PENIPUAN DALAM TALIAN


 💻 Tindak Balas Pantas, Keselamatan Terjamin — Reformasi MADANI Perangi Penipuan Siber


Sebagai respons segera atas peningkatan jenayah kewangan dalam talian, Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) kini diterajui sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) — berkuat kuasa serta-merta.


NSRC berperanan mempercepat tindakan pengesanan dan penyekatan penipuan dalam talian, membolehkan kerjasama rentas agensi dilaksanakan secara lebih efektif dan bersepadu.


Sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan dalam negara, KDN komited memperkasakan sistem tindak balas negara melalui pendekatan Kerajaan MADANI yang lebih pantas, cekap dan responsif.


Keselamatan digital rakyat ialah keutamaan kami.


Terus kita RANCAKKAN MADANI.


#RancakkanMADANI

#MalaysiaMADANI

#KDNReformasiMADANI

#MadaniBekerja

#KDNInovasiMDN

#KDNYakinMADANI




PN PAS KENA NAYA LAGU NI


 RMS


Tahniah PN/PAS orang umno sendiri jadi AGC. Nak sangatkan ambik kau. Pas bodoh berpisah tiada. Lepas ini jgn cuba2 petik nama pmx. Keluar mulut buaya masuk mulut harimau. #TurunPasKelantan





Hmmm.. Nak sangat kan.??


Hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Wan Ahmad Farid Wan Salleh disebut-sebut sebagai Ketua Hakim Negara yang baru menurut portal The Straits Times


Sebelum menjadi hakim, Wan Ahmad Farid merupakan Timbalan Menteri UMNO dan pernah bertanding di dalam PRK Kuala Terengganu pada tahun 2009


Ceita ustaz scamer secara galian lebih dalam.


Jeff






Selepas pendedahan dia sebar video lucah 4 org isterinya, berikut hasil galian kerja2 scamer dak farid ustat jadian ini:


Seorang Mutawif Mahmood bin Sa‑ah dan pengalamannya ditipu dalam kes berkaitan Ustaz jadian Farid Abu Auliya:


Siapakah Mahmood dan apa yang berlaku?


Mahmood bin Sa‑ah ialah mutawif berpengalaman yang menguruskan jemaah Umrah dan Haji untuk agensi-agensi di Mekah dan Madinah. Beliau tampil mendedahkan bahawa beliau telah memikul hutang atas namanya akibat tindakan yang melibatkan Ustaz Farid.


Kronologi Peristiwa


3 Mac 2023 – Mahmood dihubungi oleh Farid untuk menangani rombongan Umrah beliau. Semasa urus pembayaran hotel, Farid mendakwa akaunnya bermasalah dan memohon supaya Mahmood membuat pembayaran atas namanya, dengan jaminan akan dibayar balik setelah pulang ke Malaysia.  


Mahmood akhirnya membayar secara penuh, tapi selepas itu Farid menghilangkan diri dan tidak membayar semula pun, malah mengabaikan semua panggilan/mesej dari Mahmood.  


Hutang tersebut menyebabkan hotel mengheret Mahmood ke muka pengadilan di Mekah, dan beliau dipenjara selama sebulan, meskipun beliau hanya melaksanakan permintaan Farid.  


1. Kerugian reputasi – disenarai hitam oleh pihak hotel, reputasi sebagai mutawif tercalar.


2. Kerosakan kewangan – menanggung hutang yang seharusnya milik Farid.


3. Kesan mental dan kerjaya – tempoh dipenjara menimbulkan tekanan mental dan ganggunan pada kerjaya.


Wanita2 lain yang di scam Ustaz jadian ini:


1. Wanita 41 tahun di Shah Alam – membayar RM60,000 melalui WhatsApp untuk projek jemaah umrah .


2. Wanita 39 tahun di Bukit Jelutong – tiga transaksi berjumlah RM60,000 Ogos–September 2020 untuk projek sekolah agama .


3. Wanita 44 tahun di Wangsa Maju – membayar RM80,000 sebagai pelaburan dalam membeli sekolah agama, juga melalui projek yang sama .


Jumlah gabungan kesemua ini ialah RM200,000.


Farid memanipulasi kepercayaan wanita-wanita ini, menggunakan alasan agama dan dakwah untuk mendapatkan dana.


Mungkin ada wanita lain lagi? 


Nanti bongkar lagi.




APA PULAK GOLONGAN MAJORITI KATA BAB KPG SG BARU




Spark Nauza



 Tak sampai la pida.. patut la level pelakon tak berapa laku.. orang pun tak berapa kenal.


Tapi kenapa erk dia hentam kerajaan harini je.. serang Anwar Ibrahim.


Padahal kes bukan zaman Anwar pun.. 

