Che Ibrahim
USUL GANTUNG 6 BULAN MP KOTA BHARU.
Ambo mengikuti dengan penuh minat usul menggantung MP Kota Bharu selama 6 bulan kerana dikaitkan dengan ucapannya "yang tidak wajar" berkaitan isu latihan APMM di Masjid Rusila.
Bakpo?....Pertama kerana MP tersebut sahabat ambo sekian lama. Kedua ambo sendiri telah melalui pengalaman ini semasa nak dipecat oleh KIAS di mana MP Kota Bharu ketika itu kalau tak silap ingatan ambo adalah Penasihat Undang Undang Pas Kelantan..akhirnya ambo dibuang kerja tanpa diberi apa apa alasan, apalagi hak untuk membela diri, itulah "keadilan" bagi Pas.
Apa yang ambo boleh simpulkan:
1. Pihak kerajaan telah menggunakan Peraturan Mesyuarat 27 (3) untuk kemukakan usul tersebut sebagaimana amalan amalan terdahulu dalam banyak kes kes seumpamanya.
2. Pembangkang cuba melengah lengahkan kehendak kerajaan dengan mendesak MP Kota Bharu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12)
3. Kerajaan telah bertindak bijak dengan menangguhkan usul tersebut yang membuka ruang pemain dan peminat politik terus bermain dengan isu ini..politik tidak boleh sunyi dengan isu isu yang boleh disensasikan.
4. Kita tunggu adakah MP Kota Bharu akan dikenakan tindakan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27(3) atau dihadapkan ke Jkuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen mengikut 37(12) seperti yang pembangkang sendiri minta. Kedua dua Peraturan Mesyuarat ( 27(3) Dan 36(12) sudah lazim digunakan dalam Parlimen.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.