas cabaran yang dia berikan.. ☺️





KHAWARIJ

 

Ridwan Abu Bakar


Lelaki dalam bulatan merah ini dikenali sebagai 'Imam' Hoslan, dia pernah dipenjarakan pada tahun 2012, dikenali kerana 'keberanian' dia 'melemparkan' selipar kepada Hakim, dan kerananya di diangkat sebagai 'wira' oleh pewala' PAS. 





Selepas dibebaskan dari penjara, dia dijemput berkuliah, dalam kuliah dia menceritakan bahawa dia telah mengislamkan sejumlah banduan, pihak Jabatan Penjara telah menafikan 'khabar' dan 'riwayat' tersebut !.


Dalam kebanyakan demo dan himpunan anjuran PAS dan yang berkaitan, wajah dia akan kelihatan, dan selalunya 'ungkapan' yang keluar dari mulutnya akan berbobot 'ghuluw' tahap tinggi. Hari ini, dia antara 'wira' kesiangan yang 'kononnya' mempertahankan tanah Kg Sungai Baru..... Dan kerana itu, adalah aksi 'ghuluw' yang berlaku. 


Saya pernah terserempak dengan beliau di Hotel WP, kebetulan saya menginap di situ dan Dewan Ulama PAS Wilayah berMuktamar di situ, saya tengok beliau memakai tanda nama PERWAKILAN !, maka saya pun 'sangka' dia adalah ulama, walaupun saya juga 'syak' terhadap 'kesahihan' keulamaannya, kerana Ketua Ulama PAS Wilayah pun semacam punya dok ada 😄😅. Hj Khuzaifah Azlan tau la



SALAH TAK TAHAN AWAL ATAU KELEMAHAN MENTERI.

 

CnP


Saya dah sebut dari awal. Rafidah tu api, jangan biar dia terus membakar. Padam segera. Inilah akibatnya, sementelah dalam keadaan media sosial yang tidak terkawal dan KELEMBAPAN penyebaran maklumat yang  sahih daripada pihak kerajaan.


Berebut nak jawatan tetapi tak reti nak buat kerja.


Apa khabar hantu kom kom?






TANGKAP BATU API

 


Pesanan awam buat mereka yg dihasut atau terhasut oleh Rafidah Ibrahim utk halang kerja bailiff (pegawai mahkamah) di Kg Sungai Baru esok (Khamis, 11 September 2025) 











Rafidah sendiri dah dipanggil polis atas kesalahan halang kerja bailiff pada lawatan lepas. 


Jadi jangan pula ada yg turun esok, buat provokasi, kene tahan polis, baru nak buat2 tak faham implikasinya: penjara, denda atau kedua2nya (baca di bawah 👇)


Jgn jadi seperti yg fitnah YB Fadhlina, time tu lah keluar alasan anak masih kecil, tak tahu undang2 dan sebagainya.


Kalau Rafidah nak masuk gaung, korang jgn ikut skali. Dia ada tin milo, korang ade? 


Ahli parlimen pembangkang pun tahu implikasi undang2, sebab tu mereka usha tepi je.



Pengusiran dan Perobohan Rumah Kampung Sungai Baru

 

Pengusiran dan Perobohan Rumah Kampung Sungai Baru








Proses pengusiran dan kerja-kerja perobohan 15 buah rumah sedang dijalankan oleh pihak berwajib ketika di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur. 


#KampungSungaiBaru #MalaysiaGazette 


Foto @adzlansidek


TAK IKUT KEMAHUAN DIA NAKASUK USM..

 

Negara kita memang ketandusan isu. Sampai cerita 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗖𝗶𝗻𝗮 tak dapat tawaran ke 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 dan 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮 𝗻𝗮𝗸 pun jadi isu nasional.


Ceritanya budak tu seorang 𝙨𝙘𝙤𝙧𝙚𝙧 𝗦𝗧𝗣𝗠. Dapat 4.0. Memang power la. Tapi dia bukan tak dapat tawaran. Cuma tak dapat 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗵𝘂𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮. Tapi cerita yang sesetengah media mainkan macamlah dia 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘁𝗮𝘄𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴.


Budak tu sebenarnya mahu masuk 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝗮 sebab kakaknya pernah belajar di situ. Sejak bila pula universiti kena layan 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 pemohon?


Pengambilan dibuat adalah berdasarkan 𝗺𝗲𝗿𝗶𝘁. Budak tu memang pandai tapi 𝘰𝘣𝘷𝘪𝘰𝘶𝘴𝘭𝘺 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶. Ikut 𝘳𝘢𝘯𝘬𝘪𝘯𝘨, dia memang 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗶 yang layak sebab dia 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁.