Tanah kena rampas pakai Akta Pengambilan Tanah 1960 masa zaman Pas jadi kerajaan aritu.


Tapi kenapa Anwar yang salah?.. Cuba walaun bagitau kejap.




LIHAT . MACAM GINI KAH NAK PILIH JADI KERAJAAN.



 Pembangkang dakwa, Kerajaan hari ni dipimpin diktator, kebebasan bersuara disekat, intimidasi politik, kritik PMX ditangkap...


Anda lihat sendiri.. golongan yang mendakwa hak dan kebebasan mereka ditindas..




YB PAS Ahmad Marzuk; LUPA DARATAN, LUPA PERJUANGAN RAKYAT?


Sham Ghaz


Sebagai anak Kelantan dan pencinta tanah air ini, saya terpanggil untuk menjawab sikap tidak beradab dan tidak bersyukur sesetengah wakil rakyat — termasuk YB Marzuk Shaary, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa — terhadap usaha bersungguh-sungguh kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah membawa anjakan sebenar kepada kemajuan Kelantan, khususnya Parlimen Pengkalan Chepa.















Untuk yang ingin menilai atak sebenar YB Marzuk, lihat sendiri video bagaimana kereta rasmi beliau/driver meluncur secara berbahaya di jalan raya — seolah-olah tiada peraturan yang mengikat pemimpin yang patut menunjukkan tauladan: Lihat cara dia/driver dia memandu kenderaan Plat P45 https://www.facebook.com/share/v/19R8qLW5Hp/?mibextid=wwXIfr


APA PROJEK FEDERAL YANG TELAH DILULUSKAN UNTUK PENGKALAN CHEPA?


Mari kita semak secara fakta dan telus — tanpa emosi partisan — apa yang telah diusahakan oleh Kerajaan Madani untuk rakyat Kelantan:


1. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)


 • RM440 juta tambahan diluluskan.

 • Naik taraf sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa – membolehkan penerbangan terus ke Mekah dan destinasi antarabangsa lain.

 • Impak: peluang pekerjaan, pembangunan hiliran, dan lonjakan pelaburan luar.


2. Jambatan Penambang ke Palekbang (RM300 juta)


 • Jambatan strategik merentas Sungai Kelantan.

 • Akan membuka kawasan baharu pembangunan ekonomi dan perumahan di seberang sungai.


3. Pelebaran Jalan Kubang Kerian – Panji – Airport


 • Dianggarkan puluhan juta ringgit.

 • Penyuraian trafik, kemudahan logistik dan keselesaan pengguna harian.

 • Memperkasa akses antara pusat bandar – hospital – lapangan terbang – kawasan pendidikan.


4. Jambatan Kampung Gajah ke Kampung Senok (RM58 juta)


 • Laluan strategik pesisir yang akan memudahkan pergerakan rakyat dan hasil tani ke pasaran.


5. Jambatan Kampung Sabak (RM15 juta)


 • Projek ini diperjuangkan oleh arwah Mejar Mat, tokoh PH tempatan yang sangat prihatin.

 • Sebuah penghormatan kepada pejuang akar umbi yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segalanya.


JUMLAH: HAMPIR RM1 BILION DILULUSKAN UNTUK PENGKALAN CHEPA SAHAJA


Ini bukan retorik. Ini bukan angan-angan.

Ini ialah hasil keprihatinan pimpinan PMX Anwar Ibrahim dan barisan menteri yang bekerja tanpa lelah untuk Kelantan — negeri yang sekian lama dipinggirkan pembangunan kerana ketaksuban politik sempit.


TETAPI MALANGNYA…


YB Marzuk, selaku Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, masih memilih untuk menidakkan usaha baik ini.

Lebih banyak masa dihabiskan dengan berpolitik di pentas retorik, menghina PM, mencipta naratif sengaja menakut-nakutkan rakyat — bukan merancang pembangunan setempat.


Satu persoalan besar:


Apa yang YB Marzuk pernah bawa ke Pengkalan Chepa sejak menang?


✔️ Berapa jumlah pelaburan?

✔️ Berapa projek baru hasil inisiatif sendiri?

✔️ Berapa masalah rakyat telah selesai?


Malangnya, rekod prestasi sangatlah tipis. Lebih banyak menjadi pengulas media sosial berbanding perancang ekonomi kawasan.


BANDINGKAN DENGAN PEMIMPIN YANG MENGHARGAI PMX


Lihat bagaimana Menteri Besar Kelantan sendiri telah mengakui dan mengucapkan terima kasih kepada PMX atas komitmen pembangunan yang dicurahkan.

Ini contoh politik matang — bukan politik marah-marah setiap hari.


UNTUK ARWAH MEJAR MAT, UNTUK MASA DEPAN PENGKALAN CHEPA


Kita tidak boleh biarkan pembangunan rakyat disekat oleh pemimpin yang lupa daratan, lupa realiti, dan lupa tujuan asal mereka diberi mandat.


