KATA NAK SURUH AHLI SEMAK FAKTA.... KAMU PUN TAK SEMAK FAKTA MACAMANA.?

 Che Ibrahim.


Tuan Ibharim... Adakah bersangka jahat kepada satu cadangan yang belum dimuktamadkan oleh kerajaan bukan satu fitnah?? 


Mung tahu kok mana URA taktik halus untuk singkir melayu dan India keluar dari bandar???... 

Iblis atau syaitan yang membisikkan ke telinga mung???





OOOOWWHHHH...ADA RUPANYA SIARA KEADILAN.....LAMA SUNYI SEPI...

 

KEADILAN Sokong Cadangan PM Anwar Bekal Elektrik Ke Filipina Melalui Sabah

Ketua Penerangan KEADILAN Sabah Razeef Rakimin berkata inisiatif Perdana Menteri itu bakal memanfaatkan potensi sumber tenaga yang ada di Bintulu dan Miri untuk faedah bukan sahaja bagi negara termasuk Sabah tetapi juga negara jiran terutama di Mindanao.

SANDAKAN, 22 Feb – KEADILAN Sabah amat menyambut baik inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mencadangkan agar Sarawak membekalkan tenaga elektrik kepada Filipina menerusi Sabah melalui Janakuasa Kitaran Gabungan Turbin Gas berkapasiti 500 Megawatt (MW) di Miri, serta tiga loji lain dengan kapasiti gabungan 1,500 MW di Bintulu.

Cadangan ini dianggap sebagai langkah positif dalam memanfaatkan potensi sumber tenaga yang ada di Bintulu dan Miri untuk faedah bukan sahaja bagi negara termasuk Sabah tetapi juga negara jiran terutama di Mindanao.

Menurut Ketua Penerangannya, Razeef Rakimin, KEADILAN Sabah berpendapat bahawa inisiatif ini bukan sahaja dapat meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Filipina, tetapi juga memperkukuhkan kedudukan Sabah sebagai sebuah hab penting bagi tenaga di rantau ini.

Cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengusahakan Grid Tenaga ASEAN hingga ke Filipina menerusi penjanaan tenaga elektrik dari Bintulu dan Miri melalui Sabah ke Filipina disifatkan langkah terbaik mengatasi masalah bekalan tenaga di kedua-dua wilayah itu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam konteks ini, penggunaan gas asli sebagai sumber tenaga elektrik yang boleh dihantar melalui Sabah untuk memenuhi permintaan Filipina adalah langkah yang bijak, memandangkan kepentingan Sabah dalam memastikan sumber tenaga yang ada dimanfaatkan secara maksimum.

“Saya melihat cadangan ini juga berpotensi mewujudkan peluang ekonomi yang lebih besar untuk rakyat Sabah, terutamanya dalam sektor tenaga dan industri berkaitan,” katanya pada Sabtu.

Tambahan pula kata Razeef yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, pelaburan dalam infrastruktur penghantaran tenaga dan pembangunan sumber tenaga boleh memberi impak positif terhadap ekonomi Sabah melalui penciptaan peluang pekerjaan serta peningkatan kemahiran.

Pun begitu, beliau juga mengingatkan bahawa seiring dengan usaha untuk membekalkan tenaga elektrik kepada Filipina, kerajaan perlu memastikan manfaat kepada rakyat Sabah, termasuk dalam aspek pembangunan infrastruktur, pembekalan tenaga yang mampan, dan peningkatan taraf hidup diutamakan terlebih dahulu.

”Memandangkan timur Sabah termasuk jajaran Sipitang, Tenom, Pensiangan, Semporna, Tawau dan Kalabakan akan menerima limpahan ekonomi hasil penyaluran tenaga dalam kerangka Grid Tenaga ASEAN ini, dengan pendekatan yang holistik, cadangan ini dapat membawa manfaat besar kepada seluruh rakyat Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya,” ujarnya lagi.