Dia dapat 4.0 tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗺𝗮𝘁𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸. Sedangkan ramai lagi pemohon lain dapat 4.0 juga dan ada ambil matapelajaran matematik. Jadi kalahlah dia!


Sebenarnya budak tu 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Dia cuma luahkan rasa di media sosial. Malangnya luahan hatinya itu 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 oleh 𝗯𝘂𝗮𝘆𝗮 𝗶𝘀𝘂 yang sentiasa kelaparan.


Sang buaya tu pula memang sentiasa cari jalan untuk hasut rakyat, 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗰𝗶𝗻𝗮 dan bukan Melayu yang lain supaya menolak kerajaan yang ada.


𝗠𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 sang buaya isu tu dendam sebab 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 dalam kerajaan. Sebab tu dia tak henti-henti menyerang kerajaan. Tapi dah tak ada isu. Jadi bila nampak isu remeh macam ni pun, laju dia mainkan.


Ada pulak mangkuk hayun tanya kenapa pengambilan UM 𝘀𝗶𝗸𝗶𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁? Pengambilan adalah berdasarkan permintaan pasaran. Kena juga ambil kira universiti lain yang 𝘁𝗮𝘄𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝘀𝘂𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮. Kita tak mahu ada lambakan graduan. Kacau 𝘮𝘢𝘳𝘬𝘦𝘵 gaji.


Senang cerita, benda ni tak ada isu pun. Tak dapat kursus yang diidamkan, di universiti yang diinginkan tu benda biasa. Berlaku kepada 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴. Cuma orang 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 je akan jadikan isu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


NOTIS TUNJUK SEBAB PELAKU BERNAMA MONA DIN


De De 


Notis tunjuk sebab Dari Jabatan Peguam Malaysia buat "Ketua Hakim Mahkamah Dunia" merangkap Presiden terpaling Palataologis Sedunia ( Mona Din).





80% PENDUDUK SETUJU.APA MOTIF RAFIDAH HASUT DENGAN PEMBOHONGAN


Ishaq Marazi










 


Rumah abam di kampung sungai baru kampung baru.


Terlibat sekali dengan projek tengah kecoh sekarang.


Sebelah saloma link.


Jalan kaki saja ke klcc dan lrt kampung baru.


Abam ikut majoriti penduduk saja.


Diorang on untuk bekerjasama dengan pemaju abam follow je.


Pemilik hartanah sini bukan cikai cikai.


Ada dato ada lawyer ada engineer kebanyakan educated.


Sebenarnya abam orang yang ke 230 yang sign.


Totap semua pemilik 329 orang.


Kira kira 70% dah bersetuju masa tu circa 2018-2019.


Pada 2021 kerajaan pakai akta pengambilan tanah untuk merealisasi kan projek ni.


Sebenarnya penduduk bersepakat untuk majukan hartanah kampung sungai baru semasa 2016 lagi selepas melihat kejayaan flat kerinchi jadi kerinchi residence oleh pemaju sama.


Masa tu zaman DSNR.


Walaupun hartanah abam landed tapi abam setuju juga untuk buat pembangunan semula.


Sedih tengok makcik pakcik duduk rumah flat uzur 1bilik-2bilik.


Dengan proposal projek baru,setiap owner akan dapat condo dua pintu.


Satu pintu boleh disewakan dan satu lagi boleh duduk sendiri.


Kat area sini satu unit studio pun boleh dapat rental rm2000-rm2500 fully furnish.boleh tengok rate setia sky residence kampung baru.


Kalau sewakan dua dua unit boleh dapat rm4k-6k sebulan.


Berbanding rumah flat lama cuma boleh dapat rm800-rm1200 sebulan.itupun kalau disewakan.kalau duduk sendiri memang tak dapat apa apa.


Abam dapat 3 unit condo bermakna boleh sewakan 6 unit airbnb sebab setiap satu unit ada dua pintu.


Kalau buat calculation pun better banyak penduduk buat pembangunan semula macam razak city dan kerinchi residence.


Abam buat status sebab harini ada provokasi dari rafidah yang menghasut owner landed untuk tidak berganjak.usaha untuk mengagal kan projek ni.


Jelas nampak pentingkan diri.


Ada 300+ owner yang tunggu projek dijalankan secepat mungkin.


Kalau dia ikhlas berjuang untuk melayu sepatutnya dia push pemaju untuk siap kan cepat projek ni bukan sabotaj.


Pastikan pemilik pemilik betul betul win dalam usahasama ni.


Bak kata dato johari pembangunan kampung sungai baru ni mustahil dah untuk di undur balik.


Rumah dan flat 70% sudah roboh.


