1. Tahukah anda bahawa Ketua Hakim Negara Tun Sallleh Abas pernah dipecat pada 8 ogos 1988 oleh Tun Mahathir kerana telah menghantar surat kepada Majlis Raja Raja memaklumkan bahawa Tun M telah campur tangan.
2. Tun M telah secara terbuka memarahi para Hakim kerana tidak mentafsirkan undang undang mengikur kehendak pembuat undang-undang.
3. Tun Mahathir membentangkan Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 1987 bagi memperkukuhkan kawalan kerajaan terhadap media.
Akta ini juga mengatakan dengan jelas bahawa “sebarang keputusan Menteri untuk menolak memberi atau membatalkan atau menggantungkan sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh dicabarkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa juga alasan.”
4. Pada 2 Oktober 1987 dalam ucapan di Kota Bharu, Kelantan, Tun Mahathir telah menyamakan Badan Kehakiman dengan cawangan perkhidmatan Kerajaan seperti pihak Tentera dan Perkhidmatan Awam.
5. Kemuncaknya pada tahun sama, Perkara 121 (1) Perlembagaan dipinda yang telah menyebabkan Institusi Kehakiman Malaysia kehilangan kuasa.
Sebelum pindaan itu, Perkara 121(1) Perlembagaan menyatakan, kuasa kehakiman Persekutuan terletak pada mahkamah.
Pindaan yang baru ini menyatakan kuasa kehakiman Persekutuan adalah setakat mana yang ditentukan oleh undang-undang Perlembagaan dan hal ini menjadikan mahkamah seperti berada di bawah Parlimen.
6.Kalau kata campurtangan dalam Kehakiman ini, Tun M lah boleh dikatakan kuat campur bila Tun M telah lantik Tan Sri Richard Malanjum walaupun Tan Sri Azhar dicadangkan Jawatankuasa Hakim tahun 2018.
8. Tahun 2019 pula, nama Darul Ahmad Maarop dicadangkan sebagai Ketua Hakim tapi Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.
9. Anwar pada hari ini Tak lantik sesiapa pun lagi sebagai Ketua Hakim sebab nak tunggu Majlis Raja Raja bersidang. Agong dah sound supaya jangan politikkan sebab itu kuasa Agong.
10. Isu kononnya Anwar campur tangan dalam kehakiman sangat “premature” dan terlalu berbentuk persepsi dan yang paling penting keadaan semasa yang berlaku adalah para hakim belum dilantik..
11. Mahkamah berjalan seperti biasa dan Anwar tidak buat seperti yang dibuat oleh sifu beliau (Tun M) yang Betul-betul mengganyang kehakiman sehingga memecat Ketua Hakim ketika itu dan kemudiannya bertanding parti pas di Terengganu.
12. Saya sangat yakin kepada kebijaksanaan Perdana Menteri ke 10 dan Seri Paduka Baginda serta Majlis Raja Raja melantik Barisan kehakiman yang baru, jauh lebih baik dari Tun M tanpa perlu pecat mana mana hakim!
MOHD FADZLI BIN MOHD RAMLY
NO BC PEGUAM: M/1421
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.