Terdahulu pada pertemuan Anwar dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong di Putrajaya memberitahu beliau menyokong sebarang langkah berkaitan ASEAN dan bercakap mengenai bukan sahaja lebih banyak hubungan perdagangan dan pelaburan, tetapi pautan infrastruktur termasuk Grid Kuasa ASEAN sepanjang Kepengerusian Malaysia pada 2025.


Boleh pula ada tulisan Cina, kenapa MP Kelantan tak persoal negeri sendiri?


Harapandaily

Seorang pempengaruh menempelak Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berhubung kontroversi penggunaan bahasa pada papan tanda Pasar Awam Ayer Tawar di Perak.

TikTokers Wan Hadi berkata, pintu gerbang Dataran Cheng Ho di Kota Bharu, Kelantan mempunyai bahasa Cina selain bahasa Melayu dalam tulisan jawi dan rumi.

“Lagi teruknya bahasa Melayu berada di bawah bahasa Cina.

“Aku nak tanya Fadhli Shaari. Ini boleh pula, tulisan Cina pun ada. Kenapa kau tak persoalkan negeri kau sendiri?”


“Di Pasar Ayer Tawar itu, bahasa Melayu berada di paling atas,” katanya menerusi TikTok yang sudah mencecah lebih 70,000 tontonan setakat ini.


Sebelum ini, Ahmad Fadhli menerusi hantaran di Facebook mempersoalkan keperluan meletakkan tiga bahasa bagi papan tanda Pasar Awam Ayer Tawar pada dinding bangunan tersebut.


“Aku nak tanya Fadhli Shaari. Ini boleh pula, tulisan Cina pun ada. Kenapa kau tak persoalkan negeri kau sendiri?”

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut meminta penjelasan sama ada papan tanda tiga bahasa itu merupakan polisi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Mengulas lanjut, Wan Hadi menegaskan bahawa pintu gerbang Dataran Cheng Ho sudah bertahun-tahun ada dibina sebelum wakil rakyat Pas itu menjadi ahli politik.

“Kenapa baru sekarang kau persoalkan apa agenda KPKT di bawah Nga Kor Ming letak tiga Bahasa di pasar Awam Ayer Tawar?

“Di Dataran Cheng Ho, tak persoalkan pula,” tegasnya lagi.








SINAR HARIAN PERLU LEBIH PROFESIONAL.. REGA NAIK DI INDON... BUKAN MALAYSIA.


 RMS


Sinar Harian kena lebih professional.. jika nak clickbait sekali pun..buat hash tag macam ni #luarnegara #jakarta, tak susahpun, pembaca diMalaysia ni jenis suka salahkan kerajaan...





Jika letak hashtag macam ni objektif apa..?? #harganaik



TAHNIAH DR ASYRAF WAJDI DUSUKI


MSO




Dr Asyraf Wajdi Dusuki kontreknya sebagai pengerusi Mara disambung untuk dua tahun lagi. Tahniah. Penyambungan itu menunjukkan Setiausaha Agung Umno ini mencapai KPI yang dipancangkan oleh kerajaan terhadapnya untuk memartabatkan dan menaikkan harakat Mara dan negara.


Perlantikan beliau menerajui badan untuk perkasakan pendidikan dan melahairkan pengusaha Melayu adalah tepat bagikan alu diletak ke lesung. Mungkin Dr Asyraf adalah pengerusi Mara terbaik dalam tempoh relatif hanya dua tahun beliau memegang jawatan itu.


Perubahan yang jelas mengenai iltizam demi mencapai impian kerajaan menerusi agensi berkenaan banyak berlaku. 


Semacam ada reform besar dalam Mara kini. Keterujaan kita juga cara beliau menangani segala masalah dalam agensi itu, membaiki dan mempertingkatkan kinerjanya.  


Beliau tidak memikir untuk guna kedudukan bagi kepentingan diri dan familinya seperti setengah pengerusi Mara yang lain, seperti ada yang jual menara KL.