Sudah sampai masa rakyat menolak pemalas politik dan memilih yang benar-benar membawa manfaat.


Al-Fatihah untuk arwah Mejar Mat, pejuang rakyat Pengkalan Chepa yang tidak sempat melihat jambatan Sabak siap. Semoga perjuangan beliau disempurnakan oleh pemimpin-pemimpin baharu yang lebih jujur dan progresif.


JALAN TERUS! REFORM.


Syam Ghaz




PENAT LAGU NIM









Penat weh... Setelah lebih 35 tahun Membangun Bersama Islam, kejadian kejadian seperti ini tak sepatutnya masih berlaku di Kelantan.



MENENTANG RASUAH ADALAH PERKARA UTAMA MEMULIHKAN INTERGRITI NEGARA

 


Perjuangan kita menentang rasuah adalah mutlak dan penting untuk memulihkan integriti, melindungi kepentingan awam, dan membina semula kepercayaan rakyat. 








Saya maklumkan perkara tersebut ketika berucap di ‘International Conference On Governance And Integrity 2025”,  sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited kepada pertumbuhan inklusif dan lestari yang dipacu tadbir urus baik dan ekonomi dinamik untuk semua.


Malaysia juga komited untuk mencapai tahap integriti yang lebih tinggi, menyasarkan kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2033 melalui Strategi Anti-Rasuah Nasional. 


Malah, sebagai Presiden Perhimpunan International Anti-Corruption Academy (IACA) buat kali pertama, kita tekad untuk memimpin dengan teladan dalam memperkukuh tadbir urus dan usaha anti-rasuah di peringkat global.


Perjuangan menentang rasuah bukan mudah lebih-lebih lagi apabila melibatkan golongan elit berkuasa, namun ia adalah tanggungjawab bersama yang menuntut keberanian, kesatuan, dan pendirian tegas demi keadilan dan ketelusan.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja




PM ANWAR MEMPENGERUSIKAN MAJLIS PERANCANGAN FIZIKAL NEGARA

 

Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara dan meneliti pelbagai cadangan pembangunan merangkumi aspek perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri, seperti termaktub di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).









Susulan pencapaian Malaysia yang melonjak 11 anak tangga dalam IMD World Competitiveness Ranking 2025, daripada kedudukan ke-34 ke tangga ke-23 yakni kedudukan terbaik dalam tempoh lima tahun, saya menyeru pihak terbabit terus memperkukuh tekad dan usaha memperbaiki ‘ease of doing business’ di negara ini.


Antara langkah yang mendesak adalah pelaksanaan reformasi menyeluruh terhadap tatakelola dan sistem penyampaian perkhidmatan awam, agar lebih cekap, telus dan berintegriti.


Langkah ini penting bagi menjamin kemakmuran negara, meningkatkan keyakinan pelabur, dan yang paling utama, memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi teras utama pembangunan.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja




TAKKAN NAK BERAT SEBELAH KALAU KES HAMPIR SAMA.

 


NURUL IZZAH SELAMATKAN ‘KUMPULAN 9’?


15 July 2025


Dengan hadirnya Nurul Izzah Anwar menyertai perarakan Majlis Peguam semalam, sebagaimana ditulis dalam artikel sebelum ini,  ia antara lain adalah untuk menunjukkan tindakan Rafizi Ramli bersama lapan Ahli Parlimen PKR bersuara berkaitan isu kehakiman bukan sesuatu yang salah daripada segi disiplin parti.


Walaupun ada desakan daripada sejumlah Ketua Cabang PKR yang mahu Kumpulan 9 itu dikenakan tindakan disiplin serta digantung keahlian, malah Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh sendiri menyatakan sedia menelitinya, tetapi dengan apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah semalam,  segala-galanya kini ibarat bunga kembang tak jadi.


Ini kerana Nurul Izzah adalah Timbalan Presiden PKR dan paling penting, beliau merupakan anak kepada Anwar Ibrahim, Presiden PKR serta Perdana Menteri.


Logiknya, jika PKR mahu mengambil tindakan terhadap Rafizi dan lapan lagi Ahli Parlimen itu kerana bersuara berkenaan isu kebebasan kehakiman, hal yang sama mesti juga dilakukan terhadap Nurul Izzah.


Akhirnya, taubat lahum Lembaga Disiplin PKR tidak berani memgambil apa-apa tindakan.


Secara langsung, kehadiran Nurul Izzah dalam perarakan Majlis Peguam itu telah menyelamatkan nasib Rafizi dan lapan  Ahli Parlimen berkenaan.


Ertinya, tiada ada-apa tindakan disiplin atau gantung keahlian akan diambil terhadap Kumpulan 9 itu selepas ini.


