Alif Jamil
Ramai yang mungkin terlepas pandang satu berita yang keluar bulan lepas.
Bank Negara Malaysia baru umumkan rezab antarabangsa negara meningkat ke AS$121.3 bilion pada hujung Julai 2025.
Menurut data rasmi dari The Edge Malaysia, rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Julai 2025 meningkat kepada USD121.3 bilion iaitu tahap tertinggi dalam tempoh sedekad.
Ya, tertinggi sejak 10 tahun.
Kenaikan sebanyak 400 juta USD ni bukan saja mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara, malah ia menunjukkan kecekapan Bank Negara dlm mengurus aliran masuk modal, kadar tukaran ringgit dan struktur kewangan luar.
Apa maknanya ?
1. Malaysia cukup simpanan untuk tampung 4.8 bulan import.
2. Rezab negara lebih besar dari 90% hutang luar jangka pendek
3. Negara ada simpanan dlm bentuk emas, SDR, dan aset kewangan yang lain.
4. Keyakinan pelabur makin pulih.
5. Dasar kewangan negara makin baik.
Ini semua bukan berlaku secara kebetulan.
Ia berlaku walaupun negara sedang berdepan hutang melebihi RM1.5 trilion, dalam keadaan global yang penuh tekanan akibat perang Rusia Ukraine belum reda..
Konflik Isrqel–Pqlestin yg memuncak dan ekonomi dunia pulak masih dihantui inflasi dan ketidaktentuan pasaran.
Tapi dlm suasana macam tu pun, kerajaan Madani tetap konsisten baiki kerosakan lama walaupun hari² dihentam, difitnah dan dicaci oleh pihak yg tak pernah puas dgn kuasa.
Hakikatnya, kerajaan Madani bukan sedang menjahanamkan negara seperti yg didakwa.
Sebaliknya, kerajaan hari ini sedang membina semula negara yg pernah rosak teruk akibat sistem lama, ketirisan kronik dan kerakusan kuasa masa lalu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.