Misalnya sentuhannya langsung ke bawah untuk memastikan anak² Melayu berpotensi dalam pendidikan tidak terbiar dan tercicir,  sesuatu usaha kebajikan sangat exccelent dan wajar dipuji. Beliau turun sendiri bukan hanya bersemayam di kantor dan tahu mengarah.


Kerana melihat kehabatan dan keistimewaan beliau inilah baik dalam akademik, kewangan dan iuga pengetahuan agama menyebabkan saya pernah mengidamkan beliau untuk memimpin Kelantan sebagai MB suatu masa nanti. 


Bagi saya selepas Husam Musa yang tidak terkadir untuk jadi MB Kelantan, beliaulah yang boleh dipanggungkan untuk capai impian itu.


Jika politik kita tidak terikat dengan paradigma semasa kini, yang mana rakyat dituba dengan persepsi dan retorikal keagamaan impian itu untuk lihat seorang MB  seperti Dr Asyraf Wajdi insyaAllah tercapai suatu hari nanti. Trims.



PENGAKUAN ANAK PESAWAH


 Ini ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต punya pengakuan. Menurutnya, ini ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ bantuan diberikan dan harga dinaikkan. Maknanya sebelum ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐˜๐˜‚.




Jadi tak timbul soal ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐˜‡๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ. Hakikatnya banyak bantuan telah disalurkan. Bantuan yang tak pernah diberikan ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ก ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป.


Walaun harga lantai padi dinaikkan, tapi ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ tetap sama. Nikmat apa lagi yang mahu kamu dikatakan? Jangan jadi ๐—ต๐—ถ๐—ฝ๐—ผ๐—ธ๐—ฟ๐—ถ๐˜. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


STRATEGI BERNIAGA



 ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐˜€๐—ป๐—ฒ๐˜€ ni atas pentadbiran syarikat. Hendak ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต atau ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ, semua ditentukan oleh syarikat yang diketuai oleh ๐—–๐—˜๐—ข.


Ada CEO berpendapat ๐—ฐ๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ sebagai cara bantu negara. Jadi masa dia jadi CEO, ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฐ๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป.


Kemudian CEO baru pula kata kalau ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐˜, maka ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป kepada negara, jadi dia pilih untuk ๐™ง๐™ž๐™œ๐™๐™ฉ-๐™จ๐™ž๐™ฏ๐™ž๐™ฃ๐™œ.


๐˜™๐˜ช๐˜จ๐˜ฉ๐˜ต-๐˜ด๐˜ช๐˜ป๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ni praktik normal. Banyak syarikat yang buat. Sejak dari dulu lagi. Bukan setakat kerana faktor ekonomi atau keuntungan, tapi juga sebab ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐˜€๐—ป๐—ฒ๐˜€. Itu perkara normal.


Dalam bisnes ada ๐™˜๐™ค๐™ง๐™š-๐™ฌ๐™ค๐™ง๐™ ๐™š๐™ง๐™จ dan ada juga ๐™จ๐™ช๐™ฅ๐™ฅ๐™ค๐™ง๐™ฉ ๐™œ๐™ง๐™ค๐™ช๐™ฅ. ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ธ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด ni kumpulan yang menjalankan operasi. Kalau kumpulan ni tak ada, ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐˜๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ.


Selagi kumpulan ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ธ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด ni tak diusik, bermakna syarikat tu tak ada masalah. ๐˜™๐˜ช๐˜จ๐˜ฉ๐˜ต-๐˜ด๐˜ช๐˜ป๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ni sekadar untuk memastikan syarikat ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ณ.


Dalam setiap industri, ada macam-macam piawaian. Itu termasuklah ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ. Syarikat yang punyai ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚ ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ pekerja menunjukkan ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ-๐—ฐ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป pentadbiran syarikat tersebut.