Sekarang ni tugas kita untuk pastikan pemaju deliver apa yang dijanjikan bukan nya sabotaj.


Kesian makcik pakcik stuck di rumah transit sudah 4-5 tahun menunggu.


Mustahil nak cancel kan projek ni sebab rumah diorang dah tiada.


Apa plan rafidah sebenarnya abam pun takda jawapan.


mohon share status saya.tak berbaloi kita nak merusuh sebab fitnah dan maklumat palsu.



BILA KE MAHKAMAH

 Mohd Asri Bakar







Si kroni rapat SAKA TUA 100 ...yg tiba2 berkerusi roda!!. Sehari sblmnya (sblm ke Mahkamah), dia kelihatan sihat, riang & bergelak ketawa. Dapat geran free, untuk mewah berbelanja. 


Walauns yg jilat Saka Tua..hanya mampu mengelapkan ayaq mata. Pasik, ambik dia sbg penasihat SG4 pula. Padahal...dia dah takde kuasa. Presideng lupa dah ttg kisah kekejaman sang Saka tua. Mgkn dia TERLUPA tentang pembunuhan di Memali...sbb dia pun dah nyanyuk & dah tua. "Sape2 tanya soalang ttg Memali, tu soalang SETANG" kata dia.



TANGKAP. MEREKA YANG GANAS .PM ANWAR..



 Kerajaan hormat hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, dan ia dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini. 








Namun, prinsip kebebasan juga menuntut kita untuk bertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang. 


Insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.


Saya telah menggesa pihak berkuasa untuk segera menjalankan siasatan dan lekas memberkas dalang dan penyerang yang bertanggungjawab mencederakan.


Berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat. 


Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat.


ANWAR IBRAHIM 


Foto: Utusan



ORANG BUKAN ORANG ASAL

 


Baju kelabu orang Melaka.

Baju putih orang Pahang.

Baju hitam bukan orang tapi na ga. Semua ini bukan asal situ tapi menyibuk kat Kampung Sungai Baru. Utk apa??






𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗣𝗠 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞, 𝗙𝗢𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚








Perhimpunan Agung BERSATU kecoh baru-baru ini, bermula dengan satu surat layang yang menuduh ada cubaan untuk mengumpul sokongan memaksa Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi laluan kepada timbalannya, Hamzah Zainuddin.


Isu surat layang ini berlanjutan ke perhimpunan agung apabila ada insiden jerit menjerit semasa Tan Sri Muhyiddin berucap.


Memandangkan PRU16 boleh dipanggil dalam tempoh 2 tahun dari sekarang, musim pilihanraya datang lagi. Musim pilihanraya bermakna ramai yang boleh jadi calon.


Calon ahli parlimen, calon menteri besar, calon menteri dan yang paling hebat, calon Perdana Menteri. Jadi, ini musim yang calon-calon akan tumbuh seperti cendawan.


Setiap parti utama di negara ini sebenarnya ada pergolakan masing-masing. 


PKR telah selesai. Walaupun nampak damai di luar, tetapi luka dari pemilihan yang lepas adalah sukar untuk dipulihkan, baik di dalam parti atau di mata pengundi.


DAP juga akan terus berhadapan dengan pertembungan kumpulan-kumpulan dan sentimen bahawa veteran parti diketepikan kerana ramai orang baru yang masuk. 


UMNO akan terus dibayangi oleh kumpulan Dato’ Seri Najib yang tidak wala’ sepenuhnya kepada presiden Dato’ Seri Zahid Hamidi.


PAS nampak tenang dari luar, tetapi tokoh-tokoh utama menyusun strategi untuk menjadi pemimpin selepas zaman Dato’ Seri Hadi Awang, memandangkan keadaan kesihatan yang semakin uzur. Kemudian ada pertembungan golongan ustaz melawan yang bukan ustaz. 


Kemudian kita ada BERSATU. Saya dimaklumkan keadaannya sudah sampai ke peringkat mengumpul tandatangan untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin.


Itu belum lagi ura-ura usaha untuk mengumpul ahli-ahli parlimen untuk tebuk atap sekali lagi.


Jadi, negara kita tidak pernah ketandusan ahli-ahli politik yang mahu menjadi calon, terutamanya untuk menjadi Perdana Menteri.


Calonnya banyak, cuma jumloh belum cukop. Belum cukop jumloh untuk menggulingkan Muhyiddin, belum cukop jumloh untuk tebuk atap.


Semua ini terus berlaku dalam keadaan penyokong-penyokong yang wala’ di bawah saling memaki hamun dan menanggung risiko dosa fitnah setiap hari.