Ternampak di sini bahawa PKR belum bersedia untuk kehilangan Rafizi dan rakan-rakannya lantaran jika itu berlaku ketika kerajaan berdepan pelbagai isu, defisit  sokongan terhadap PKR dan kerajaan makin bertambah besar lagi.


Kiranya tindakan disiplin atau gantung keahlian diambil, apa yang dibimbangi juga ialah ia memungkinkan Kumpulan 9 itu lebih agresif lagi menekan kerajaan dalam pelbagai isu semasa.


Dalam konteks kehadiran Nurul Izzah pada perarakan Majlis Peguam semalam, adalah diipercayai ia dilakukan dengan restu dan kebenaran daripada Anwar sendiri.


Tidak mungkin Nurul Izzah berani pergi ke perarakan itu jika tiada kebenaran atau restu daripada bapanya.


Dengan Nurul Izzah sebagai anak Perdana Menteri hadir dalam perarakan itu, meskipun tujuan perarakan ialah untuk menyatakan pendirian berkaitan isu kehakiman, sekaligus menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, panasnya isu yang dibangkitkan turut berjaya disederhanakan.


Paling penting, dengan tumpuan lebih diberikan kepada kehadiran Nurul Izzah, perhatian masyarakat kepada tujuan sebenar himpuan tersebut seolah-olah telah teralih arah tujuan.


Kita boleh lihat sendiri, sejak semalam hingga ke hari ini, yang terus diperkatakan ramai hanyalah tentang kehadiran  Nurul Izzah dan bukan berkenaan tuntutan Majlis Peguam berkaitan isu kehakiman. – ShahbudinHusin 15July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/nurul-izzah-selamatkan-kumpulan-9/




PERHIMPUNAN AMAN OK...KERAJAAN PM ANWAR TAK LARANG..TAPI SELAGI 154 KERUSI KEKAL...ANWAR SWLAMAT SWJAHTERA SAJA.

 


JANGAN PANDANG RINGAN HIMPUNAN RAKYAT


16 July 2025


Selepas perhimpunan Majlis Peguam Isnin lalu, himpunan yang kini banyak diperkatakan ramai ialah Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka, 26 Julai depan.


Blok pembangkang nampaknya mula mengatur mobilasasi dengan mengadakan siri ceramah di beberapa tempat terlebih dahulu.


Ghairahnya blok pembangkang dengan perhimpunan tersebut, selain disebabkan banyak isu panas dalam negara, ia juga  kerana sekarang ini mengadakan perhimpunan aman adalah bebas daripada apa-apa sekatan berikutan Mahkamah Persekutuan pada 1 Julai lalu telah memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang sebelum ini mewajibkan pemberitahuan lima hari kepada pihak polis sebelum himpunan, adalah tidak berperlembagaan.


Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan menjangkakan, sekurang-kurangnya 50 ribu akan membanjiri Dataran Merdeka pada 26 Julai nanti.


Beliau turut berharap pihak polis membantu mempermudahkan himpunan tersebut sebagai memenuhi hak rakyat sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Dalam masa yang sama, Bersatu juga dilaporkan mula mengerahkan ahli-ahlinya untuk turut meramaikan perhimpunan tersebut.


Diberitakan, sejumlah NGO pro pembangkang akan turut sama menggerakkan ahli-ahli mereka.


Di pihak kerajaan pula, rata-ratanya memandang enteng perhimpunan 26 Julai ini dengan hujah bahawa Perdana Menteri tidak dapat dijatuhkan dengan cara demikian.


Kata mereka, Perdana Menteri hanya boleh dijatuhkan melalui undi tidak percaya di Parlimen atau ketika PRU yang diadakan setiap lima tahun sekali.


Hujah di atas memang ada benarnya dan blok pembangkang sendiri tentunya sedar mengenai perkara tersebut.


Tetapi, jangan lupa, tekanan di luar Parlimen juga boleh membuatkan Perdana Menteri mengundurkan diri.


Contohnya, Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan pada 2020 adalah disebabkan tekanan di luar Parlimen berikutan tercetusnya Langkah Sheraton.


Akhirnya kerajaan PH 1.0 tumbang hanya selepas 22 bulan setelah berjaya menumbangkan BN.


Begitu juga dengan jatuhnya Muhyiddin Yassin pada 2021, ia adalah disebabkan tekanan di luar Parlimen yang digerakkan oleh UMNO yang diketuai Najib Razak dan Zahid Hamidi.


Ertinya, Perdana Menteri tidak semestinya dijatuhkan melalui undi tidak percaya di Parlimen atau ketika PRU semata-mata.


