Sham Ghaz
Isu Gantung YB Kota Bharu; YB Hamzah Zainudin, YB Ahmad Marzuk Shaary, YB Syahir Sulaiman, YB Ronald Kiandee dan Pemuda PAS Malaysia jgn bersorak awal.
Kononnya menanglah harini? Tidak semudah itu. 26 hb Jan 2026 kita undi tengok ya.
1. Dalam kes seperti Ahli Parlimen Kota Bharu (Dato Takiyuddin) yang memfitnah dan mengelirukan Dewan, Peraturan Mesyuarat menyediakan dua laluan tindakan yang sah.
2. Ramai tak faham. Jadi saya ingin jelaskan.
a. Perkara 36(12)
Sesiapa yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan atau membuat tuduhan palsu, boleh dirujuk kepada:
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
Fungsi JK:
• Menilai sama ada wujud unsur fitnah / penipuan
• Mencadangkan hukuman (termasuk gantung)
Ini adalah laluan siasatan formal.
b. Perkara 27(3)
Menteri atau Ketua Majlis boleh:
Bawa USUL GANTUNG secara terus di dalam Dewan
Tanpa perlu rujuk JK terlebih dahulu.
Ini memang dibenarkan oleh Peraturan Mesyuarat dan digunakan banyak kali dalam sejarah Parlimen Malaysia.
Maknanya Menteri boleh;
• Guna 36(12) boleh
• Guna 27(3) pun boleh
• Kedua-duanya sah & berperaturan
Dalam kes ini, Menteri Dalam Negeri guna Peraturan 27(3). Langsung tidak melanggar peraturan Dewan.
3. Kenapa Ahli Parlimen BOLEH Digantung?
a. Peraturan Mesyuarat beri kuasa penuh kepada Dewan
Peraturan 44 + 27(3) membenarkan Dewan menggantung mana-mana ahli atas alasan melanggar peraturan, menghina Dewan, atau mengelirukan Dewan.
Ini bukan kuasa Speaker seorang — ini kuasa majoriti Dewan.
b. Tindakan mengelirukan Dewan adalah kesalahan berat
Fitnah dalam Dewan menjejaskan:
• integriti Parlimen
• proses membuat keputusan
• kepercayaan rakyat
Di seluruh dunia, kesalahan “misleading Parliament” dianggap antara kesalahan paling serius.
4. Precedent (kes-kes sebelum ini)
Ramai Ahli Parlimen pernah digantung sebelum ini termasuk:
• Tian Chua
• Gobind Singh
• KJ
• Salahuddin Ayub
• Tony Pua
• Dan juga beberapa MP PAS sendiri
Jadi hukuman gantung bukan perkara baharu.
5. Penggantungan BUKAN hukuman luar biasa, Ia adalah tindakan disiplin biasa untuk menjaga:
• tertib mesyuarat
• kesucian fakta
• integriti institusi
Kalau dibiarkan Ahli Parlimen menipu dalam Dewan, itu lebih bahaya.
5. Penangguhan ke Januari 2026 juga normal
Usul ditangguh ke Sidang Parlimen Januari 2026?
Itu benda biasa. Dewan selalu sambung perbahasan pada sesi berikutnya jika masa tak cukup.
Januari 2026 – Dua Pilihan Tindakan
Pada sesi akan datang, Dewan boleh:
(i) Terus undi untuk gantung Takiyuddin - berdasarkan usul sedia ada
ATAU
(ii) Rujuk Taki kepada JK Hak & Kebebasan - Menteri Dalam Negeri hanya perlu pinda sedikit usul
Kedua-duanya sah di sisi Peraturan Mesyuarat.
Kesimpulan
Kepada Dato Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) dan Pemuda PAS Malaysia, Hamzah Zainuddin, Ronald Kiandee, Marzuk Shaari dll, sabar dulu. Januari bukan lama.
Yang penting, ambil pengajaran. Jangan ulangi perbuatan fitnah, tokok tambah, dan mengelirukan Dewan.
Dewan ada peraturan. Institusi ada maruah. Ahli Parlimen kena bertanggungjawab.
Noktah! Best kan dapat “bercuti” 6 bulan. Aman sikit Parlimen.
Syam Ghaz


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.