Budaya penyokong-penyokong wala’ yang memaki hamun di media sosial dan menjadi pembuli siber ini juga yang sedikit sebanyak menjadi teladan kepada anak-anak kita, kerana pewala’ yang memaki hamun ini juga ibu bapa kepada anak-anak.


Akhirnya, bila ada pemimpin baru yang naik, masalah tidak selesai. Maki hamun berterusan dan kitaran itu berterusan.


Sebabnya ialah budaya masyarakat kita yang menilai seorang calon pemimpin berdasarkan sentimen dan personaliti, bukannya kebolehan dan ilmu untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah. Sedangkan pemimpin politik, baik Perdana Menteri, menteri, menteri-menteri besar itu digaji oleh rakyat untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah.


Itulah punca kepada penyakit masyarakat kita, iaitu calon Perdana Menteri banyak tetapi formula untuk selesai masalahnya kurang. Sebab kita tidak beri perhatian pun kepada idea yang dibawa, sebaliknya kita agung-agungkan sentimen dan personaliti.


Kitaran ini akan berterusan, masalah akan dipanjangkan dan sebenarnya yang menanggung beban adalah tukang wala’ politik tidak bergaji juga.




REZAB BANK NEGARA MENINBKAT

 


Alif Jamil


Ramai yang mungkin terlepas pandang satu berita yang keluar bulan lepas. 


Bank Negara Malaysia baru umumkan rezab antarabangsa negara meningkat ke AS$121.3 bilion pada hujung Julai 2025.



Menurut data rasmi dari The Edge Malaysia, rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Julai 2025 meningkat kepada USD121.3 bilion iaitu tahap tertinggi dalam tempoh sedekad.


Ya, tertinggi sejak 10 tahun.


Kenaikan sebanyak 400 juta USD ni bukan saja mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara, malah ia menunjukkan kecekapan Bank Negara dlm mengurus aliran masuk modal, kadar tukaran ringgit dan struktur kewangan luar.


Apa maknanya ?

1. Malaysia cukup simpanan untuk tampung 4.8 bulan import. 

2. Rezab negara lebih besar dari 90% hutang luar jangka pendek

3. Negara ada simpanan dlm bentuk emas, SDR, dan aset kewangan yang lain. 

4. Keyakinan pelabur makin pulih.

5. Dasar kewangan negara makin baik. 


Ini semua bukan berlaku secara kebetulan.

Ia berlaku walaupun negara sedang berdepan hutang melebihi RM1.5 trilion, dalam keadaan global yang penuh tekanan akibat perang Rusia Ukraine belum reda..


Konflik Isrqel–Pqlestin yg memuncak dan ekonomi dunia pulak masih dihantui inflasi dan ketidaktentuan pasaran.


Tapi dlm suasana macam tu pun, kerajaan Madani tetap konsisten baiki kerosakan lama walaupun hari² dihentam, difitnah dan dicaci oleh pihak yg tak pernah puas dgn kuasa.


Hakikatnya, kerajaan Madani bukan sedang menjahanamkan negara seperti yg didakwa.


Sebaliknya, kerajaan hari ini sedang membina semula negara yg pernah rosak teruk akibat sistem lama, ketirisan kronik dan kerakusan kuasa masa lalu.




PARTI YANG HANYA MAHU MENJADI PENUMPANG

 


PAS TAK HARUS BERLENGAH LAGI NAMAKAN CALON PM11


10 September 2025


Menamakan calon Perdana Menteri ibarat memilih seorang nakhoda kapal untuk sebuah pelayaran di lautan yang penuh bergelora.


Tanpa nakhoda yang khusus, pelayaran kapal akan jadi tidak menentu dan gelombang cabaran dalam perjalanan juga sukar ditangani.


Mereka yang berada di dalam kapal pun automatik jadi selesa dan yakin dengan pelayaran jika nakhoda yang dipilih itu cukup berkelayakan dan berwibawa.


Begitulah juga keadaannya dalam  negara ketika berdepan pilihan raya, parti atau gabungan yang berhasrat mengambil alih kerajaan mesti menamakan calon Perdana Menteri mereka.


Mereka yang tidak menamakan calon Perdana Menteri bererti parti berkenaan tiada hasrat dan tiada keyakinan untuk menang.


Dengan itu, parti atau gabungan tersebut berkemungkinan bukan berada dalam pilihan pengundi untuk diberikan undi.


Soal sama ada calon Perdana Menteri yang dipilih itu akan diperkenankan atau tidak oleh Agong selepas mencapai kemenangan nanti, itu adalah soal kedua.


Soal yang pertama, dengan adanya nakhoda yang dipilih itu,  beliaulah yang akan mengemudi kapal ketika pelayaran sehingga hari pengundian.