Jika kita imbas sebelum itu, Anwar sendiri pernah menggerakkan beberapa cubaan menjatuhkan Perdana Menteri seperti Projek 16 September 2008 dan usaha mengumpul akuan bersumpah ketika era Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri.


Sebab itu, pihak kerajaan tidak boleh memandang enteng dengan himpunan pada 26 Julai ini daripada segi kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku susulan daripadanya.


Dalam dunia AI sekarang, hampir tidak ada perkara yang mustahil  lagi.


Begitu pun, himpunan 26 Julai nanti, matlamat sebenar blok pembangkang ialah ia  merupakan satu bentuk rangsangan bagi menambah ghairah semangat rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU16 akan datang.


Lihat saja bagaimana sebelum BN dijatuhkan pada 2018 dahulu, kejayaan PH ketika itu antaranya adalah disumbangkan oleh himpunan demi himpunan yang dianjurkan Bersih beberapa tahun sebelumnya.


Setiap kali himpunan Bersih diadakan, laungannya ialah jatuhkan Najib dan tukar kerajaan.


Kali ini, jika selepas himpunan 26 Julai nanti, blok pembangkang terus mengadakan himpunan demi himpunan sehingga PRU16 diadakan, maka tidak mustahil sebahagian besar rakyat yang keluar mengundi nanti telah disemarakkan jiwa mereka dengan keghairahan untuk menukar kerajaan juga.


Pokoknya, jangan pandang ringan dan ambil mudah kerana bila rakyat mula seronok berhimpun, kerajaan semakin sukar untuk dipertahankan. – ShahbudinHusin 16July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/jangan-pandang-ringan-himpunan-rakyat/




DIARI SEORANG PEMANCING


Adrul Ad Adnan


 REZEKI BETUL dapat ketutu besar. plan asal nak mancing santai-santai je duduk bawah pokok.bawa umpan roti.











sampai je lokasi,baru turun kereta kat kaki lalu lipan bara besar.pucuk dicita ulam mendatang.lama dah aku nak cari lipan besar nak buat umpan ikan lais.dia datang menyerah diri.


satu pancing aku cangkuk la beberapa keratan lipan tu.target lais ataupun ikan baung.lama juga lah menunggu sentapan tapi tiada getuan.


sedang leka berborak tiba tiba joran melentur,cepat cepat aku capai.terasa berat tapi tak melawan.di pertengahan karauan barulah dia mula meronta.sangka kan ikan baung..rupa nya ketutu.


rezeki haritu terlepas,tuhan ganti lain.alhamdulillah..


tapi time lipan tu lalu aku tekejut,tereflek,terus tersepak lipan tu.patutnya aku tengok dulu kot kot dia ada bawa batu..😬




KATA KATA DARI SEORANG SAHABAT


 RR


𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡-𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡

𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡

𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥-𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡


Ada desakan supaya saya dan 8 lagi ahli parlimen PKR yang memulakan syor penubuhan RCI mengenai badan kehakiman digantung.


Maka ramailah ketua-ketua cabang di seluruh negara berlumba-lumba keluar kenyataan media mendesak kami digantung. Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh kata akan bentang kepada Majlis Pimpinan Pusat tidak lama lagi.


Saya perhatikan saja. Anggota parti biasa pun perhati. Rakyat pun perhati juga.


Nasihat saya, kalau main catur atau main dam haji, sebelum ghairah nak makan lawan, tengok dulu aturan kat sebelah kita.


Menggantung 9 orang ahli parlimen menyebabkan PKR tinggal 22 kerusi, lebih sedikit dari DAP, BN dan GPS.


Menggantung kami juga tidak menyelesaikan masalah kerana kami dibayar gaji oleh rakyat untuk bersuara bagi pihak mereka, jadi kami akan terus bersuara.


Menggantung kami memberi gambaran bahawa tidak ada ruang demokrasi dalam PKR, lebih-lebih lagi apabila ada ahli parlimen seperti Hassan Karim yang lebih teruk mengkritik Perdana Menteri sebelum ini, tetapi tidak ada tindakan pun.


Nasihat saya kepada pimpinan PKR peringkat cabang dari generasi yang baru menang selepas pemilihan baru-baru ini - PKR tidak dibina dengan menutup mulut.


PKR nampak dinamik kerana kita sentiasa bergerak secara organik dan memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk membawa isu rakyat tanpa mengikut hirarki atau jawatan parti. 


Kita juga diminati rakyat sebelum ini kerana kita paling cepat dan lantang bersuara dalam isu-isu rakyat.


Itulah amalan kami yang tua-tua ini sehingga PKR berjaya membentuk kerajaan dan membuka peluang kepada pimpinan baru, seperti ketua-ketua cabang ini, untuk menjadi orang besar dan berjawatan.


