WOIII FADLI..LIAYA MARZUKI AJAK HANG BERMUZAKARAHNKA DEBAT KA..ADA BRANI KE ? DALAM BAHASA MELAYU.

 


KOYAK


Saya menilai seorang pemimpin dengan cara dia kawal emosi. Cara dia berkomunikasi dengan rakyat. Walaupun berbeza pendapat. 


Kerana bila dia jadi pemimpin negara. Mewakili negara dalam rundingan antarabangsa, bukan saja kena probok2 ye. Akan diuji, dimanipulasi malah boleh kena game.


Kalau YB Pembangkang pun dah koyak hanya kerana teguran seorang wanita, siap screenshot bagai, 

Galakkan pengikut dia buli siber pula 😊

Tunjukkan dia tak tahu kawal emosi. 

Dengan wanita biasa pun koyak sekali. 


Apa gerenti Fadhli Shaari boleh tahan kena mind-game dengan Trump yang YB dok puja. Atau Putin dan Netanyahu, confirm terkulai layu. 


Makanya kita boleh tahu level mana kawalan emosi dia. Tak boleh percaya dia nak uruskan benda high level, dasar dan rundingan negara. 

Nescaya koyak, kita yang masak. 


***********


Ingat tak dulu dia kantoi menipu pasal falsampah kambing biri2 dan monyet. Berhari dia sorok posting bila orang bising. Lepas reda, baru muncul kembali. Dia ingat rakyat Malaysia tak tahu dia punya spin? 


Inilah jadinya bila dia ingat Rakyat tak celik. 


Macam ni lah YB. 


Ini “peminat “ YB nak ajak YB ber-MUJADALAH isu ni. 


Marilah… kita bincang elok2… isu surat sokongan ni. 


Saya boleh juga try bagi YB tusyen pasal— 


♦️Surat Pekeliling SPRM pasal Surat Sokongan

♦️Intipati kesalahan Salah Guna Kuasa melalui Surat Sokongan

♦️ Elemen jenayah bawah Akta SPRM dan Kanun Keseksaaan. 


Kot-kot YB terlupa atau tak tahu nak cari mana Aktanya. 


***********


Lagi satu, saya dah sentuh mengenai isu ini. Bandingkan dua surat sokongan dari SECPOL MOF dan ADUN Terengganu, dari sudut pandang undang2. Namun, nak terus kata depa ni bersalah tanpa siasatan dan maklumat macam YB tengah buat, itu bukanlah tindakan bijak. 


Itu tindakan “jump the gun” a.k.a meroyan tak kena tempat. 


Sama saja bila saya tak kupas kes tuduhan rasuah YB Sanusi, atau kes jual tanah MB Terengganu kepada isteri. Saya tunggu dan perhalusi dulu. Takde saya tuduh melulu. 


Tapi YB kes pemimpin sekolam langsung tak berdehek bunyi. 


Tapi kes pemimpin lawan, mak aiiii… Surat sokongan yang comply arahan dan pekeliling Kerajaan, YB naik hantu! 


Mana letaknya otak YB, adakah sudah migrate ke lutut? 😊


***********


Kita minta tolong cari keadilan untuk rakyat kawasan YB pun YB buat dek. Setakat wayang2 di Parlimen. Tanya2 soalan dua tiga line. Walhal ibu Wan Ahmad Faris mintak tolong YB dah bertahun. 


Tapi bab nak pandirkan rakyat dengan half truth. 

YB punya lah jaguh. 


Nah… apa kata YB tunaikan permintaan “peminat” YB ni, mari berdebat. Platform JPO asyik ajak YB, pandai YB mengelak bertahun. 


Takkan la dengan “peminat” perempuan pun nak takut. 

😊😊😊😊


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.