Dalam konteks PN, pemimpin yang berpotensi untuk menjadi calon Perdana Menteri ialah sama ada daripada Pas atau Bersatu.


Dua komponennya lain – Gerakan dan MIPP – mereka tentu sedar siapa diri mereka.


Berkaitan hal tersebut, Bersatu telah menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi PN.


Tetapi, Pas nampaknya tidak senang dengan keputusan Bersatu itu.


Pas bukan saja keberatan untuk menyokong calon pilihan Bersatu itu, malah enggan  menamakan calon lain sama ada daripada parti  mereka sendiri atau daripada Bersatu sebagai calon Perdana Menteri.


Oleh kerana Pas dan Bersatu akan bertanding sebagai suatu gabungan atas tiket PN, keadaan itu menjadikan siapa calon Perdana Menteri mereka masih lagi tergantung ketika ini.


Meski Pas akan mengadakan Muktamar Agungnya di Kedah hujung minggu ini, namun Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menepis kemungkinan ada calon Perdana Menteri akan dinamakan.


Bila lagi Pas mahu berbuat demikian, sedangkan PRU16 hanya kira-kira dua tahun saja lagi daripada sekarang?


Dalam hal ini, adalah disarankan agar Pas tidak terlalu berlengah dalam memuktamadkan calon Perdana Menteri untuk mewakili PN.


Kalau setuju dengan Muhyiddin, sokonglah dan kalau tak setuju, kemukakan calon lain.


Selepas itu buatlah keputusan muktamad melalui mesyuarat PN.


Lagi cepat calonnya dinamakan, lebih mudah nakhoda memulakan gerak kerja pelayaran ke arah memenangi PRU16 akan datang.


Sebagai parti yang memenangi paling banyak kerusi Parlimen dan telah terbukti  disokong oleh majoriti pengundi Melayu di negara ini, Pas seharusnya memiliki keyakinan yang lebih tinggi dalam hal ini.


Persefahaman antara Pas dan Bersatu dalam memuktamadkan siapa calon Perdana Menteri adalah mustahak agar nakhoda yang dipilih dapat mula merangka pelan pelayaran sehingga benar berjaya dapat sampai ke destinasi impian.


Lagi satu, apabila calon Perdana Menteri sudah dimuktamadkan,  pemimpin yang dipilih sebagai nakhoda pun taklah teragak-agak lagi nak mengeluarkan duit belanja menggerakkan jentera parti. – ShahbudinHusin 10Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/pas-tak-harus-berlengah-lagi-namakan-calon-pm11/




BILA ADA MARUAH. KERJA TAK BUAT PONTERNG MAKAN GAJI BUTA PUN MASIH KEMATU.

 


MSO


Seorang ahli parlimen (DPR) dari parti Garindra Rahayu Sarawasti meletak jawatan kerana merasa bersalah kepada masyarakat ekoran podcastnya yang disunting dan boleh menyakiti hati masyarakat.





Kerana merasakan bersalah beliau ambil responsibiliti melepas jawatan itu.


Demikian gentleman dan bermaruahnya wakil rakyat Indonesia. 👍


Berbeza dengan wakil rakyat di negara kita walaupun disumpah dicemuh rakyat, tetapi tetap terkunci di kerusi.😪 Trims.



JANGAN LUPA KES INI

 


LIP SERVICE 






Seminggu dah tulis pasal Zara, Faris jangan kita lupa. 


Faris was not as lucky as Zara. 


Masa mula2 kesnya terjadi, walau punya fakta yang scandalous sekali. Dia tiada pejuang politik, pejuang aktivis yang membantu. Kes bunuh dia cepat2 ditutup sebegitu. 


“Pelajar tahfiz ditemui mati tergantung di sebuah Maahad di Kok Lanas” selepas itu difitnah lagi bunuh diri. 


Patutnya sudah boleh menggerakkan solidariti seluruh Kelantan. Tapi ini tidak terjadi. 


Mangsa dan ibubapa nya dibiarkan mencari keadilan seorang diri. Ahli Parlimen mereka sanggup merentas Laut Cina Selatan mencari keadilan untuk seorang Adik di Sabah. Tapi untuk Faris, dari dulu beliau buat tak endah. 


Ketika saya bersetuju bantu kes ini bersama rakan2. Banyak points vivid yang boleh ditunggang. Untuk bangkitkan emosi dan buat persepsi. Tetapi kami tahu batas kami. 


Walaupun cover up obvious. Sekolah dan YIK jelas cuai dalam menjaga kebajikan mangsa. Arwah difitnah dirasuk jin juga 🙄 


Yelah, mencari pembunuh satu hal. Mereka yang lindungi jenayah, siap fitnah mangsa. Musnahkan crime scene juga. Perlu ambil tanggungjawab ya. 