Sebab kalau belum tahu budaya dalam PKR, ini satu petua yang saya nak kongsi:


𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡-𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡

𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡

𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥-𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡




SEMOGA BERPUAS HATI.




 Harap semua puas hati. Perlantikan 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 nanti akan diputuskan oleh 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗥𝗮𝗷𝗮-𝗥𝗮𝗷𝗮. Jadi tak timbul dah soal DS Anwar masuk campur. Tapi jangan kata MRR yang masuk campur pulak.







Sebab tu aku kata SEsiapa yang tuduh PMX campuri urusan kehakiman bererti menghina MRR. Macamlah raja-raja Melayu 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗸𝗮𝘆𝘂, boleh diperbudakkan oleh DS Anwar. Jangan macam tu.


DS Anwar pun dah sahkan nama yang disebut-sebut oleh banyak pihak tak termasuk dalam senarai. Lepas ni nak buat isu apa lagi?


Kesian DS Anwar. Dari muda sampai ke tua tak sudah difitnah. Tapi beliau kekal tenang. Tapi di akhirnya, si 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗹𝘂 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Terbukti tuduhan itu hanyalah usaha untuk membentuk 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝘁𝗶𝗳.


Aku, kalau tak percaya DS Anwar pun, aku masih lagi percaya 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴. Orang Johor pasti tahu Sultan mereka bukan yang jenis boleh digula-gulakan. Sebab tu aku dari awal tak rasa perkara ni isu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BAHAYA KALAU NYANYUK MAKSIMUM. LAIN TANYA LAIN HANG JAWAB. KIOK

 


Sebenarnya kenyataan dari 𝗧𝗮𝗸𝗶𝘆𝘂𝗱𝗶𝗻 ni tak salah. Memang pemimpin utama bulan guna kudrat pun. Selagi akal berfungsi, maka masih layak memimpin.






Yang jadi masalahnya bila akal pemimpin tu dah tak berapa boleh pakai. 𝗟𝗮𝗶𝗻 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮, 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗱𝗶𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯𝗻𝘆𝗮. Nyanyuk maksimum. Hari ni cakap lain, esok cakap lain pulak. Dalil pun habis 𝗱𝗶𝗽𝘂𝘁𝗮𝗿-𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻.


Kadang-kadang tengok Hadi tu dan macam 𝗯𝗼𝗻𝗲𝗸𝗮 je. Ada 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗶𝗻 yang gerakkan dia. Jadi hari ni dah tak macam Hadi yang aku nampak masa aku jadi ahli PAS dulu (tapi aku bukan walaun).


Kalau rajin baca tulisan Hadi, tentu perasan 𝘯𝘢𝘥𝘢 Hadi dah 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮. Dah macam bukan dia yang tulis. 𝘎𝘩𝘰𝘴𝘵 𝘸𝘳𝘪𝘵𝘦𝘳? Entah. Tapi tulisannya sekarang penuh 𝗿𝗲𝘁𝗼𝗿𝗶𝗸𝗮 dan banyak merapu.


Ada orang yang nak gunakan PAS untuk kepentingan diri. Orang tu tak ada sokongan akar umbi, tapi dapat kepercayaan Hadi. Orang itulah yang nak Hadi jadi presiden sampai mati. Kalau kalau tukar orang lain, dia yang mati. Mungkin bergitulah senarionya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




ADAKAH ANWAR BUAT SEPERTI YANG MAHATHIR BUAT MASA PECAT KETUA HAKIM NEGARA 1988?



1. Tahukah anda bahawa Ketua Hakim Negara Tun Sallleh Abas pernah dipecat pada 8 ogos 1988 oleh Tun Mahathir kerana telah menghantar surat kepada Majlis Raja Raja memaklumkan bahawa Tun M telah campur tangan.


2. Tun M telah secara terbuka memarahi para Hakim kerana tidak mentafsirkan undang undang mengikur kehendak pembuat undang-undang.


3. Tun Mahathir membentangkan Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 1987 bagi memperkukuhkan kawalan kerajaan terhadap media.


Akta ini juga mengatakan dengan jelas bahawa “sebarang keputusan Menteri untuk menolak memberi atau membatalkan atau menggantungkan sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh dicabarkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa juga alasan.”


4. Pada 2 Oktober 1987 dalam ucapan di Kota Bharu, Kelantan, Tun Mahathir telah menyamakan Badan Kehakiman dengan cawangan perkhidmatan Kerajaan seperti pihak Tentera dan Perkhidmatan Awam.


5. Kemuncaknya pada tahun sama, Perkara 121 (1) Perlembagaan dipinda yang telah menyebabkan Institusi Kehakiman Malaysia kehilangan kuasa.


Sebelum pindaan itu, Perkara 121(1) Perlembagaan menyatakan, kuasa kehakiman Persekutuan terletak pada mahkamah.