Jadi adalah penting untuk memastikan jumlah pekerja syarikat ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚ ๐™—๐™ก๐™ค๐™–๐™ฉ๐™š๐™™, berganda dari ๐™ž๐™ฃ๐™™๐™ช๐™จ๐™ฉ๐™ง๐™ฎ ๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™™๐™–๐™ง๐™™. Ia boleh menakutkan syarikat lain untuk jalin ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ.


Masalah di Malaysia ni, segala benda nak ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป dan diletakkan kesalahan ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐˜‚ ๐—ฃ๐— ๐—ซ. Walaupun ianya ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜.


Sebelum-sebelum ini pun banyak syarikat yang buang pekerja untuk ๐˜ณ๐˜ช๐˜จ๐˜ฉ๐˜ต-๐˜ด๐˜ช๐˜ป๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ. Zaman ๐—ก๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฏ pun berlaku. Tapi kita tak ada pun salahkan Najib. Kita rasional.


Tiba-tiba sekarang nak salahkan PMX. Tapi kalau kita tengok yang komen tu tu rupanya kerja ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—ป ๐—ท๐—ฒ, takpun ๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด atau ๐™˜๐™–๐™จ๐™๐™ž๐™š๐™ง. Tak pernah pun jadi pengurus. CEO apatah lagi.


Silap-silap kerja dalam bidang ๐™Š&๐™‚ pun ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—ต. Tapi beri komen macam dia pernah jadi CEO. Macam  dia terpaling pakar uruskan syarikat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TANDAS PASAR SITI KHATIJAH DAH LAWA. KITA LIHAT LAMA MANA ...


Wow, tandas Pasar Siti Khadijah dah macam hotel 5 bintang!




Tandas di Pasar Siti Khadijah yang hampir siap dibaik pulih hasil peruntukan Kerajaan Persekutuan sudah seperti hotel lima bintang.

Menerusi saluran TikTok Dr Hafidzah Mustakim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama berkenaan berkongsikan keadaan terkini tandas di pasar yang sudah berusia 40 tahun itu.

“Projek tandas kini 80 peratus sudah siap dibaik pulih dan dihias cantik.


“Alhamdulillah, dengan bantuan PMX dan Kerajaan Pusat, tandas pasar kini dapat dikunjungi dengan selesa oleh semua pengunjung,” menurut kapsyen tertera pada rakaman video itu.

Wakil rakyat yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu berkata, usaha baik pulih tandas itu membantu perniagaan tempatan serta menarik lebih ramai pengunjung.

Naib Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional itu menyifatkan semua rakyat dapat menikmati hasil pembangunan yang membawa Kota Lama lebih maju dan harmoni.


Pada Oktober 2024, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih Pasar Besar Siti Khadijah di bawah bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Peruntukan tersebut disalurkan untuk kerja-kerja membaik pulih tandas, bumbung dan pendawaian di pasar yang dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kubu itu.

Sebelum itu, kerajaan telah meluluskan dana sebanyak RM1.5 juta bagi membaiki struktur konkrit merekah dan bumbung pasar yang mempunyai seramai 1,500 peniaga itu.



 

MADANI teguh pertahan Melayu, PN angkat agenda ekonomi pun tidak mampu


Oleh FAIZ FADZIL



Malaysia dibina atas konsep segmentasi selari dengan kemajmukan rakyatnya. Lantaran itu, parti politik pra-merdeka ditubuhkan atas konsep ini dan menjadi antara parti terbesar termasuk Umno dan Pas.

Namun, apabila berlaku pelbagai cabaran politik dan ekonomi dalam negara, pemikiran politik rakyat terutama orang Melayu mula berubah kepada politik nilai berasaskan konsep ‘multi-racial’ dengan kehadiran parti baharu seperti PKR dan Amanah.

Kekuatan parti ‘multi-racial’ ini telah membentuk kerajaan pada PRU-15 lalu, namun dijatuhkan melalui pintu belakang berpaksikan politik “Melayu terpinggir”.

