APA KISAH EPIC BERHAD


 Malam ini kita cerita sikit tentang EPIC Berhad. Admin sebenarnya taknak cerita pun, tapi admin memang tak suka apabila pencapaian sebuah syarikat cuba dikaitkan dengan politik..




Sebelum ni admin dah bagitahu, yang paling penting bukan hasil banyak atau sikit. Yang penting tu untung. Dari untung itu datang dividen kepada kerajaan dan rakyat dapat rasa


Jadi dibawah admin bagi keuntungan sebenar EPIC Berhad dan dividen bagi tahun 2020 - 2022. Bagi tahun 2023 - 2024 belum dikeluarkan lagi oleh Ketua Audit Negara ye..


Dapat kita lihat walaupun hasil dikatakan meningkat, tapi keuntungan Epic telah menurun. Dari RM29 juta pada 2020 kepada hanya RM6.55 juta pada 2022


Rakyat dapat rasa yang itu ke? 


Bukan ye..


Rakyat dapat rasa sebahagian dividen. Yang warna hijau tu. Pada 2022 dividen yang EPIC beri hanyalah RM930 ribu je. Sebahagian dividen itulah yang menjadi pendapatan kepada kerajaan negeri.


Yang orang politik cerita hasil ratus-ratus juta tu. Tapi yang sebenarnya sampai banyak tu saja 😊


Sebenarnya inilah adat berniaga. Untung turun naik ni biasa. Yang tak biasa adalah bila jadikan kejayaan zaman kita untuk hina zaman orang lain...


#MajuTerengganuKu



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.