Pindaan yang baru ini menyatakan kuasa kehakiman Persekutuan adalah setakat mana yang ditentukan oleh undang-undang Perlembagaan dan hal ini menjadikan mahkamah seperti berada di bawah Parlimen.


6.Kalau kata campurtangan dalam Kehakiman ini, Tun M lah boleh dikatakan kuat campur bila Tun M telah lantik Tan Sri Richard Malanjum walaupun Tan Sri Azhar dicadangkan Jawatankuasa Hakim tahun 2018. 


8. Tahun 2019 pula, nama Darul Ahmad Maarop dicadangkan sebagai Ketua Hakim tapi Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.


9. Anwar pada hari ini Tak lantik sesiapa pun lagi sebagai Ketua Hakim sebab nak tunggu Majlis Raja Raja bersidang. Agong dah sound supaya jangan politikkan sebab itu kuasa Agong.


10. Isu kononnya Anwar campur tangan dalam kehakiman sangat “premature” dan terlalu berbentuk persepsi dan yang paling penting keadaan semasa yang berlaku adalah para hakim belum dilantik..


11. Mahkamah berjalan seperti biasa dan Anwar tidak buat seperti yang dibuat oleh sifu beliau (Tun M) yang Betul-betul mengganyang kehakiman sehingga memecat Ketua Hakim ketika itu dan kemudiannya bertanding parti pas di Terengganu.


12. Saya sangat yakin kepada kebijaksanaan Perdana Menteri ke 10 dan Seri Paduka Baginda serta Majlis Raja Raja melantik Barisan kehakiman yang baru, jauh lebih baik dari Tun M tanpa perlu pecat mana mana hakim!


MOHD FADZLI BIN MOHD RAMLY

NO BC PEGUAM: M/1421




LEBIH PARAH..PEMIMPIN KEDARAH GAJI BUTA BERTARAF HARAM PENDAPATAN TANPA SEDUIT TAK DIBAWAH MASUK.

 


Jarang-jarang aku nak setuju dengan Hadi. Sebab dia lebih banyak merapu daripada cakap benda betul. Tapi untuk kali ini, 𝘺𝘦𝘴𝘴𝘴 aku 100% 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂.






Memang betul sangat negara hadapi 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 dan 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 kesan daripada perlantikan pemimpin perosak. Dan itulah yang berlaku sewaktu 𝗣𝗡 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂.


Masa Hadi jadi 𝗱𝘂𝘁𝗮 𝗸𝗵𝗮𝘀 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶, 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗱𝘂𝗺 dengan begitu parah. Banyak perusahaan tutup dan 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮. Kerajaan masa tu pula sibuk 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 je.


Barang keperluan asas seperti 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸, 𝗮𝘆𝗮𝗻, 𝘁𝗲𝗹𝘂𝗿 serta banyak lagi 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻. Sampai nak raya pun tak ada ayam. Dan itu mengakibatkan harga barangan naik mendadak.


Kesannya, 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗼𝗸𝗲𝘁 pada ketika itu. Semuanya terjadi kerana negara ditadbir oleh 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 yang diketuai oleh 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻. Bayangkan Menteri ekonomi ke luar negara bukan tarik pelaburan tetapi setakat jadi siak masjid.


Anak menteri pun 𝘀𝗼𝗿𝗼𝗸 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶  untuk dijual pada harga lebih tinggi. Rakyat terpaksa ikat perut tapi 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 tu berpesta curi duit negara. Rakyat sampai 𝗸𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵.


Masa tu lebai buat apa? Cuma suruh bersabar, suruh 𝗿𝗲𝗱𝗵𝗮, malah Hadi sendiri 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗴𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹. Langsung tak ada usaha kerajaan untuk bantu rakyat kecuali 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝘁𝘂𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Semuanya kerana pemimpin rosak dalam PN. Mujur pada PRU15 pemimpin perosak ini telah 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻 oleh rakyat. Kalau tidak, negara kita ini mungkin dah hancur lebur sekarang ini.


Semenjak PN 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗺𝗯𝘂𝘀, ekonomi 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗴𝗮𝗿. Inflasi pun semakin turun dan stabil. Paras pengangguran turun ke 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗽 𝘁𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵. Pelaburan masuk tak henti henti. Yang rosak mula diperbaiki.


Jadi betul cakap Hadi. Beban ekonomi dan inflasi kesan lantik pemimpin perosak. Kita pernah alami itu zaman 33 bulan PN memerintah dahulu. Ada rakyat nak rasa lagi ke? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



APA ANWAR BUAT

 

APA ANWAR BUAT?





Anda tanya apa Anwar buat? Ini jawapannya, Anwar rampas kembali harta rakyat dari para ‘penyamun’. 