Benarkah orang Melayu terpinggir hanya kerana kekuatan parti ‘multi-racial’, sedangkan asasnya adalah politik nilai.



Politik nilai ini merangkumi kepentingan negara (nationalist) berbanding politik identiti (kaum).


Bukankah menjaga kepentingan negara juga membawa maksud menjaga orang Melayu yang membentuk kaum terbesar?

DNA politik identiti adalah sentimen, manakala DNA politik nilai adalah idea.

Menuju PRU-16, sudah pasti perang antara politik identiti vs politik nilai.

Justeru, orang Melayu perlu membuat peniaian dan pilihan tepat demi menjamin kehidupan yang sejahtera.

Kehidupan yang sejahtera bergantung kepada kedudukan ekonomi negara. Saya yakin Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha sedaya upaya membina kekuatan ekonomi negara kita.

Tidak mampu diangkat

PN pula sibuk berpolitik sehingga agenda ekonomi Melayu tidak mampu diangkat. Gerakan SG4 yang kononnya akan memajukan empat negeri bawah PN juga telah menyepi.

Tiada sebarang pelaburan yang dibawa masuk untuk memajukan penduduk yang majoritinya Melayu di 4 negeri ini.

PN mempunyai 68 ahli Parlimen, namun tiada suara konstruktif? Isu dasar sosioekonomi Melayu tidak diangkat di Parlimen, kalau adapun, sekadar mengkritik tanpa fakta kukuh.

Lihat sahaja isu harga padi dan beras, Kerajaan MADANI yang mencari solusi termasuk menaikkan harga, sedangkan tiada apa-apa cadangan penyelesaian, apatah lagi tiada tindakan dibuat sepanjang PN menjadi kerajaan.

Belanjawan negeri 2025 yang dibentangkan oleh PN di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis pula tiada langsung “x-factor” bagi menyelesaikan pelbagai masalah asas SG4.

Tatkala PN terus bermain isu sentimen, Kerajaan MADANI bergerak pantas memartabatkan sosioekonomi Melayu tanpa meminggirkan pembangunan rakyat Malaysia bukan Bumiputera.

Misalnya, jumlah keluarga miskin tegar telah dikurangkan hampir 98% antara Disember 2023 hingga November 2024. Penerima manfaat terbesar adalah kaum Bumiputera-Melayu.

Manakala, dalam 9 bulan pertama 2024, kerajaan MADANI telah membawa masuk RM254.7 bilion pelaburan diluluskan, termasuk RM34 bilion ke Kedah.

Dianggarkan sebanyak 159,347 pekerjaan baharu akan diwujudkan menerusi pelaburan RM254.7 bilion ini.

Penerima manfaat terbesar sudah tentunya adalah kaum Bumiputera-Melayu kerana kita adalah golongan rakyat terbesar.

Kerajaan MADANI juga berusaha membina lebih banyak usahawan dan kontraktor Bumiputera yang berjaya.

Contohnya, Belanjawan 2025 telah memperuntukkan RM1.3 bilion untuk memperkasa kontraktor G1 hingga G4 khususnya Bumiputera.

Belanjawan 2025 juga memperuntukkan RM800 juta menerusi MARA dan PUNB untuk membiayai perniagaan usahawan Bumiputera.

Ini hanyalah sebilangan kecil contoh inisiatif Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sosioekonomi kaum Bumiputera-Melayu supaya tidak terus bergantung kepada subsidi dan projek kerajaan semata-mata.

Penerima manfaat terbesar

Tindakan Kerajaan MADANI melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 atau PuTERA35 adalah bukti terbaik hasrat kerajaan memantapkan pemilikan kekayaan Bumiputera di Malaysia. Sudah pasti, orang Melayu penerima manfaat terbesar.

Kerajaan MADANI tidaklah sempurna, namun sedang berusaha memulihkan ekonomi dan pentadbiran negara.


Hasilnya, ekonomi Malaysia telah berkembang melebihi jangkaan pakar untuk 4 suku tahun berturut-turut! Malah, pada tahun 2024, Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan pelaburan terbaik dalam 12 tahun!