Walaupun begitu, takdelah pulak kami main sentimen kebencian. Suruh pemimpin politik letak jawatan. Atau buat persepsi VVIP Kelantan terlibat. 


Walau ada butiran yang sangat menjengkelkan, saya marah pada mereka ni tahap gaban. Saya tahu, menjaga aib Faris lagi mustahak. Biar semuanya terbuka di Mahkamah. 


Tapi ini halangannya sekarang. Pemimpin politik masih main wayang. 


Memorandum keluarga minta Menteri Besar agar  diberi laluan untuk saman YIK dan Sekolah di Mahkamah. Ini tidak dijawab. Dia pusing tanggungjawab ke Kerajaan Pusat. 


Kerajaan Pusat sudah buka kes kembali. Sanggup berjumpa kami walau pun kami menyaman PDRM dan Menteri. AG dah beri janji. 


Tapi di peringkat Negeri berpusing2 lagi. 


Dalam DUN nampak ikhlas dah nak membantu Faris. Tapi sampai sekarang macam lip service. Ibubapa menanti. Tiada siapa yang kunjungi. 


Kalau tiada sambutan. Maknanya kami kena pergi ke autoriti lebih tinggi. Dan bawa Kuasa Rakyat bersolidariti. 


In sya Allah hingga keadilan tertegak, kami tidak akan berhenti. 


Doakan untuk Faris rakan-rakan. Jangan give up dengannya. 12 tahun menunggu di alam sana. 


Moga para Penguasa terbuka hati membantu menegakkan keadilan. Buat seorang Hufaz & pengawas, penghafaz Al-Quran. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



SUWEY BERTINGKAT TINGKAT

 𝗞𝗶𝗳𝗮𝗿𝗮𝗵 3 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 1.



Baru je beberapa minggui 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 menjerit 𝗧𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. Malangnya DS Anwar tak terjejas sedikit pun. Sebaliknya sekarang ahli partinya sendiri yang jerit 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻.


Setidaknya yang menjerit Turun Anwar adalah 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 beliau. Kita tahulah musuh memang tak akan senang dengannya. Tapi Mahiaddin ni, yang jerit tu 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Mahiaddin pun kita kenal orang yang 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 masa nak jadi PM dulu dan juga lepas PRU15. Sekarang ni 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 kumpul tandatangan untuk 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮.


Dan mereka bacakan doa 𝗾𝘂𝗻𝘂𝘁 𝗻𝗮𝘇𝗶𝗹𝗮𝗵 agar Allah 𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 kumpulan yang mereka gelarkan 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵. Akhirnya mereka sendiri berantakan. Siapa musuh Allah sebenarnya ni?


Menarik video pendek ni. Bagaimana kejahatan yang Mahiaddin buat beberapa tahun ini 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝘁𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮 dalam satu malam sahaja. Berapa punya suwey la dia ni.


Paling menarik, tengok reaksi Mahiaddin masa ahli partinya bercakaran. Apa dia buat? Dia 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 je. Terus je baca teks seolah-olah tiada apa pun yang berlaku. Jadi 𝗸𝗮𝘆𝘂 terus.


Tapi memang begitulah sifat Mahiaddin. Masa jadi PM dulu pun, macam tulah dia. Rakyat setiap hari menjerit susah. Dia 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗿𝗸 je. Siap sempat lagi dia 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Mahiafdin ni 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 pun tak mampu tapi ada hati nak jadi PM lagi. Kalau parti yang ahlinya setakat 𝗱𝘂𝗮 𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 pun tak mampu jaga, mampu ke dia nak jaga negara?


Bersatu sebelum ni pernah dakwa Mahiaddin 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 untuk jadi PM sekali lagi. Tengok tengok sokongan ahli sendiri pun dia tak ada. Tutup kedai je la Mahiaddin oi.


Ini sepatutnya 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 buat lebai. Tak usah lagi tunggang agama demi kuasa. 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗱𝗶𝗹. Semua yang lebai kata, dah berbalik kepada PN. Tak nampak lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



JERIT JERIT PAS TU TIBAI DUIT

 𝗝𝘂𝘀𝘁𝗶𝗰𝗲4𝗭𝗮𝗿𝗮

𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴4𝗟𝗲𝗯𝗮𝗶





𝗟𝗲𝗯𝗮𝗶 kalau bab menunggang memang 𝘦𝘹𝘱𝘦𝘳𝘵. Habis semua isu dia tunggang. Satu untuk 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮, satu lagi untuk 𝗱𝘂𝗶𝘁. Video ni jelas tunjuk. Bukan tuduh tapi dia sendiri yang kata. 