Anwar ambil balik dan pulangkan kpd rakyat melalui STR, Budi, bonus dan kenaikan gaji kpd jutaan kakitangan awam. Kenapa kita tidak marah org yg merompak harta rakyat tapi marahkan org yg ingin ambil balik hak rakyat.


Analoginya lebih kurang sahaja org miskin berpuluh ribu akn turun dgn duit sendiri di tgh panas utk membela hak2 org kaya pada 26 hb ini, sdgkan org kaya sdg bercuti berjemur di tepi pantai bersama keluarga di Dubai.




PATUT MENTERI SAMAN


W. Faudzin


Menteri Wilayah, Dr Zaliha patut saman mamat yang buat posting ni https://www.facebook.com/share/16wV4f1zwL/


Ambil berita dari akhbar yg diedit.  Berita asal jauh berbeza dari yang dikongsikan oleh mamat ini.  Fitnah jahat terhadap menteri dlm isu berkaitan adendum Najib.


Berita sebenar boleh dibaca di sini 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1347489/saya-tak-sembunyikan-apa-apa-tak-pernah-lihat-titah-adendum-itu-dr



KAMARUL ROSLAN.

(Pemfitnah)



 Ini ke menteri yg ada dlm Malaysia. Setahu sayalah bila kita pegang satu kertas atau fail yg penting kita tak bawa balik rumah. Kita sendiri akan pastikan file itu simpan dgn baik. Ko menteri kan takkanlah takde pejabat ke bilik file simpanan ko. Aduiiiii


Ingat kerja cuci tandas ke.


Bg lah alasan2 munasabh skit. Ingat semua org bodoh mcm ko ke


Yab ds Anwar Ibrahim takkanlah mcm ni ds punya menteri. Low standard


Apa punya menteri lah. Apa pejabat dia tu tak cukup besar Dan mewah ke. Apa dia ni takde segala mcm pegawai ke. File penting sulit Dan rahsia. Ada bg anak. 


Memang ni awal2 dah tunjuk pecah amanah ni




SIAPA KETUA HAKIM NEGARA BAHARU? KENAPA LAMBAT SANGAT. INI JAWAPANYA.






Pelantikan tertinggi dalam sistem kehakiman negara kini jadi perhatian. Tapi jangan silap faham — ini bukan jawatan yang boleh ‘ditebuk atap’.


Pelantikan Ketua Hakim Negara: Bukan Suka-Suka, Ada Prosedur!


Ramai yang keliru — atau sengaja buat-buat tak faham — tentang bagaimana Ketua Hakim Negara dilantik.


Berikut adalah PROSEDUR STANDARD secara pentadbiran, bukan politik:


 1. Surat perakuan rasmi daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) - Ikut Akta JAC 2009 (Akta 695)

 2. Perdana Menteri menyampaikan nama ke Majlis Raja-Raja - Ikut Perkara 122(B)1 Perlembagaan Persekutuan 

 3. Perkenan Yang di-Pertuan Agong  - Ikut Perkara 122(B)1 Perlembagaan Persekutuan 

 4. Surat Cara Pelantikan disediakan dan dimeterai

 5. Majlis Angkat Sumpah di Istana Negara

 6. Warta rasmi dan pemakluman

 7. Serah terima tugas


Ini bukan jawatan yang boleh ‘diangkat di tepi longkang’ seperti sejarah yang kita pernah alami zaman lalu.


Sejarah Hitam: Bila Kehakiman Diperalat Kuasa Politik


 • 1988: Tun Salleh Abas dipecat — kehakiman rebah di tangan eksekutif.


 • 1999: Kes Anwar Ibrahim — mahkamah jadi alat membunuh karier politik lawan.


 • 2018: Tun Mahathir sekali lagi langgar norma — ketepi cadangan JAC dan lonjak nama sendiri.


Kini mereka pula menjerit “Rule of Law”? Ironi!


Masa Untuk Anwar Ibrahim Pimpin REFORMASI Kehakiman


Anwar bukan sekadar mangsa sejarah.


Kini beliau Perdana Menteri — dan amanahnya ialah memastikan kezaliman yang menimpanya tidak berulang kepada rakyat lain dan ahli keluarga kita semua.


Jika institusi ini tidak direformasi secara menyeluruh sekarang, maka rakyat akan terus terdedah kepada pengkhianatan kuasa dan ketidakadilan.


“Jangan fikir kau boleh tawan institusi dengan jerit pekik. Kuasa sebenar datang daripada sistem yang dihormati rakyat dan Raja serta ikut Perlembagaan.”


Rakyat bertanya:


Siapa Ketua Hakim Negara baharu?


Jawapan kita: Tunggu dengan sabar. Ikut undang-undang. Hormat proses.


Kerajaan Madani tak main lantik ikut “tebok atap”. 

Kita bukan seperti kamu dulu. Cap Ayam!


Syam Ghaz