Orang Melayu jangan lupa bahawa Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pernah mentertawakan orang Melayu yang mengangkat bendera putih merayu bantuan makanan ketika musibah Covid-19.

Benarkah kerajaan PN menjadikan program Jana Wibawa sebagai payung ekonomi orang Melayu sedangkan dakwaan menunjukkan labanya ke poket parti, malah lebih teruk projek juga didakwa diperolehi syarikat bukan Bumiputera.

Semasa menjadi pembangkang, Pas dan PN juara ‘BMF’, tetapi bila menjadi kerajaan, tidak langsung diangkat sebagai agenda ekonomi kerajaan. Sampai bila, PN dan Pas boleh menipu orang Melayu?


Justeru, hakikat kehidupan di Malaysia ini tidak boleh lari daripada kerjasama dan muamalat antara orang Melayu dan bukan Bumiputera.

Mana-mana kerajaan yang pernah mentadbir negara ini tetap berkoalisi dengan parti bukan Bumiputera. Ironinya, Pas berkempen untuk calon Gerakan ketika PRU-15 yang lalu.

Oleh itu, suara ‘pertahan Melayu’ hanyalah permainan politik semata-mata, sedangkan hakikatnya tidak berlaku.

Hakikatnya, kerajaan yang mampu menguruskan ekonomi negara dengan baik yang sebenarnya menjaga orang Melayu.




*FAIZ FADZIL merupakan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH).



Ini tujuannya jemaah menteri hadiri Permukiman Kerajaan MADANI



Perdana Menteri memaklumkan jemaah menteri hari ini menghadiri Permukiman Kerajaan MADANI Tahun 2025 bagi memastikan kesinambungan perancangan yang diatur bergerak lancar bagi mencorak hala tuju negara dengan penuh berhemah dan bijaksana.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permukiman selama dua hari itu membuka ruang sinergi di kalangan jemaah menteri bagi bersama-sama menambahbaik, mengutarakan idea yang lebih segar dan merangka prakarsa yang lebih strategik khususnya kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi negara.



“Dalam amanat ringkas, saya tegaskan bahawa marcapada hari ini termasuk situasi geopolitik dan teknologi, menuntut mana-mana kerajaan untuk bergerak pantas dan berubah agar terus kekal relevan dan berfungsi dengan baik kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Justeru, kita mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan perbaiki kelompongan yang ada, selain perlunya kesatuan dan kebersamaan yang kuat sekaligus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI yang benar-benar mengangkat suara dan kehendak rakyat,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.


Sepanjang dua tahun penubuhan Kerajaan MADANI sejak 24 November 2022, pelbagai pencapaian positif dicapai, antaranya peningkatan pelaburan, pengukuhan Indeks Persepsi Rasuah serta kemasukan pelaburan strategik seperti Tesla ke pasaran Malaysia.

Kerajaan juga telah melaksanakan rasionalisasi subsidi diesel, yang berjaya menjimatkan RM600 juta sebulan dan mengurangkan ketirisan bahan api bernilai lebih RM250 juta dalam tempoh sebulan sejak pelaksanaannya pada Jun 2024.




SAMPAI 4 JAM TERUS MEMPENGERUSI MESYUARAT KABINET

 

Sejurus tiba dari lawatan tiga hari ke Bahrain dan sebelum itu ke Brunei, PM Anwar tanpa berlengah terus mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di Putrajaya dan berkongsi hasil lawatan ke kedua-dua negara itu.


#MalaysiaMADANI 

#MyASEAN2025 

#MADANIBekerja 





DAH JADI MODELING...KO NAK KALUT APA LAGI ?


 KUALA LUMPUR, FEB 20 - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menggesa kerajaan supaya memberi kata putus dan tidak berteka-teki mengenai peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.




Syed Saddiq menjelaskan, dia sudah lima kali mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, namun setakat ini belum menunjukkan perkembangan positif.


Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa bersetuju untuk menjadi model sebagai usaha mendapatkan dana bagi menampung keperluan rakyat di kawasannya.


“Surat demi surat telah dihantar. Lebih 400 hari sudah berlalu tapi bantuan daripada kerajaan ke Parlimen Muar kosong ringgit.


“Saya dah cuba (berunding) banyak kali (tapi) tak berjaya...sebab itu saya lari dari Muar ke Parlimen, baru-baru ni jadi model, ada MP (ahli Parlimen) marah saya sebab saya jadi model, (sedangkan) saya terpaksa jadi model...akhirnya, alhamdulillah dapatlah sumbangan lebih RM1 juta bagi Parlimen Muar,” katanya. 


#BeritaKS



KECEK ARAB KE ?


 Raja Arab ning kecek Arab ke , omputeh ke , Melayu ke .....kot² tak lah jadi macam  ayam dengan itik ........SE EKOR lebai tu mungkin marah kalu² PMX dok cakap Melayu....PMX dok jual obat apa dok tau lah....wallahhuaallam.






PEMUKIMAN KERAJAAN



 Alhamdulillah hari ini saya bersama Jemaah Menteri menghadiri Permukiman Kerajaan MADANI Tahun 2025, satu medan penting bagi memastikan kesinambungan perancangan negara terus bergerak seiring dengan cabaran semasa.








Di dalam ucapan amanat, YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat mesti seiring dengan kemajuan geopolitik dan teknologi semasa. 


Mesej ini adalah keutamaan saya juga di KDN, ianya agenda tetap yang saya akan selitkan di dalam setiap ucapan serta amanat yang saya sampaikan kepada warga KDN. Insya-Allah, inilah hala tuju yang akan membimbing usaha kami dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.


Semoga sesi permukiman ini akan menjadi medan perbincangan untuk Kerajaan Madani dalam membuahkan hasil yang terbaik demi kepentingan rakyat.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#KementerianDalamNegeri


Kredit Foto: Prime Minister’s Office of Malaysia



APA KISAH EPIC BERHAD


 Malam ini kita cerita sikit tentang EPIC Berhad. Admin sebenarnya taknak cerita pun, tapi admin memang tak suka apabila pencapaian sebuah syarikat cuba dikaitkan dengan politik..




Sebelum ni admin dah bagitahu, yang paling penting bukan hasil banyak atau sikit. Yang penting tu untung. Dari untung itu datang dividen kepada kerajaan dan rakyat dapat rasa


Jadi dibawah admin bagi keuntungan sebenar EPIC Berhad dan dividen bagi tahun 2020 - 2022. Bagi tahun 2023 - 2024 belum dikeluarkan lagi oleh Ketua Audit Negara ye..


Dapat kita lihat walaupun hasil dikatakan meningkat, tapi keuntungan Epic telah menurun. Dari RM29 juta pada 2020 kepada hanya RM6.55 juta pada 2022


Rakyat dapat rasa yang itu ke? 


Bukan ye..


Rakyat dapat rasa sebahagian dividen. Yang warna hijau tu. Pada 2022 dividen yang EPIC beri hanyalah RM930 ribu je. Sebahagian dividen itulah yang menjadi pendapatan kepada kerajaan negeri.


Yang orang politik cerita hasil ratus-ratus juta tu. Tapi yang sebenarnya sampai banyak tu saja ๐Ÿ˜Š


Sebenarnya inilah adat berniaga. Untung turun naik ni biasa. Yang tak biasa adalah bila jadikan kejayaan zaman kita untuk hina zaman orang lain...


#MajuTerengganuKu



Inti pati lawatan rasmi PM Anwar Ibrahim ke Bahrain

 


๐Ÿ“ŒInti pati lawatan rasmi PM Anwar Ibrahim ke Bahrain 


#BernamaNews #InfografikBernama #bahrain Wisma Putra PMO Malaysia