Lebai kutip derma untuk apa? Dia sendiri cakap yang 𝗶𝗯𝘂 𝗭𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝘂𝗶𝘁. Dah dia gatal kutip tabung tu untuk apa? Sebab nak tampung kos ceramah tu? 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘀𝘂𝗿𝘂𝗵 buat ceramah?


Lebai terjerit-jerit macam orang gila sebenarnya untuk apa? Dengan terjerit macam tu, 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗿𝘄𝗮𝗵 𝗭𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁? Apa kesan ceramah dia dalam kes arwah tu? Ada?


𝗜𝗻𝗸𝘂𝗲𝘀 kan sedang berlangsung sekarang. Keadilan sedang diusahakan. Kebenaran sedang dicungkil.


Lebai sebenarnya nak 2 perkara je. Satu, lebai guna isu ni untuk hasut rakyat supaya bencikan kerajaan. Kedua, lebai gunakan untuk 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗺𝗶𝗹𝗼. 


Soal kebenaran, keadilan, semua tu boleh 𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗽𝗶. Asal lebai boleh maik pentas fitnah kerajaan, lepas tu dapat 𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗺𝗶𝗹𝗮, matlamat lebai dah pun tercapai. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KITA BERSATU...






 Pada pandangn i lah mengenai rakan lama kita yaitu parti peribumi bersatu Malaysia ini. Jika kita tngk saje parti dia dngn isu dalaman cukup hebat kerana i ada tngk chatgpt bahawa benarkah ada kem dlm parti bersatu ini dan dlm chatgpt tulis :

1.Kem Muhyiddin Yassin – simbol pengasas & penyatu parti.

2.Kem Azmin Ali – strategi politik & hubungan luar, calon pelapis Presiden.

3.Kem Hamzah Zainudin – kawal jentera & akar umbi, lantang dan agresif.

Kesan:

•Setakat ini masih bersatu di bawah Muhyiddin.

•Pertembungan besar dijangka bila Muhyiddin berundur.

•Isu utama: siapa pewaris dan calon PM ke-11 daripada BERSATU.


Jadi apa yg i nak sampaikan bahawa jika ya PN menang pru-16 kemungkinan besar bersatu jadi PM dan apa yg i nk cakapkan lagi rakn kita seperti UMNO perlu merasakan Bersatu ini sebagai saingn utama kerana i percaya walaupun bersatu ini kita tngok macam tu sahaja tapi dia blh menjadi pensebab tarikan orang UMNO undi parti perikatan nasional dan jika bersatu masih bekerjasama dngn walaun PAS, mungkin sukar untk kita rampas Terengganu Kelantan Kedah Perlis. 



Bg pada sendiri i pun sebgai penyokong DAP, i x rasapun Gerakan,MCA dan MIC ini sbgai saingn utama sbb mereka tidak lagi hebat macam dlu tpi i merasakan bersatu sbgai saingn utama walaupun dia ada isu dalaman lebih2 lg dia bekerjasama dngn parti walaun seperti pas dan telah mempunyai keahlian hampir 700 ribi dan ahli sayap bersekutu 30 ribu lebih dan ini membuatkan bersatu antara parti ke-4 terbesar d Malaysia. Jd I mohon kerjasama PH BN lebih kukuhkan lg untuk sekat PN tawan Putrajaya pd pru-16 ini. PH BN perlu kuatkan turun padang dan sama2 jaha kerajaan PERPADUAN dan kekalkan PMX YAB Anwar Ibrahim sbgai PM-10 dan PM yang akan seterusnta dtg 💪🏽❤️💙




PUAK BANGAL KAWARIJ

 

Che Ibrahim


Kadang kadang ambo tak percaya sejauh ini kebencian mereka kepada Dap sehingga tergamak menghina ulama' sendiri...





𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒





Hasil dari perbincangan dengan our legal advisor, laporan polis yang dicadangkan hanyalah melibatkan kes-kes yang disokong oleh bahan pembuktian.


Berikut merupakan text yang dicadangkan:


--------------------


Pada [𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡], jam [𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮], ketika saya berada di [𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢], saya terbaca pelbagai hantaran mengenai perlakuan jenayah yang telah didedahkan oleh halaman Facebook yang bernama Semut Berapi (SB).


Link halaman Facebook SB adalah seperti berikut:


https://www.facebook.com/profile.php?id=61575719861905 


Saya dapat tahu bahawa admin page ini adalah orang yang sama yang telah menjadi admin page yang sebelum ini dikenali sebagai Pseudoscience Watch, PW Community, Scam No One, Penjaga Lebah, Tebuan Garang dan Naga Slayer.


Admin Facebook SB pernah menjadi ‘whistleblower’ dan membantu pihak berkuasa untuk menumpaskan pelbagai jenayah khususnya jenayah penipuan yang membahayakan orang ramai seperti kes GISBH (Ops global), CSA Academy (Ops Sky), XFOX, Quantum Metal dan banyak lagi.


Hal ini telah membuatkan saya berasa lebih berminat untuk membaca pendedahan terbaru yang telah dibuat oleh page ini. 


Setelah membaca, saya berasa amat terkejut kerana page ini telah membuat pendedahan mengenai seorang individu terkenal yang bernama Mohammad Ya’akubk Yusra Bin Mohd Yusof (K/P: 910106-11-5811) yang merupakan pengasas kepada Murtadha Dakwa Centre (MADAD).


Antara pendedahan yang telah dibuat oleh page ini adalah seperti berikut:


1. Facebook SB telah membuat pendedahan mengenai kes jenayah pecah amanah yang dilakukan oleh Mohammad Ya’akub Yusra Bin Mohd Yusof iaitu, pada tarikh 12/9/18. Beliau telah memindahkan wang milik Kompleks Dakwah Darul Murtadha (KDDM) sebanyak RM579,000 kepada akaun syarikat miliknya, Triple Y. Ada akuan bersumpah dibuat pada tarikh 8/5/19 oleh bendahari KDDM bernama Bob Effendy yang menyatakan bahawa Mohammad Ya’akub Yusra Bin Mohd Yusof mendesak Bob untuk tandatangan cek kosong.


2. Selain itu, pada bulan November 2018, Board of Director (BOD) KDDM telah mengesan bahawa Mohammad Ya’akub Yusra Bin Mohd Yusof juga telah memindahkan wang KDDM sebanyak RM1,228,550.75 kepada akaun syarikat Murtadha Construction milik beliau menerusi beberapa transaksi. Kedua-dua ini telah dilakukan tanpa persetujuan dan tanpa pengetahuan BOD KDDM. 


3. Facebook SB juga membuat pendedahan mengenai Mohammad Ya’akub Yusra Bin Mohd Yusof yang dikatakan telah mencuri wang zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Beliau dikatakan telah mengubah angka dan tulisan jumlah kutipan pada Resit Rasmi Bayaran Zakat Harta (No. SIRI: 60026) dari angka RM23,000 kepada angka RM2300. Ini bermakna, wang zakat yang dikatakan telah dicuri oleh beliau adalah sebanyak RM20,700. Selain itu, beliau dikatakan telah mendaftar KDDM sebagai amil zakat negeri Kedah tanpa pengetahuan BOD KDDM dan kutipan zakat tidak diserahkan kepada LZNK. Akibatnya, pihak KDDM terpaksa menanggung hutang sebanyak RM66,206 kerana dituntut oleh LZNK.


4. Selain kes pecah amanah, Facebook SB juga membuat pendedahan mengenai kegiatan penggubahan wang haram yang dikatakan telah dilakukan oleh Mohammad Ya’akub Yusra Bin Mohd Yusof. Antaranya ialah beliau dikatakan telah membuat modus operandi seperti berikut:


Pertama - Membuat kutipan derma atas nama untuk pembangunan institusi Islam dan menawarkan eBook percuma sekiranya seseorang menderma.


Kedua - Setelah jutaan ringgit wang derma berjaya dikumpul, wang derma untuk pembangunan institusi Islam diisytihar sebagai keuntungan syarikat hasil jualan eBook.


Pendedahan yang telah dibuat oleh Facebook SB lengkap dengan pelbagai dokumen dan pembuktian. Pihak berkuasa boleh melayari link Facebook SB yang saya berikan di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut dan untuk mendapatkan bukti-bukti berkaitan.


Tujuan saya membuat repot ini adalah supaya pihak berkuasa seperti PDRM dan SPRM membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Mohammad Ya’akub Yusra Bin Mohd Yusof.


Antaranya ialah di bawah seksyen 405 Kanun Keseksaan (jenayah pecah amanah), 409 Kanun Keseksaan (jenayah pecah amanah melibatkan agen), 420 Kanun Keseksaan (jenayah penipuan) dan AMLA.


Sekian laporan oleh saya.


--------------------


1. Copy text masuk dalam thumb drive, boleh guna MS Word atau mana-mana text editor


2. Bawa ke balai polis berdekatan


3. Copy text masuk ke dalam laporan polis, kalau nak tambah apa-apa dialu-alukan


Insya Allah, sama-sama kita usaha untuk hentikan perbuatan makhluk hina yang persendakan dan pergunakan agama demi keuntungan dunia.